Meriah Sambutan Program CSR Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

 

Pada 19 Disember 2024 yang lalu, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama hadir ke Majlis Meraikan anak-anak dari The Good Samaritan Home anjuran Hotel Concorde Shah Alam. Majlis sambutan yang cukup meriah ini bertempat di Grand Patio, Concorde Shah Alam.

Secara peribadi AM merasakan Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini dapat meningkatkan keprihatinan dan membangunkan modal sosial komuniti yang terlibat di samping membantu Rumah bagi yang tidak berkemampuan.

Meriah Sambutan Program CSR Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

MERIAH SAMBUTAN PROGRAM CSR BERSAMA 

THE GOOD SAMARITAN HOME 

ANJURAN HOTEL CONCORDE SHAH ALAM

"Program CSR yang dianjurkan setiap tahun ini telah membuktikan Concorde Hotel Shah Alam, terus komited untuk menganjurkan acara tahunan ini kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat kami kepada masyarakat" kata Puan Amalia Alias, Pengarah Jualan dan Pemasaran, Concorde Hotel Shah Alam.

PERIHAL THE GOOD SAMARITAN HOME

The Good Samaritan Home telah ditubuhkan sejak tahun 1999 oleh Albert Ong dan YM Ong bekas paderi dan isterinya, ianya adalah sebuah rumah kebajian berdaftar yang menyediakan perkhidmatan kepada anak-anak terbiar dan di dera. Puan Ong adalah penyelia rumah kepada seramai 18 penghuni perempuan dan 22 lelaki dengan 10 penjaga yang tinggal di rumah ini. Kanak-kanak ini berumur dari 4 tahun sehingga 21 tahun.

PROGRAM AKTIVITI BERSAMA

Kanak-kanak ini menceriakan majlis dengan lagu-lagu Krismas yang didendangkan oleh mereka sendiri. Selepas nyanyian kanak-kanak dari The Good Samaritan Home ini, majlis diteruskan dengan pertandingan menghias kek mini dan jamuan makan tengah hari yang cukup istimewa.

Meriah Sambutan Program CSR Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam
Persembahan Kugiran Batak 'Los Ganesha'. 

Sepanjang jamuan makan berlangsung, hadirin dan kanak-kanak turut dihiburkan dengan oleh Kugiran Batak "Los Ganesha'. Kanak-kanak ini juga dihiburkan oleh En. Vincent Tan, seorang ahli silap mata dan badut. Turun berkaloborasi rakan penaja bersama iaitu Cik Lilian Yeong dari Metro Travel & Tours dan Limosin bagi menyediakan kemudahan pengangkutan ke hotel.

"Kami berharap akan terus dapat menganjurkan acara ini untuk tahun-tahun yang mendatang. Kami di Concorde Hotel Shah Alam amat gembira kerana dapat menghiburkan dan melihat senyuman yang terukir di bibir kanak-kanak ini".

Meriah Sambutan Program CSR Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

KATA ALONGMURNI

AM sangat menyokong usaha dan tanggungjawab sosial korporat CSR) yang dilaksanakan oleh pihak Hotel Concorde Shah Alam yang sudi menyantuni mereka yang memerlukan. Semoga program CSR ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

Meriah Sambutan Program CSR Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam


Post a Comment

0 Comments