Kepelbagaian Menu Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Di Hotel Concorde Shah Alam.

 

Tahun Baru Cina merupakan simbolik kepada titik permulaan dalam nasib dan kehidupan setiap tahun bagi masyarakat Cina di Malaysia. Salah satu upacara terbesar pada Malam Tahun Baru Cina adalah acara makan besar.

Tahun Baharu Cina atau Raya Cina 2025 jatuh pada hari Rabu (29 Januari 2025) dan merupakan Tahun Ular mengikut kalendar lunar Cina. Setiap haiwan mempunyai ciri-ciri dan keunikan mereka tersendiri yang mempengaruhi nasib dan keperibadian seseorang bagi masyarakat Tiongha. Tahun Ular mewakili kebijaksanaan, misteri, dan kesuburan. Ular juga dianggap sebagai simbol nasib yang baik dan kekayaan.

KEPELBAGAIAN MENU SEMPENA SAMBUTAN 

TAHUN BARU CINA

DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM.

Kepelbagaian Menu Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Di Hotel Concorde Shah Alam.

Edisi kali ini, Concorde Hotel Shah Alam akan meraikan Tahun Baru Cina pada Tahun Ular dengan menawarkan sajian Promosi makanan tahun baru ini, di Melting Pot Café dan Grand Patio. Promosi Yee Sang kegemaran ramai sepanjang zaman kembali lagi. Lambungan Yee Sang atau "tossing of yee sang" menandakan kemakmuran dalam segi kejayaan, kesihatan dan umur yang panjang bagi mereka yang berbangsa tionghua.

Kepelbagaian Menu Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Di Hotel Concorde Shah Alam.

Pilihan Yee Sang yang lazat, daripada menu 'Happiness Prosperity Abalone & Pear' yang mewah, 'Happiness Prosperity Smoked Salmon', 'Happiness Prosperity Tempura Prawns & Salmon Skin', 'Happiness Prosperity Crispy Soft-Shell Crab & Salmon Skin', 'Happiness Prosperity Japanese Baby Octopus & Jelly Fish' dan 'Happiness Prosperity Crispy Whitebait Fish & Jelly Fish' akan meraih citarasa setiap tetamu.

Kepelbagaian Menu Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Di Hotel Concorde Shah Alam.

Hidangan Yee Sang tahunan ini boleh didapati dalam hidangan saiz kecil atau besar untuk jamuan makan tengah hari dan makan malam. Harga menu Yee Sang bermula dari RM 98 bersih.

Kepelbagaian Menu Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Di Hotel Concorde Shah Alam.

Kami juga menyediakan pelbagai set menu pilihan untuk perayaan Tahun Baru Cina. Set menu bermula dari harga RM 1,188 bersih setiap meja untuk 10 orang hingga RM 1,488 bersih setiap meja untuk 10 orang dan menu set 'vegetarian' boleh didapati pada harga RM 1,188 bersih setiap meja untuk 10 orang.Tempat makan peribadi boleh didapati di Grand Patio dari 28 Januari hingga 11 Februari 2025.

Bufet boleh didapati di Melting Pot Café semasa tempoh perayaan Tahun Baru Cina.

MAKAN MALAM BUFET MALAM TAHUN BARU CINA

Selasa, 28 Januari 2025

RM 111 bersih setiap orang dewasa

RM 88 bersih setiap warga emas

RM 56 bersih setiap kanak-kanak (5 – 12 tahun) 

BUFET HI-TEA HARI TAHUN BARU CINA

Rabu, 29 Januari & Khamis, 30 Januari 2025

RM 88 bersih setiap orang dewasa

RM 70 bersih setiap warga emas

RM 44 bersih setiap kanak-kanak (5 – 12 tahun)

Post a Comment

0 Comments