DYTM Raja Muda Selangor Perkenan Menobatkan 3 Usahawan Selangor (Program SAY ASPIRE ke-5)

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama hadir  'SAY ASPIRE -PITCH FINALE' yang bertempat di Sunway Resort Hotel. SAY ASPIRE merupakan sebuah program pembangunan usahawan untuk belia yang berpotensi mengembangkan produk dan khidmat mereka ke pasaran global melalui kursus bimbingan dan latihan strategi eksport.

DYTM Raja Muda Selangor Perkenan Menobatkan 3 Usahawan Selangor (Program SAY ASPIRE ke-5)

Ini merupakan kali kelima program SAY ASPIRE diadakan sejak 2018 yang dianjurkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor melalui NGO yang baginda sendiri asaskan iaitu Selangor Youth Community (SAY) yang berpusat di Shah Alam, Selangor.

DYTM RAJA MUDA SELANGOR PERKENAN MENOBATKAN 3 USAHAWAN SELANGOR SELAKU PEMENANG PROGRAM SAY ASPIRE EDISI KE-5

Program SAY ASPIRE untuk edisi pada tahun ini bermula daripada Januari sehingga Ogos 2024 dan memberi impak kepada 30 usahawan PMKS di Selangor yang bersedia untuk menerokai pasaran global. Antara kriteria ialah syarikat hendaklah beroperasi di Selangor, pengarah syarikat berumur 18-40 tahun, tidak diisytiharkan muflis dan/atau disenarai hitam.

DYTM Raja Muda Selangor Perkenan Menobatkan 3 Usahawan Selangor (Program SAY ASPIRE ke-5)
YB Mohd Najwan Halimi : EXCO Belia Sukan dan Keusahawanan Selangor. 

Program ini merupakan kerjasama di antara YB Mohd Najwan Halimi, EXCO Belia Sukan dan Keusahawan Selangor, YB Mohd Najwan Halimi. Pada edisi kelima, program ini turut mendapat sokongan daripada MATRADE serta sebuah syarikat alumni iaitu MEDICPETS. MEDICPETS di bawah Cik Siti Sofiah telah menyumbang sebanyak RM50,000.00 untuk membantu usahawan menembusi pasaran Brunei.

MEDICPETS ialah sebuah syarikat yang memfokuskan kepada produk ubat-ubatan kepada haiwan. Usahawan-usahawan di Selangor hendaklah melalui 2 peringkat penilaian dan pembentangan, dan hanya 10 syarikat telah terpilih untuk menyertai pembentangan akhir di program SAY ASPIRE Pitch Finale.

DYTM Raja Muda Selangor Perkenan Menobatkan 3 Usahawan Selangor (Program SAY ASPIRE ke-5)

Pembentangan akhir ini dijuri oleh barisan panel yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan dan ekspor. Seramai 5 orang juri telah diberikan kepercayaan untuk memilih seorang juara dan senarai juri pada Pusingan Akhir SAY ASPIRE 2024 adalah seperti berikut:

💥Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor

💥YB Tuan Mohd Najwan Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor

💥YBrs. Encik Mansor Shah bin Wahid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE (Pembangunan Pengeksportan)

💥YBrs. Puan Siti Sofia Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif, Medipets Sdn. Bhd

💥YBrs. Encik Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan, AEON Big (M) Sdn. Bhd.

SAY ASPIRE Pitch Finale menawarkan ganjaran berimpak tinggi kepada 3 pemenang utama iaitu tajaan penerbangan ke negara yang dipilih (RM10,000.00) untuk tujuan promosi dan rundingan perniagaan, bimbingan khas secara individu dan sesi networking untuk membantu usahawan merealisasikan impian eksport mereka, peluang imbuhan dan pelaburan perniagaan, rangkaian kolaborasi bersama agensi yang berkaitan, trofi dan sijil. Selain itu, 2 anugerah khas turut dipilih oleh syarikat MEDICPETS.

Pemenang Tempat Pertama: Deanna Creations

DYTM Raja Muda Selangor Perkenan Menobatkan 3 Usahawan Selangor (Program SAY ASPIRE ke-5)

Pemenang Tempat Kedua: Citra Kesom Sdn Bhd 

DYTM Raja Muda Selangor Perkenan Menobatkan 3 Usahawan Selangor (Program SAY ASPIRE ke-5)

Pemenang Tempat Ketiga: Skinny Bakers Sdn Bhd

DYTM Raja Muda Selangor Perkenan Menobatkan 3 Usahawan Selangor (Program SAY ASPIRE ke-5)

Anugerah Khas Medicpets: Al-Meswak Sdn Bhd

DYTM Raja Muda Selangor Perkenan Menobatkan 3 Usahawan Selangor (Program SAY ASPIRE ke-5)

Anugerah Khas Medicpets: Zaahara Sdn Bhd

DYTM Raja Muda Selangor Perkenan Menobatkan 3 Usahawan Selangor (Program SAY ASPIRE ke-5)

Senarai 10 syarikat belia yang bertanding di SAY ASPIRE Pitch Finale adalah:

💗Citra Kesom Sdn Bhd (Minuman Kesihatan)

💗Al-Meswak Sdn Bhd (Alat Penjagaan Kesihatan)

💗Deanna Creations (Servis Pembungkusan)

💗Bayu Somerset Sdn Bhd (Baju Kurung)

💗Skinny Bakers Sdn Bhd (Snek Ringan)

💗Aducktive Sdn Bhd (Snek Ringan)

💗DASC International Sdn Bhd (Kosmetik)

💗Complement Ventures Sdn Bhd (Aksesori rumah)

💗Zaahara Sdn Bhd (Pakaian Muslimah)

💗Meet Mee Sdn Bhd (Makanan Segera)

 

DYTM Raja Muda Selangor Perkenan Menobatkan 3 Usahawan Selangor (Program SAY ASPIRE ke-5)

Post a Comment

0 Comments