10 TEMPAT BERSEJARAH MENARIK
WAJIB DILAWATI DI ALOR SETAR,KEDAH
Kali ini Kembara Along Murni (AM) di Kedah di bawah kelolaan BORAKKITA dengan kerjasama TOURISM KEDAH, telah melawat 10 tempat bersejarah menarik dan AM rasa wajib dilawati jika singgah di Alor Setar, Kedah.
BALAI BESAR.
Balai Besar yang terletak di bandaraya Alor Setar, Kedah merupakan sebuah balai besar yang dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II (1710 – 1778) pada tahun 1735 dan berfungsi untuk mengendalikan upacara rasmi raja-raja dan kerajaan. Balai Besar Kedah dibina dengan gabungan keindahan senibina dan mempamerkan kehalusan kerja-kerja seni pertukangan yang mengkagumkan.
AM DI BALAI BESAR |
Dua orang Sultan Kedah yang pernah ditabalkan secara rasmi
di Balai Besar ini ialah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah
ke-22 (1804-1845) pada tahun 1805 dan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan
Kedah ke-27 (1958-2017) pada 20 Februari 1959.
Kedudukan Balai Besar di tengah-tengah bandaraya Alor Setar
dianggap sangat strategik kerana ia dikelilingi oleh banyak bangunan dan
monumen bersejarah yang lain seperti Muzium Diraja Kedah, Galeri Sultan Abdul
Halim Mu'adzam Shah, Balai Nobat, Balai Seni Negeri dan juga Masjid Zahir.
Bagi menjaga dan membaik pulih Balai besar ini ia di tutup
sementara tetapi pelawat boleh mengambil gambar dari luar dan melawat Muzium
Diraja Kedah cuma di belakang kawasan ini sahaja.
MUZIUM DIRAJA KEDAH.
Pintu gerbang menuju ke Muzium Diraja Kedah ini adalah bahagian asal yang di baik pulih dan AM sangat terkejut dan kagum bila melihat gambar-gambar lama di dalam muzium ini masih utuh dan terpelihara.
Muzium Diraja Kedah adalah sebuah bangunan istana lama yang pernah
di diami oleh beberapa orang Sultan Kedah. Pelbagai nama diberikan seperti
Istana Kota Setar, Istana Mak Wan Besar, Istana Pelamin atau Rumah Pelamin.
Istana Ini siap dibina pada tahun 1735 ketika pembukaan Alor Setar sebagai
pusat pentadbiran Negeri Kedah yang ke-8 oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal
Adilin Mu'adzam Shah II (1710-1778).
Ketika Perang Dunia Kedua, tentera Jepun pernah menduduki istana dan kemudiannya turut dijadikan ibu pejabat beberapa pertubuhan sebelum dibiar tanpa pemerhatian. Pada tahun 1983, istana ini dibaikpulih dan dijadikan Muzium Diraja Kedah sempena dengan perayaan menyambut Jubli Perak pemerintahan KDYMM Tunku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan dirasmikan oleh baginda pada 25 julai 1983. Kandungan pameran di sini antara lain mengetengahkkan koleksi KDYMM Tunku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah serta koleksi yang diperoleh daripada kerabat Diraja Negeri Kedah.
Meriam-meriam antik dari zaman perang dahulu dan senjata yang di gunakan semasa perang turut dia pamerkan.
Percuma
Waktu Lawatan
Dibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali jumaat tutup sementara 12.30 t/hari hingga 2.30
petang)
Alamat
Muzium Diraja, Medan Bandar,
Jalan Raja, 05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel : 04-732 7937
Faks : 04-730 5182
.
Pada zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah
ke-26 (1882-1943), bangunan baharu diperbuat daripada batu dan logam.
Rekabentuknya sama seperti binaan kayu sebelumnya. Ia mempunyai tiga tingkat
dan kubah yang terletak di kemuncaknya mencerminkan unsur keislaman seperti
pada binaan masjid. Bangunan baru ini siap dibina pada tahun 1906.
Pada hari ini, Balai Nobat Kedah dijadikan tempat
menyimpan alat-alat muzik Nobat DiRaja yang hanya dimainkan pada
upacara-upacara DiRaja seperti hari pertabalan, perkahwinan dan persemadian
DiRaja.
Alat muzik Nobat terdiri daripada tiga rebana besar, dua
rebana kecil, satu gong dan satu serunai ini mampu menghasilkan satu gabungan
bunyi yang mengasyikkan yang dikenali sebagai muzik nobat, satu bentuk lagu
kebudayaan negeri Kedah.
Balai Seni Negeri Kedah terletak di tengah-tengah Medan Budaya, Alor Setar, Kedah, Malaysia. Senibina bangunan Balai Seni negeri Kedah ini banyak dipengaruhi oleh senibina Roman sama dengan bangunan yang terdapat di "Temple of Fortune Rivals".
Balai Seni negeri Kedah dibina pada tahun 1912 dan telah digunakan sebagai Mahkamah Tinggi sebelum ditukar menjadi pejabat kepada beberapa jabatan kerajaan negeri. Pada 25 Julai 1983, bangunan ini telah diisytiharkan sebagai Balai Seni Negeri Kedah Darul Aman oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Ketua pembinaannya ialah Muhammad bin Lebai Thambi,
arkitek dari Jabatan Kerja Raya Negeri. Pembinaannya bermula pada 21 Januari
1893. Sempena perayaan menyambut Perayaan Jubli Perak pemerintahan KDYMM Tunku
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (1985-1983), bangunan ini dijadikan Balai Seni
Negeri yang dirasmikan oleh baginda pada 25 Julai 1983 dan dibuka kepada orang
ramai untuk dilawati.
Balai Seni Negeri menghimpunkan koleksi-koleksi hasil
seni khasnya anak tempatan Kedah iaitu golongan pelukis veteren dan pelukis
muda yang diantaranya telah berjaya mencipta nama hingga ke peringkat
antarabangsa. Selain Seni Lukis, Seni Ukiran Kayu dan Seni Khat juga turut
dipamerkan.
Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah
merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di
tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja
kerana ia merupakan masjid Diraja.
Masjid Zahir merupakan mercu tanda yang terkenal di Alor
Setar, dengan ciri kubah hitam - satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil,
yang melambangkan lima rukun Islam. Salah sebuah mercu tanda berseni bina di
Kedah, Masjid Zahir tersergam indah sebagai bangunan contoh dengan seni bina
Melayu-Islam. Dibina dalam tahun 1912, ia merupakan salah sebuah masjid tertua
di negara ini.
Rumah Seri Banai dan Rumah Tok Su adalah warisan seni bina Kedah yang sudah berusia lebih
100 tahun dan terletak berhadapan dengan Wisma Pentadbiran Negeri
(Wisma Darul Aman), kampung itu menempatkan Rumah Tok Su dan Rumah Seri Banai
yang menjadi lambang keunikan serta keaslian seni bina tradisional Melayu.
Rumah Tok Su dan Rumah Seri Banai kini menjadi lokasi
untuk penyelidikan pelajar institut pengajian tinggi yang mengambil jurusan
seni bina dan dokumentari sejarah melayu.
Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman,
Lebuhraya Darul Aman,
Bakar Bata,
05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-733 1162
Faks : 04-730 5100
AM juga sempat singgah ke Muzium Padi yang berada di tengah-tengah kawasan jelapang
padi dan berada di sebalik Gunung Keriang.
Senibina muzium ini sangat cantik dan unik menjadikan
ia menjadikan tarikan pengunjung menuju
kesini. Ramai pelajar sekolah yang hadir untuk mengetahui lebih lanjut sejarah
pada dan beras di Kedah dan serata dunia.
AM dapat melihat sendiri replika sawah padi terbentang yang berpusing 360 panorama keunikan kawasan Kedah dan sawah padi.
Harga tiket : RM 5 (Dewasa)
Waktu lawatan : Setiap hari (9 pagi hingga 5 petang)
Muzium Kota Kuala Kedah merupakan terletaknya kubu pertahanan kerajaan negeri Kedah suatu
masa dahulu dan sekarang di baik pulih bagi menjaga kesinambungannya. Terdapat
tapak istana dan rumah api di sini.
Kota ini dibina menggunakan tanah liat, kayu bakau dan
buluh dengan bantuan pihak Portugis. Pernah musnah akibat serangan dari Armada
Acheh untuk menghalau keluar orang Portugis. Setelah diperbaiki, dimusnahkan
sekali lagi oleh Armada Bugis.
Pelbagai info anda boleh baca dan melihat sendiri tempat
bersejarah ini. Peluang ini memang harus di luangkan masa yang lama untuk kita
hayati perjuangan zaman dahulu.
Rumah api ini dikatakan sumbangan kerajaan Thailand suatu
masa dahulu bagi menampakkan perlabuhan Kuala Kedah
Harga tiket : PERCUMA
Waktu lawatan :
Sabtu Hingga Khamis (9 pagi hingga 6 petang)
Ditutup pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji
ISTANA ANAK BUKIT
Istana Anak Bukit terletak di kawasan Anak Bukit atau
changkat yang tinggi sedikit di atas sebuah pulau kecil yang dibentuk daripada
Sungai Anak Bukit dan Sungai Kuala Cegar, terdirinya sebuah lagi mercu tanda
yang melambangkan kedaulatan Kesultanan Negeri Kedah. Istana Anak Bukit
merupakan tempat bersemayam keluarga DiRaja iaitu KDYMM Tuanku Sultan Kedah
sekeluarga. Di pintu pagar hadapan masuk istana tersebut, terpampang lambang
mohor DiRaja dan dibarisi pokok-pokok hujan sepanjang jalan masuk ke dalam istana.
Anak Bukit ialah sebuah bandar diraja di Kawasan Parlimen
Kuala Kedah di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Anak Bukit merupakan sebuah
pekan yang terletak berhampiran dengan Alor Merah dan Kepala Batas.
Istana Anak Bukit merupakan kediaman rasmi Sultan Kedah
iaitu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan
Badlishah. Baginda dilahirkan pada 30 April 1942 dan telah ditabalkan menjadi
Sultan Kedah ke-28 sejak 12 September 2017.
Istana Anak Bukit telah mejalani ubah suai
sebanyak RM70 juta sempena dengan perayaan ulang tahun ke-50 semasa
pemerintahan Sultan Kedah pada tahun 2008. Ubah suai ini bermula pada Februari
2009, merangkumi pembangunan gedung baru yang bakal menempatkan khalayak baru
dan ruang makan yang boleh menampung sehingga 1,400 orang pada satu masa
menggantikan jumlah khalayak maksimum sedia ada dan ruang makan yang hanya
boleh menampung kurang daripada 1,000 orang. Bangunan ini selesai ubah suainya
pada bulan Oktober 2007.
Aliran sungai yang disebut sungai Anak Bukit mengalir di
bahagian belakang bangunan Istana ini dan mengalir melalui Alor Star, Kedah
dihubungkan oleh Sungai Kedah ke muara Kuala Kedah.
Rancang semua perjalanan anda ke utara dan pastikan anda
bergambar-gambar di setiap lokasi menarik nanti.
KATA ALONG MURNI
KEDAH MENGANDUNGI PELBAGAI KHAZANAH WARISAN NEGARA
YANG PENUH DENGAN NILAI TINGGI.
PELBAGAI MESEJ, INFORMASI DAPAT DIPELAJARI SEPANJANG
BERADA DI KEDAH.
DI SAMPING PENUH DENGAN KEUNIKAN DAN
KEASLIAN YANG MASIH DIPELIHARA,
KESINAMBUNGAN SEJARAH ANAK MALAYSIA
HARUS DITANAM DALAM SETIAP JATI DIRI.
SIAPALAH KITA TANPA PENGORBANAN DAN KESUSAHAN ORANG TERDAHULU DEMI KEDAMAIAN HARI INI.
JUTAAN TERIMA KASIH BUAT EN ZAINIZAM ZAINUN KERANA
MEMBERI BANYAK MESEJ DAN INFORMASI SEPANJANG
KEMBARA AM DI NEGERI KEDAH
1 Comments
AM berasal dari padi kedah ye? hahahha.
ReplyDelete