Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan
hadir majlis pengiktirafan jasa dan pengorbanan para pendidik iaitu ANUGERAH
PENDIDIK PALING BERPENGARUH MALAYSIA 2023 (MIE) yang dianjurkan oleh Majlis
Tindakan Pengguna Negara (MTPN) yang bertempat di Hotel Marriot Putrajaya.

Turut sama hadir ke majlis
pengiktirafan ini adalah Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Perancangan
Strategik dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Malaysia, Heizrul
Ali dan Presiden Majlis Tindakan Pengguna Negara, Datuk Paduka Dr Kevy KY Yeo.
ANUGERAH PENDIDIK PALING BERPENGARUH MALAYSIA 2023
HARGAI JASA DAN PENGORBANAN PENDIDIK
Sejak dari tahun 2022 sehingga kini
MIE telah menganugerahkan 585 pendidik dari pelbagai bidang merangkumi pendidik
dari Malaysia, Singapura, Pakistan, Ukraine dan Indonesia.
Majlis pengiktirafan ini membuktikan
Pendidikan bukan Sahaja kuat untuk mengatasi halangan budaya, geografi dan Bahasa,
malahan dapat memberikan peluang dalam mengenalpasti potensi dan meningkatkan
taraf hidup.
TERBITKAN BIOGRAFI PENDIDIK BERPENGARUH MALAYSIA 2022/2023

Bagi menghargai jasa dan
pengorbanan para pendidik, BIOGRAFI PENDIDIK BERPENGARUH MALAYSIA 2022/2023
dijangka akan diterbitkan menjelang akhir tahun ini. Pengiktirafan MIE ini
bertujuan menghargai pendidik yang cemerlang dalam bidang Pendidikan sehingga mendapat
pencapaian yang luar biasa.
Menurut Ms Tiffany Tan Tian Yee yang juga merupakan Presiden MIE, “Pendidik adalah suara harapan. Keprihatinan yang telah ditunjukkan dapat menumbang kepada pembangunan kerjaya dan menjadi mentor dalam membantu pelajar mengatasi halangan serta menggalakkan pertumbuhan minda dan fizikal positif”.
Beliau turut menambah, “pendidikan teknikal dan vokasional juga bertindak sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi, meningkatkan produktiviti, mempercepatkan inovasi dan teknologi di samping meningkatkan daya saing negara. Pendidikan teknikal dan vokasional bukan Sahaja memenuhi pasaran, malahan meletakkan asas yang kukuh untuk ekonomi dan pertumbuhan mampan”.
0 Comments