Pengalaman Berbuka Puasa Eksklusif di Bangi Golf Resort: Preview Buffet Ramadan 2026

 

Baru-baru ini, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk menghadiri Ramadan Preview yang berlangsung di Bangi Golf Resort (BGR), satu acara istimewa yang memberi gambaran awal tentang kemeriahan dan keunikan Bufet Ramadan yang bakal dinikmati oleh para tetamu sepanjang bulan mulia nanti.

PENGALAMAN BERBUKA PUASA EKSKLUSIF 

DI BANGI GOLF RESORT

PREVIEW BUFFET RAMADAN 2026

Ramadan ini, Bangi Golf Resort menjemput para tetamu untuk berkumpul dan menikmati pengalaman berbuka puasa yang bermakna, menggabungkan keenakan hidangan istimewa, kekayaan budaya pelbagai bangsa serta layanan mesra yang sentiasa menjadi keutamaan. Bermula 20 Februari hingga 19 Mac 2026, BGR menyajikan Bufet Ramadan dengan variasi juadah tradisional kegemaran ramai serta sajian baharu yang kreatif, disediakan dengan penekanan terhadap kualiti dan kelestarian.

LEBIH 100 HIDANGAN ISTIMEWA MENYELERAKAN

Para tetamu berpeluang menikmati lebih daripada 100 pilihan hidangan istimewa yang menyelerakan, menampilkan resipi-resipi pilihan hasil sentuhan pasukan kulinari berpengalaman BGR. 


Antara hidangan istimewa yang menjadi tumpuan dan kegemaran ramai termasuk Kambing Golek yang dipanggang sempurna, Sup Kambing Mamak yang kaya dengan rempah, Satay Ayam resipi istimewa, Gyoza Dumpling resipi khas, Nasi Kerabu, serta Telur Sous Vide bersama Cendawan Espuma.


SAJIAN TRADISIONAL INDIA SELATAN & JEPUN

Menambah kemeriahan Ramadan tahun ini, BGR turut memperkenalkan sajian tradisional India Selatan seperti Ayam Pallipalayam, Mutton Ghee Roast, Sayur Kurma, Sambar, Telur Podimas dan Gobi Manchurian. Pengalaman ini dilengkapkan dengan pencuci mulut klasik India Selatan seperti Kesari dan Payasam.


Bagi penggemar masakan Jepun pula, Ramen Ayam Tradisional dan Ramen Dumpling Udang menjadi tarikan utama. Hidangan ini dimasak menggunakan stok udang Jepun istimewa yang direneh dengan penuh teliti dan diolah mengikut cita rasa tempatan, menghasilkan gabungan unik antara keaslian tradisi Jepun dan sentuhan moden yang memikat selera.

PENCUCI MULUT & STESEN ‘LIVE’ PENUH KECERIAAN

Peminat pencuci mulut pasti terpesona dengan pelbagai jenis kuih-muih tradisional termasuk Pulut Putih bersama Serawa Durian yang lemak manis dan menjadi kegemaran ramai. 


Hidangan pencuci mulut ala Barat turut melengkapkan bufet, manakala stesen Churros ‘Live’ yang disajikan panas bersama sos coklat buatan sendiri menambah kemeriahan serta memberikan pengalaman berbuka puasa yang lebih ceria dan istimewa.

MESRA KELUARGA & KANAK-KANAK

Golongan kanak-kanak juga diraikan dengan pelbagai hidangan manis dan lazat seperti Mac & Keju, Kentang Goreng Berperisa, Ais Krim Lembut, Betih Jagung Karamel dan Gula-Gula Kapas. Kemudahan Istana Belon turut disediakan bagi memastikan anak-anak menikmati pengalaman berbuka puasa yang menyeronokkan.

KOMITMEN TERHADAP KUALITI & KESELAMATAN MAKANAN

Komitmen Bangi Golf Resort terhadap kualiti dan keselamatan makanan diperkukuhkan dengan pensijilan HALAL JAKIM (sejak 2009) dan pensijilan HACCP (sejak 2021). Pada tahun 2026, BGR melangkah setapak ke hadapan dengan memperoleh pensijilan FSSC 22000, sekali gus memperkukuh piawaian kebersihan dan keselamatan makanan bertaraf antarabangsa.

Bagi keselesaan tetamu, BGR turut menyediakan sehingga 800 petak parkir percuma serta kemudahan surau yang luas dan selesa untuk kegunaan tetamu lelaki dan wanita.

HARGA & MAKLUMAT TEMPAHAN BUFET RAMADAN BGR 2026

Nikmati Bufet Ramadan Bangi Golf Resort dari 20 Februari hingga 19 Mac 2026 pada harga yang berpatutan:

Harga Tempahan Awal

(1 Januari – 19 Februari 2026)

Serendah RM60.00+ seorang dewasa

RM30.00+ seorang kanak-kanak

Tempahan Berkumpulan

Nikmati kadar istimewa untuk tempahan berkumpulan.

Maklumat lanjut di laman web rasmi:

👉 https://bangigolfresort.com/ramadan-buffet-2026/

Harga Walk-In

RM88.00+ seorang dewasa

RM44.00+ seorang kanak-kanak

*Semua harga tertakluk kepada SST 6%*

Bagi AlongMurni (AM), pengalaman berbuka puasa di Bangi Golf Resort bukan sekadar tentang keenakan hidangan, tetapi juga suasana yang menyatukan keluarga, sahabat dan rakan sekerja dalam kemeriahan Ramadan yang penuh makna. Dengan pilihan menu yang pelbagai, layanan mesra serta kemudahan yang selesa, Bufet Ramadan BGR sememangnya destinasi ideal untuk mencipta memori indah bersama insan tersayang.

🌙 Jangan lepaskan peluang ini. Tempah awal meja anda hari ini dan nikmati keistimewaan harga promosi sebelum kuota penuh. Raikan Ramadan dengan penuh rasa, tradisi dan kebersamaan hanya di Bangi Golf Resort.

Post a Comment

0 Comments