PENGALAMAN DI GUNUNG JERAI & MENGINAP DI THE JERAI HILL RESORT

PENGALAMAN DI GUNUNG JERAI & MENGINAP DI THE JERAI HILL RESORT

Pengembaraan Along Murni (AM) di Kedah kini tiba di Gunung Jerai.. Kalau ke Kedah, Gunung Jerai yang wajib dikunjungi semestinya Gunung Jerai. Gunung yang penuh dengan mitos dan lagendanya yang tersendiri.

GUNUNG JERAI, KEDAH



Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya setinggi 1,207 meter.
 

Gunung Jerai boleh dilihat dari Pulau Pinang dan daerah-daerah berhampiran di negeri Kedah. Uniknya mengenai Gunung Jerai adalah kerana keadaannya yang tinggi dikelilingi oleh tanah rata pertanian sawah padi sekitar negeri Kedah dan Pulau Pinang. Tidak seperti gunung-gunung lain di Malaysia, yang selalunya berada di dalam banjaran, Gunung Jerai berada di pesisir pantai, terpisah daripada sistem banjaran semenanjung Malaysia. Malah Gunung Jerai juga dikatakan mampu dilihat dari oleh kapal-kapal yang melalui Selat Melaka sejauh seratus kilometer. Jarak penglihatan pula bergantung kepada keadaan cuaca.


Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini menjadikannya sejak berabad-abad lalu sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.

Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan di situ mengelarnya "Batu Kapal". Menurut legenda, kapal tersebut ialah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.

Suhu tahunan di Gunung Jerai ialah sekitar 19 °C hingga 24 °C dan selalu dilitupi kabus tebal terutama pada musim hujan, selepas hujan, dan kadang-kadang pada awal pagi.


Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Puncak Gunung Jerai selain dari mendaki adalah PARAGLIDING. Bagaimanapun AM tak sempat untuk mencuba aktiviti ini memandangkan keadaan cuaca dan angin yang tak mengizinkan.



Namun, ada antara rakan AM yang sempat melakukan aktiviti PARAGLIDING ini iaitu Zharif (rujuk link ini http://www.jejakakaula.com/2018/04/menawan-puncak-gunung-jerai.html) dan Marou (rujuk link ini http://budakbandunglaici.blogspot.com/2018/06/sukan-paragliding-dari-puncak-gunung.html) . Segala pengalaman mereka berdua mencuba aktiviti ini mereka kongsikan di sini.

THE JERAI HILL RESORT


Di Gunung Jerai ini, AM memilih untuk menginap di The Jerai Hill Resort atau lebih dikenali sebagai The Regency Jerai Hill Resort terletak di daerah Gurun. Pemandangan dari puncak Gunung Jerai ternyata bagai di atas awan dan sejuk. AM sangat tertarik dengan dekorasi dan pemandangan menarik di sini. Penuh dengan kehijauan dan bunga-bungan yang begitu indah.




The Jerai Hill Resort merupakan resort bertaraf 4 bintang. The Jerai Hill Resort mempunyai 75 buah bilik berkonsep chalet dengan pilihan harga cukup berpatutan dan berbaloi. Ia sesuai untuk  yang datang bersama keluarga dan pasangan untuk bulan madu ketika cuti sekolah atau hujung minggu.

Harga Bilik The Jerai Hill Resort

NO
JENIS BILIK
HARGA
1
Superior
RM 298
2
Deluxe
RM 358
3
Premier
RM 388
4
Executive
RM 438

Antara kemudahan lain tersedia adalah kolam renang, hutan Gunung Jerai, taman permainan dan terdapat taman bunga Hydrangea (bunga Tiga Bulan) yang hidup mekar di sini. Ia amat bersesuain kerana cuaca sejuk amat sesuai bagi pertumbuhan pokok ni.





 Suka benar AM dikelilingi Bunga-bunga yang cantik dan indah ini!! Terasa tenang dan mendamaikan.


Sebelah malam pula AM menjamu selera dan  menikmati hidangan steamboat di Restoran The Puncak Kedah yang sangat sedap dan menarik. Yelahh.. suasana yang dingin dan sejuk ini, bila makan steamboat memang terbaik wooo!!! Steamboat di sini amat menarik dan sedap kerana terdapat pelbagai makanan laut, daging yang diperap serta sayur-sayuran segar.



Pada yang  berminat untuk membuat tempahan dan menginap di sini, boleh hubungi nombor ini ya..

The Regency Jerai Hill Resort
Jalan Kaki Bukit, Lebuhraya Gurun, 
08300 Gurun, Kedah Darul Aman, Malaysia
Tel: 04 - 466 7777


Keesokkannya AM sarapan pagi di Restoran The Puncak Kedah juga sebelum berangkat pulang. Menu-menu sarapan pagi memang pelbagai mengikut selera tempatan dan antarabangsa tau!!





KATA ALONG MURNI

AM SANGAT SARANKAN UNTUK YANG DATANG KE GUNUNG JERAI 
UNTUK MENGINAP DI THE JERAI HILL RESORT. 
MEMANG INDAH LANDSKAPNYA DAN SANGAT ESKLUSIF.. 
SESUAI UNTUK BERBULAN MADU ATAU DATANG BERSAMA KELUARGA. 
ANAK-ANAK BOLEH BERMAIN DI TAMAN PERMAINANNYA ATAU 
BERENANG DI DALAM KOLAM. SEGALANYA DIKAWAL RAPI.

Post a Comment

1 Comments

  1. Teringin nk menginap di the jerai hill resort. Pernah singgah di gunung jerai tp berkabus pula, xdpt menikmati keindahan di atas gunung Sana

    ReplyDelete