TUNE HOTEL KLIA2 : PENGINAPAN TERBAIK, MURAH, MUDAH, CEPAT
DAN SELESA
Baru-baru ni Along Murni (AM) selesai mesyuarat di
Melaka dan AM kena bergegas ke Penang untuk mesyuarat seterusnya. Kalau
diikutkan dari Melaka ke Penang boleh mengambil masa 8 jam jika memandu kereta,
tapi kalau naik kapal terbang hanya 1 jam penerbangan sahaja. Jadi untuk
menjimatkan masa AM ambil keputusan untuk naik kapal terbang dari KLIA2.
AM mengambil penerbangan awal pagi pukul 8 pagi dari KLIA2,
jadi malam sebelum terbang tu AM bermalam di Tune Hotel, KLIA2. Kalau nak
bertolak dari Melaka terlalu awal takut mengantuk dipertengahan jalan, dan yang
paling digeruni ialah tak bangun awal, jadi jalan paling selamat ialah bermalam
di KLIA2 untuk kurang risiko tertinggal kapal terbang. AM 'park' kereta di
parking berbumbung di Putrajaya Sentral. Sehari lebih kurang dalam RM4 je. Dari
Putrajaya Sentral menaiki KLIA Transit ke KLIA2 dengan kos RM6.20 seorang. Owh
ya, tiket penerbangan Malindo Air dari KLIA2 ke Penang yang AM beli berharga
RM38 seorang, amat murah walaupun beli seminggu sebelum terbang.
AM tak pernah bermalam KLIA2, so AM agak teruja untuk ke
sana. KLIA2 amat moden, dan kemudahan di sini juga amat bagus. Memang bertaraf
antarabangsa. Ianya adalah airport tambang murah yang besar.. lebih 5 tingkat
kalau di kira dari parking ke tingkat paling atas. Stesen KLIA Express/Transit
berada di Level 2, Arrival juga di Level 2 manakala Departure di Level 3.
KLIA2 menempatkan shopping complex yang dinamakan
Gateway@KLIA2. So, kalau boring menunggu masa untuk boarding, bolehlah
jalan-jalan cuci mata atau habiskan duit di sini. Nak makan/minum juga amat
mudah, sebab tempat makan memang bersepah-sepah di sana-sini. Kelihatan banyak
lagi ruangan kedai yang masih kosong, mungkin sebab KLIA2 amat baru jadi belum
sempat nak penuhkan kedai-kedai disini.
Memandangkan AM dah buat reservation di Tune Hotel dengan search tune hotel klia2 on traveloka. Di Traveloka, kita boleh mencari hotel
yang kita nak booking di samping untuk booking tiket flight. Traveloka ni amat
memudahkan dan menyenangkan perjalanan kita. Tune Hotel terletak di luar
bangunan KLIA2, tetapi tidak susah untuk ke sana sebab terdapat tempat pejalan
kaki khas yang menyambungkan KLIA2 dan Tune Hotel.
Tune Hotel ini tidak mengecewakan dengan harga yang
dikenakan memandangkan lokasinya yang amat strategik. Harga semalam untuk 2
orang bagi bilik double bed ialah RM180 nett. Biliknya comel, tetapi tidaklah
sempit. Peralatan dalam bilik di susun kemas jadi nampak teratur dan mudah nak
bergerak. Ada towel (biasanya di Tune Hotel lain nak pakai towel kena bayar
tambahan) dan peti besi untuk simpanan barangan berharga. Tandas amat bersih,
lengkap dengan separate rain shower. Tiada almari baju disediakan, tapi ada
tempat gantung baju. Cukuplah untuk pelanggan mereka yang rata-rata bermalam 1
malam jer.. sebab airport begini orang jadikan tempat bermalam untuk transit
atau penerbangan awal je. Orang tak duk lebih daripada itu, jadi almari memang
tak perlu.
Owh ye, sarapan tidak disediakan di sini, juga tiada room
service. Kalau rasa lapar, boleh ke KLIA2 untuk makan, tidakpun boleh dapatkan
pelbagai snek di 7eleven di ground floor Tune Hotel ini. Malam itu AM tidur
nyenyak di Tune Hotel. Katilnya memang selesa. Selepas mandi warm shower, AM
terus check-out sebaik selepas subuh. Check-out process juga amat mudah; cuma
pulangkan semula keycard dan AM boleh terus memulakan perjalanan! No question
asked...sebab bayaran semua dah langsai, dan takde mini bar untuk dicaj. . So,
jangan la risau kalau tak tahu nak menginap di mana kerana Tune Hotel ada la hotel
yang akan memberi segala kepuasan kepada kita dari segi harga untuk bilik,
perkhidmatan mahupun keadaan bilik.
KLIA2 amat luas. Untuk penerbangan domestik, AM kena
berjalan dari security check ke boarding gate dalam 15min! Fuh!! Bayangkan
kalau terlewat sampai, memang naya nak kena berlari jauh-jauh macam tu. AM tak
pasti berapa jauh kedudukan boarding gate penerbangan antarabangsa, tapi dari
pemerhatian AM rasa agak jauh juga. So, AM nasihatkan jika korang menggunakan
airport ni, silalah datang awal ye ;)
KATA ALONG MURNI:
TUNE HOTEL KLIA2 SARANAN AM
UNTUK YANG
ULANG ALIK ATAS URUSAN KERJA.
MURAH, MUDAH, SELESA DAN MELANCARKAN URUSAN
PERJALANAN
DENGAN ADANYA TUNE HOTEL KLIA2.
TERBAIKK DARI AM BUAT SEMUA!!
1 Comments
Ye betul.. Tune Hotel memang murah dan menarik... Dah banyak Admin tidur di Tune Hotel ni.. Semuanya selesa dan puas hati
ReplyDelete