FILEM DOKUMENTARI
SITI: ARE YOU READY?
PUNYAI KEUNIKAN TERSENDIRI
DATO’ SRI SITI NURHALIZA ON TOUR – LIVE IN CONCERT
Pasti ada yang turut sama menonton Konsert Dato’ Sri Siti
Nurhaliza pada 2019 yang turut menjadi fenomena LUAR BIASA dan Konsert ini telah
mendapat sambutan hebat daripada peminat dan pencinta muzik serta ulasan
positif dari pihak media setiap negara. Ini ekoran, semua aspek melibatkan
penghasilan konsert baik sebelum, semasa dan selepas konsert menjadi keutamaan
bagi menghasilkan sebuah konsert yang berprestij, bertenaga dan meninggalkan
kesan tersendiri buat para peminat.
AlongMurni (AM) berpeluang untuk turut sama hadir di Red Carpet
dan Tayangan Perdana Filem Dokumentari Siti: Are You Ready? yang ditayangkan di
Dadi Cinema, Pavilion pada 22 Disember 2021. AM berasa sangat teruja dan kagum
melihat hasil daripada Filem Dokumentari Siti: Are You Ready?. AM kongsikan
serba sedikit pandangan dan keunikan yang terdapat dalam DokuFilem ini.
Siti: Are You Ready? merupakan sebuah filem dokumentari
berdurasi 80 minit yang menampilkan detik di atas dan di belakang pentas,
persembahan langsung serta “Untold Story” sepanjang jelajah Konsert Dato’ Sri
Siti Nurhaliza on Tour (SNOT) di tiga buah negara iaitu Indonesia (Jakarta),
Singapura dan Malaysia (Kuala Lumpur).
Dato’ Sri Siti Nurhaliza on Tour – Live In Concert ialah
gabungan rakaman tiga destinasi yang difilemkan di hadapan sekitar 20,000 para
peminat sepanjang konsert jelajah berlangsung di Jakarta, Singapura dan Kuala
Lumpur pada 2019. Konsert tersebut berlangsung dengan jayanya pada 21 Februari
2019 (Istora Senayan, Jakarta), 2 Mac 2019 (Singapore Expo, Singapura) dan 16
Mac 2019 (Axiata Arena, Kuala Lumpur).
KEUNIKAN FILEM
DOKUMENTARI ‘SITI: ARE YOU READY?’
Filem ini mengangkat sudut pandang seorang isteri, ibu dan
penyanyi dalam kehidupan seharian serta memaparkan perjuangan beliau berlawan
dengan diri sendiri serta kebimbangan yang dilaluinya menuju ke hari konsert.
Beliau kembali bangkit meneruskan rutin sebagai penyanyi selepas cuti bersalin
lalu muncul di pentas berskala besar. Dan pastinya konsert tersebut meninggalkan
memori dan kesan sentimental yang bukan sedikit buat Siti dan para pencinta
penyanyi kesayangan ramai ini di dalam Dokufilem Siti: Are You Ready?.
Konsert yang dilaksanakan bersempena 23 tahun penglibatan
beliau di dalam industri ini mempamerkan kekuatan mental dan stamina sewaktu
beraksi di atas pentas selepas melahirkan cahayamata sulungnya, Siti Aafiyah.
Segala pengalaman bersama para peminat dan rombongan konsert
jelajah ini dikongsi dalam filem dokumentari ini. Dari sekecil-kecil persediaan
hinggalah sebesar apresiasi peminat dan pecinta seni, semua dipaparkan dalam
filem yang diterbitkan oleh Shiraz Projects dan Siti Nurhaliza Productions ini.
Menampilkan dua anak muda dengan jiwa besar sebagai
pengarah, Siti: Are You Ready? mempamerkan kebolehan luar biasa M.Azhar Rot dan
Anz Izwan memikul tanggungjawab sebagai pengarah filem ini. Kebolehan dua
pengarah muda ini bukan sahaja boleh dilihat dengan mata kasar melalui
sinematografi serta visual yang diambil namun lebih bermakna lagi apabila
mereka bijak mengambil jiwa dan rasa di sepanjang pembikinan konsert ini
berlangsung. Ini semua bakal dirasakan melalui filem ini. Sempat mengalir air
mata semasa menonton preview di malam gala. Penuh jiwa dan rasa!
Aspek dokumetari yang paling menarik apabila Siti Nurhaliza
menonjolkan kecintaan yang tulen dan tidak berbelah bahagi terhadap muzik dan
kehidupannya. Buat pertama kalinya, beliau mendedahkan segala-galanya di
hadapan kamera. Semua yang dipaparkan dalam filem dokumentari ini adalah
situasi sebenar, bukannya lakonan. Banyak juga keringat dan air mata yang tumpah
ketika menganjurkan konsert SNOT ini.
Jangan lupa saksikan filem dokumentari Siti: Are You Ready? - Live In
Concert yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula
30 Disember 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh
strim di Astro Go atau On Demand. Dijual secara kombo pada harga RM19.90,
penonton berpeluang menonton konsert SNOT yang akan menyusul sejurus filem
dokumentari selesai secara berulang-ulang selama 48 jam (2 hari). Buat peminat
Siti Nurhaliza yang berada di luar Malaysia dan Brunei anda boleh melanggan di
platform Vimeo on Demand bermula 30 Disember 2021 dengan harga USD4.99.
SUMBANGAN DATO’ SRI
SITI NURHALIZA KEPADA MANGSA BANJIR
Menyentuh isi permasalahan banjir yang tengah melanda
Malaysia baru-baru ini, Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut menyatakan bahawa sebahagian
daripada hasil langganan di Astro First dan Vimeo on Demand akan disalurkan
kepada mangsa banjir melalui badan kebajikan terpilih. Jumlah sumbangan belum
ditetapkan kerana bergantung kepada jumlah kutipan.
7 Comments
Nampak menarik ye dokumentari ni sebab Siti ada. Usaha yang baik juga kalau derma kat mangsa banjir.
ReplyDeletecan't wait to watch this. have always been curious to see what goes on in her personal life!
ReplyDeleteSapa yg tidak suka Siti, bila ada dokumentari tentu peminat2 Siti suka dan menderma
ReplyDeleteDulu nak beli tiket, tapi tiket habis! Tak dapat tengok live, dapat tgok dkt TV pun jadilah hehe :)
ReplyDeleteWow best nyer! mesti ramai peminat tok ti akan support termasuk kita juga.
ReplyDeleteWahh cerita tentang Tokti, mesti satu Malaysia pun nak tengok kan.
ReplyDeleteni yang dekat astro first tu kan? teringin nak subs. kalau siti nurhaliza, confirm tak akan menyesal punya!
ReplyDelete