Cipta Raya Sifu M. Nasir Cetak Sejarah

 

Semestinya ramai pembaca blog AlongMurni (AM) mengenali Dato' Dr. Mohamad Nasir bin Mohamed Sam atau lebih dikenali sebagai M. Nasir yang merupakan seorang penyanyi, pencipta lagu, komposer, pelakon, penerbit album, pengarah dan pelukis Malaysia yang lahir di Singapura.

PERTAMA KALI KONSERT SPIN OFF 

LAGU RAYA DIANJURKAN

CIPTA RAYA SIFU M.NASIR CETAK SEJARAH

Cipta Raya Sifu M. Nasir Cetak Sejarah

Bukan Dato’ M.Nasir jika karyanya tidak boleh diraikan sepanjang masa. Menggubah lagu balada, pop, rock, komersial, patriotisme ataupun raya, semua karya sentuhan magis M. Nasir akan menjadi kegemaran peminat dan meledak di pasaran. Semua karya beliau tidak pernah ‘mati’ dan sentiasa subur meski musim berganti.

Pada saat peminat masih belum move on dengan dua siri Konsert CIPTA 1 & 2 M. Nasir, sifu seni tersohor negara ini kembali dengan sebuah lagi konsert.

Cipta Raya Sifu M. Nasir Cetak Sejarah

Cipta Raya, sebuah konsert dengan tema mengangkat martabat lagu-lagu raya akan dianjurkan oleh Icon Entertainment pada 13 April 2025 di Zepp KL. Konsert ini mengujakan M. Nasir kerana konsep bertemakan raya pertama kali dianjurkan secara mega sepanjang karier seninya.

Sesuai namanya Cipta Raya, konsert ini akan dipenuhi lagu-lagu raya. Dan Cipta Raya dibikin khusus secara spin off oleh Icon Entertainment sebagai apresiasi dan membuktikan bahawa semua genre lagu boleh diraikan dalam skala konsert jika mempunyai konsep yang betul.

Cipta Raya Sifu M. Nasir Cetak Sejarah

“Cipta Raya adalah sebuah spin off daripada konsert Cipta 2 M. Nasir yang diakhiri dengan lagu  raya, Satu Hari Di Hari Raya yang mendapat sambutan dan menjadi tular berminggu-minggu pada tahun lalu.

“Dari situ timbul ilham untuk Icon Entertainment membuat spin off konsert yang pertama kali diadakan sebab biasanya konsep ini diguna pakai dalam filem.

“Namun melihat sambutan dan M.Nasir punya banyak karya raya sama ada nyanyian sendiri atau dicipta untuk penyanyi lain, kita fikir kenapa tidak anjurkan Cipta Raya? Cipta Raya ini juga yang dibuat dalam bulan raya sebagai sebuah keraian di Aidilfitri,” ujar Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang.

Cipta Raya menurut Iman Tang lagi akan menyaksikan M. Nasir mempersembahkan sekitar 20 buah lagu dengan 17 daripadanya merupakan karya bersifat hari raya.

“Cipta Raya akan dipenuhi lagu raya bukannya lagu popular M. Nasir. Maksudnya beliau akan mendendangkan lagu karya karya beliau dan juga lagu raya nyanyian penyanyi lain yang menjadi kegemaran beliau.

“Apakah judul lagu-lagu raya kegemaran M. Nasir dan akan didendangkan pada Cipta Raya, 13 April 2025 ini, nantikan!”ujar Iman Tang lagi.

Tentu sahaja idea dan konsep yang diketengahkan Icon Entertainment disambut baik M. Nasir. Bagi sifu yang bukan sedikit pengalaman dalam industri  muzik dan terlibat dengan pelbagai persembahan pentas atau konsert, Cipta Raya mempunyai keistimewaan tersendiri.

Cipta Raya Sifu M. Nasir Cetak Sejarah

Menariknya setiap pembelian tiket bukan sahaja akses untuk menonton konsert tetapi pembeli juga juga dapat menjamu juadah raya sebelum konsert bermula. Seolah-olah sebuah Rumah Terbuka khusus buat para peminat M.Nasir. Menjamu selera sebelum bersama-sama menyanyi bersama-sama Dato’ di Cipta Raya kelak.

Cipta Raya Sifu M. Nasir Cetak Sejarah

“Cipta Raya sebuah konsert yang sangat istimewa dan perlu diraikan seperti hari raya, hari kemenangan kita semua,” ujar M. Nasir.

 

Jumpa di Zepp Kuala Lumpur:

📍PEMBELIAN TIKET:

www.ticket2u.com.my/MNasirCiptaRaya

mulai 5 Mac 2025 (Rabu), jam 11:00 pagi

 

Tiket kategori seperti berikut:

KATEGORI

HARGA TIKET

LEMANG DAN SERUNDING (SEATING)

RM 588

RENDANG DAN KETUPAT (STANDING)

RM 258

LONTONG DAN KUAH KACANG

RM 388

VIP BOX

RM 10,000

 

Cipta Raya Sifu M. Nasir Cetak Sejarah

KONSERT DATO' M. N46IR 'CIPTA RAYA'

13 APRIL 2025 (AHAD)

20:00 MALAM

ZEPP KUALA LUMPUR

Cipta Raya Sifu M. Nasir Cetak Sejarah


Post a Comment

0 Comments