Majlis Pembukaan ProMasterSkill Academy – Melahirkan Pakar Kecantikan Bertaraf Global

 

Hai semua! Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan hadir ke Majlis Pembukaan ProMaster Skill Academy yang terletak di Wisma Promaster Skill Global Sdn Bhd, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Memang teruja sangat sebab akademi ini bukan sekadar pusat latihan kecantikan biasa, tetapi sebuah pusat TVET (Technical and Vocational Education and Training) yang lengkap dengan kemudahan untuk belajar, berlatih dan terus mulakan perniagaan sendiri!

MAJLIS PEMBUKAAN PROMASTER SKILL ACADEMY

 MELAHIRKAN PAKAR KECANTIKAN BERTARAF GLOBAL

Majlis Pembukaan ProMaster Skill Academy – Melahirkan Pakar Kecantikan Bertaraf Global

Akademi ini tampil sebagai sebuah pusat latihan kemahiran (TVET) yang bukan sahaja menawarkan kursus kecantikan, malah menyediakan platform lengkap untuk pelajar membina kerjaya dan memulakan perniagaan sendiri.

PROMASTER SKILL ACADEMY: LEBIH DARI SEKADAR AKADEMI

ProMaster Skill Academy diasaskan oleh seorang figura hebat dalam dunia kecantikan, iaitu Is.(Dr) Mastura binti Idris atau lebih mesra dipanggil Teacher Mass. Beliau berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kecantikan dan pendidikan TVET.

Apa yang membezakan akademi ini daripada pusat lain ialah konsepnya yang sangat praktikal. Pelajar bukan saja belajar teori dan praktikal, malah mereka boleh bawa pelanggan sendiri ke akademi untuk mencuba rawatan! Best kan? Terus dapat pengalaman real-life.

Memang beruntung kalau berpeluang menimba ilmu di sini kerana fasiliti lengkap tersedia dengan bantuan tenaga pengajar yang terlatih dan berkemahiran tinggi. 

Majlis Pembukaan ProMaster Skill Academy – Melahirkan Pakar Kecantikan Bertaraf Global

Selain kursus jangka pendek dan latihan kecantikan, akademi ini turut membuka laluan pendidikan melalui Diploma Profesional TVET untuk individu dewasa bekerja tanpa sijil, melalui Program Pengiktirafan Pengalaman Kerjaya (RPEL).

Majlis Pembukaan ProMaster Skill Academy – Melahirkan Pakar Kecantikan Bertaraf Global

Bukan itu sahaja, orang awam juga boleh menikmati rawatan kecantikan pada harga istimewa — hanya RM100 untuk 3 treatment, menjadikan ia satu peluang terbaik untuk merasai pengalaman rawatan profesional.


Majlis Pembukaan ProMaster Skill Academy – Melahirkan Pakar Kecantikan Bertaraf Global

KENALI PENGASAS – TEACHER MASS

Asal dari Kerteh, Terengganu, Teacher Mass merupakan tenaga pengajar bertauliah yang sangat aktif dalam dunia kecantikan, motivasi dan pembangunan diri.


Majlis Pembukaan ProMaster Skill Academy – Melahirkan Pakar Kecantikan Bertaraf Global
Pengasas Promasterskill Academy - Is.(Dr) Mastura binti Idris 

Antara pencapaian beliau:

Pakar Kecantikan Malaysia (JPK)
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1, 2, 3 (Terapi Estetik & Spa)
Pegawai Latihan Vokasional (VTO)
HRDcorp Train-The-Trainer
Sijil Spa & Perbidanan Tradisional Malaysia
Sering muncul di media seperti Metro, Utusan Malaysia, Stailista dan TV Al-Hijrah

Teacher Mass juga banyak bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti HRDCorp, MARA, TEKUN dan Kementerian Sumber Manusia untuk mengadakan kelas kemahiran terapi kecantikan & spa. Hebat kan?

KELEBIHAN PROGRAM DIPLOMA PROFESIONAL TVET

Program diploma yang ditawarkan direka khusus untuk melahirkan pakar kecantikan profesional yang:
💄 Mahir dalam kemahiran praktikal & estetika moden
📊 Menguasai pengurusan, pemasaran & keusahawanan
🌍 Bersedia menembusi pasaran kerja tempatan & antarabangsa

INFO TAMBAHAN:

  • Diiktiraf oleh EUROPEAN EDUCATION BOARD
  • Gabungan teori, praktikal & latihan industri
  • Peluang sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi
  • Yuran mampu milik dengan pelan bayaran fleksibel

PENGALAMAN ALONGMURNI

Sepanjang majlis berlangsung, AlongMurni turut berpeluang mempelajari cara-cara menghasilkan Lip Scrub menggunakan bahan-bahan mudah didapati. Ia membuktikan bahawa kecantikan boleh diakses semua orang dengan kemahiran yang betul.

Promasterskill Academy

KESIMPULAN

Bagi AM, PROMASTER SKILL ACADEMY adalah pilihan terbaik buat mereka yang nak serius dalam kerjaya kecantikan. Dengan tenaga pengajar berpengalaman, fasiliti lengkap dan peluang pengiktirafan antarabangsa, pelajar di sini bukan saja belajar kemahiran, tapi juga dilatih jadi usahawan berjaya.

📢 PENGAMBILAN TERHAD — DAFTAR SEKARANG!


💅🏻 Bersama PROMASTER SKILL ACADEMY, masa depan anda dalam industri kecantikan global bakal bermula di sini.

📞 Hubungi: 03-9081 5439
🌐 Ikuti perkembangan ProMaster Skill Academy:

Is.(Dr) Mastura binti Idris


Post a Comment

0 Comments