4 Lokasi Tempat Makan Menarik Yang Wajib Dicuba di Baling, Kedah

 

Baru-baru ini AlongMurni (AM) telah mengikuti ‘NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP’ selama 5 hari 4 malam bersama dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata menarik di daerah Baling, Kedah.

Dalam program ini AM berpeluang merasai pengalaman pemetaan Perjalanan Eko-Pelancongan di Baling, Kedah (Nature-Based Travellers to Malaysia - NBT2MY) dan mewar-warkan secara meluas kepada orang ramai di dalam dan juga antarabangsa tentang keunikan dan keindahan Baling.

4 LOKASI TEMPAT MAKAN MENARIK YANG WAJIB DICUBA DI BALING, KEDAH

4 Lokasi Tempat Makan Menarik Yang Wajib Dicuba di Baling, Kedah

Baling merupakan daerah kedua terbesar di negeri kedah selepas daerah Sik. Baling mempunyai tarikan tersendiri terutama keindahan semula jadi. Daerah ini juga tidak asing dalam kalangan pencinta alam semula jadi. Selain itu, di baling juga terdapat tempat tempat yang menarik dengan kepelbagaian makanannya yang unik dan lazat.

Berikut adalah 4 lokasi tempat makan menarik yang wajib dicuba jika berkunjung di Baling, Kedah:

NASI KUKUS AYAM BEREMPAH MAKLANG MATLI

4 Lokasi Tempat Makan Menarik Yang Wajib Dicuba di Baling, Kedah

Nasi Kukus Ayam Berempah Maklang Matli Baling mula beroperasi pada tahun 2016 sehingga sekarang. Sambutan masyarakat setempat amat menggalakkan kerana rasa ayam goreng berempah yang padu dan kuah kari berempah yang enak. 

4 Lokasi Tempat Makan Menarik Yang Wajib Dicuba di Baling, Kedah

Menurut Mak Lang, beliau sering mendapat tempahan dari guru-guru sekolah untuk majlis dan jamuan makan. Pelbagai cabaran dilalui sepanjang 7 tahun ini bagi memastikan menu sajian sentiasa menggunakan bahan mentah yang segar dan rasa yang berkualiti.

AM sangat suka dengan dekorasi kedai dua tingkat yang berkonsepkan melayu klasik. Malahan peralatan di dalam kedai turut dihiasi dengan Mangkuk Sia, Tudung Saji Mengkuang, Bekal dan kotak klasik, Telefon Lama, dan beberapa peralatan klasik lain. 

4 Lokasi Tempat Makan Menarik Yang Wajib Dicuba di Baling, Kedah

4 Lokasi Tempat Makan Menarik Yang Wajib Dicuba di Baling, Kedah

Menu Nasi Kukus Ayam Berempah juga hidangan ayam boleh ditukar kepada menu lain seperti ikan keli atau ayam goreng. Selain itu ada juga sajian menu menarik yang pastinya enak iaitu Moi Nasi, Bihun Sup Utara, Laksa Utara dan kuih muih tradisi di sini. 

4 Lokasi Tempat Makan Menarik Yang Wajib Dicuba di Baling, Kedah

                            Lokasi : K10 Jalan Baling, Kampung Terabak, 09100 Baling, Kedah

Waktu operasi : Setiap Hari / 8.00 Pagi - 10.00 Malam

Sebarang tempahan boleh hubungi : 013-968 1458 / 019 -527 3905

Instagram : @mak.lang.92123 @balqisaiin_

Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100093147159978

WARUNG MAT NOI ROTI BAKAR BALING ROUTE 67

4 Lokasi Tempat Makan Menarik Yang Wajib Dicuba di Baling, Kedah

Warung Mat Noi Roti Bakar Route 67 sememangnya agak terkenal di kalangan geng-geng motosikal besar memandangkan Baling merupakan laluan konvoi ke Thailand. Warong Mat Noi menjadi lokasi tempat makan yang menarik kerana kawasan yang sangat cantik, bersih dan dihiasi dengan lukisan mural serta  berlatarbelakangkan Gunung Baling.

4 Lokasi Tempat Makan Menarik Yang Wajib Dicuba di Baling, Kedah

Lokasinya terletak di tepi jalanraya utama Pekan Baling dan betul-betul bersebelahan dengan Pejabat Tanah Daerah Baling.

4 Lokasi Tempat Makan Menarik Yang Wajib Dicuba di Baling, Kedah

Pemilik Warung Mat Noi bukan biasa-biasa ye. Dengan pengalaman dari hotel ternama dan lima Bintang, beliau menghasilkan menu sajian yang lain dari yang lain dan berjaya menambat hati masyarakat setempat dengan keenakan menu sajian beliau.

4 Lokasi Tempat Makan Menarik Yang Wajib Dicuba di Baling, Kedah

Antara menu yang menjadi bualan dan wajib dicuba adalah:  

  • Set Kacang Phool
  • Lontong, Laksa
  • Bihun Goreng + Kuah laksa
  • Set Homemade Roti Bakar.

AM sangat berpuas hati menjamu selera di sini dengan menu yang menarik dan sedap dengan pemandangan yang indah dan staff di sini juga mesra dan ceria.  

LOKASI : Baling, 09100 Baling, Kedah

WAKTU OPERASI : Setiap Hari kecuali Khamis / 7.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI

HUBUNGI : 013-483 3217

FACEBOOK : https://www.facebook.com/Route67WarungMatNoi/

4 Lokasi Tempat Makan Menarik Yang Wajib Dicuba di Baling, Kedah

M IDAMAN CAFÉ

Lokasi M Idaman Café terletak di tepi jalan di Kampung Dalam Weng. AM sangat sarankan untuk berhenti singgah kerana sajian sarapan pagi kat sini memang sedap.

4 Lokasi Tempat Makan Menarik Yang Wajib Dicuba di Baling, Kedah

Antara menu yang AM sarankan dan wajib dicuba adalah:

  • Nasi Lemak Ayam Goreng (Ada juga menu lain seperti Sambal Sotong, Sambal Kerang dan Sambal Paru)
  • Roti Canai Banjir (Kuah dia memang padu)
  • Roti Sarang Burung

4 Lokasi Tempat Makan Menarik Yang Wajib Dicuba di Baling, Kedah

AM sempat juga merasai keenakan Roti Sarang Burung. Sememangnya Am sangat menyukai rasa kuah kari dhal yang padu dan terbaik. Tambah pulak Roti Canai ini diletak bersama dua biji telur separuh masak.


4 Lokasi Tempat Makan Menarik Yang Wajib Dicuba di Baling, Kedah

Terima kasih pada En Sazli dari Gua Sireh kerana menaja sarapan pagi yang sedap di M Idaman Café ini. Pada yang singgah ke Baling jangan lupa untuk ke Kampung Weng Dalam untuk merasai sendiri keenakan sajian sarapan pagi di sini. 

LOKASI : Kampung Dalam Wang, 09100 Baling, Kedah

WAKTU OPERASI : Setiap Hari kecuali Isnin / 6.30 Pagi - 11.30 Pagi

HUBUNGI :  013-520 1286

FACEBOOK : https://www.facebook.com/profile.php?id=100063948424446

TIKTOK : https://www.tiktok.com/@mazidahsakeri

THE WARONG SANTAI-SANTAI

The Warong Santai-Santai yang terletak di Sungai Petani cuma mengambil masa 10 minit ke KTM Sungai Petani. Gerai yang terletak ditepi jalan, berhadapan dengan Masjid Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah menjadikan sajian lauk tengahari yang pelbagai dan sedap.

4 Lokasi Tempat Makan Menarik Yang Wajib Dicuba di Baling, Kedah

Walaupun baru sahaja beroperasi sejak 6 bulan lepas, Warong Santai-santai yang diasaskan oleh En Hafizz (Fizz) mula mendapat sambutan. Beliau yang merupakan seorang Chef kulinari yang berpengalaman dalam bidang masakan melayu.

Antara menu yang sempat AM cuba adalah

  • Asam Pedas Ikan Kembung
  • Gulai Ayam
  • Masak Kicap Ayam
  • Telur Dadar
  • Sayur Taugey Goreng
  • Paprik Ayam
  • Ayam Goreng Berempah
  • ABC Special

LOKASI : Berdekatan Masjid Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah

4 Lokasi Tempat Makan Menarik Yang Wajib Dicuba di Baling, Kedah


NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP telah diadakan pada 13 Januari 2024 – 17 Januari 2024. FAM TRIP ini merupakan anjuran QTT Group PLT bersama dengan rakan bersekutu Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan dibantu Team KembaRojak.

#MIdamanCafe #NasiKukusAyamBerempahMakLang #MakLangkuFamous #WarungMatNoiRotiBakar #BalingRoute67 #TheWarongSantai #JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel

Post a Comment

3 Comments

  1. cuba try makan kt ulu legong memang best nasi lemak ,roti canai ,kuih muih mmg ulu legong da best, mai dr penang agak shock tempat pendalaman baling makanan sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulu legong kat mana bang? Kat air panas ka mana? Ulu legong bukan kecik

      Delete
  2. kami cuba try makan dekat pagaq buluh cafe makanan murah sangat lamb shank ,sotong buncit udang ikan gulai batang pisang dengan ayaq rm 70 tapi rasa biasa2 je dan nasi pecal kt pekan baling pon rasa biasa2 je,warung mat noi mmg ada kelainan, tp klu kt ulu legong makanan mmg luar biasa.

    ReplyDelete