2 HARI SATU MALAM DI PUSAT EDU-ECOTOURISM SUNGAI MENYALA
JALAN JALAN DI NEGERI SEMBILAN
MENIKMATI UDARA SEGAR ALAM SEMULAJADI
PENGINAPAN SELESA
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),
AlongMurni (AM) lebih banyak menghabiskan masa untuk berada di rumah dan
mengikut setiap saranan kerajaan. Namun apabila kerajaan mengumumkan Perintah
Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan terbuka untuk melancong, AM memilih
untuk bersedia memulakan aktiviti luar. Bagaimanapun, AM masih meletakkan
keselamatan dan kesihatan sebagai keutamaan dalam norma baru ini.
AM dimaklumkan bahawa Taman Eko Rimba dan Hutan Negeri di
Negeri Sembilan telah mula dibuka, sila rujuk entri AM ini
Jadi, tempat yang selamat dan kebersihan menjadi faktor utama mengapa AM
memilih untuk menginap di sini. Malahan tempat yang AM akan lawati dan menginap
ini, mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
MENGINAP DI PUSAT
EDU ECOTOURISM SG MENYALA
Pusat Edu-Ecotourism Sg Menyala menjadi pilihan lokasi
penginapan AM untuk cuti-cuti kali ini. Ianya terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Sungai Menyala yang
berkeluasan mencecah 1280 hektar.
Selain menikmati udara segar dan kehijauan di dalam hutan
rimba, AM boleh melawati Galeri Pusat Edu-Ecotourism. Di sini terdapat pameran
tentang jenis-jenis hutan, daun, pokok dan sebagainya dalam suasana yang cukup
moden. Banyak informasi yang AM perolehi di Galeri ini.
Galeri |
Penginapan yang disediakan di sini adalah jenis kategori double room, twin room atau dorm dalam harga yang sangat berpatutan. Bilik double room/ twin room lengkap dengan TV, peti sejuk saiz kecil dan meja saiz kecil manakala Bilik Dorm sesuai untuk yang menginap lebih dari 5 - 24 orang . Bilik Dorm agak santai jika datang dalam berkumpulan.
Bilik jenis Twin/Double |
AM memilih untuk menginap dalam bilik jenis dorm. Yelah kan, boleh bersembang-sembang sambil berkongsi pengalaman sepanjang tempoh PKP di rumah. Memang riuh dan banyak cerita yang menggelikan hati bila dah berkumpul dengan rakan-rakan.
Kemudahan lain yang disediakan adalah dewan taklimat,
perpustakaan, dewan makan, surau, basikal dan sebagainya.
Dewan Taklimat |
Sepanjang menginap di Pusat Edu Ecotourism ini AM rasa sangat tenang dengan udara yang segar. Mana tidaknya di kelilingi kehijauan hutan simpan yang masih mengekalkan alam semulajadi. Tidur pun jadi nyenyak tau. Malam malam boleh dengar je bunyi unggas dan bunyi cengkerik menyanyi riang. Memang tenang dan mendamaikan.
Di sini juga banyak aktiviti yang menarik boleh dilakukan antaranya Jungle Trekking, Rekreasi umum seperti berkelah dan beriadah, berbasikal dan melakukan penyelidikan terhadap alam flora dan fauna yang masih terpelihara di sini.
BERJALAN-JALAN DI
PANTAI TELUK KEMANG
Perjalanan dari Pusat Edu Ecotourism Sg Menyala ke Pantai
Teluk Kemang mengambil masa 10-15 minit dengan menaiki kereta. Di sepanjang
jalan menuju ke Pantai Teluk Kemang, dapat dilihat banyak kedai-kedai telah
mula beroperasi namun masih mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Orang ramai telah dibenarkan untuk mandi manda di kawasan
Pantai Teluk Kemang. AM dan rakan-rakan cuma berjalan-jalan di kawasan Pantai
Teluk Kemang sahaja sambil mengirup udara segar dan angina pantai.
SINGGAH MENJAMU
SELERA DI PAK MOK LEMANG REMBAU
Lemang Pak Mok ini memang agak terkenal dengan keenakannya oleh masyarakat setempat. Jadi tempat ini disarankan oleh rakan AM yang lebih dikenali dengan panggilan 'Mummy'.
Selalu AM makan lemang buluh yang biasa namun di Pak Mok Lemang Rembau ini mempunyai juga Lemang Cili Padi. Memang sedap dan dipadankan dengan Rendang Ayam/Daging Mamam. Memang terbaik dan AM sangat sarankan untuk yang datang ke Negeri Sembilan singgah merasa lemang dari Pak Mok ini.
(dari kiri) Bergambar bersama Zul, 'Mummy', Balqis dan AM |
13 Comments
nampak seronok tu...bestnya dapat hirup udara segar kan selepas lama berkurung. serius bilik dorm tu nampak best. kalau pergi dekat kawan-kawan bagus ni
ReplyDeleteSeronoknya macam macam aktiviti blh buat kat sini. Meati best kalau dapat pegi ni ..
ReplyDeleteLokasi yang menarik untuk buat aktiviti pengukuhan kumpulan nie. Nanti nak cadangkan kat pejabat la - dekat dan semuanya ada.
ReplyDeleteWah dah start bercuti dah! Bagus la. Tempat begini memang bagus untuk mereka yg suka adventurous dan duduk di kawasan begini. Kak belum pernah sampai sini.
ReplyDeleteLama tak pergi PD, nanti nak pergilah sekarang semua hotel tangah full booking... lepas PKP semua pakat-pakat pergi PD nampaknya
ReplyDeleteseronoknya! Nanpak pantai, terus rasa nak mandi la. Rindu mandi pantai. Lepas pkp, ramai orang dah mula becuti. Dapat sedut udara hutan pun dah buat kita tenang jauh dari hiruk pikuk bandar.
ReplyDeleteSedap tu rendang maman. Next time kalau turun PD boleh la singgah makan lemang. Nampk sedap AM makan
ReplyDeleteNampak selesa tempat penginapannya... selepas berkurung, bila kita keluar jalan jalan dan buat aktiviti macam AM ni, confirm rasa sangat segar dan bersemangat semula kan...
ReplyDeleteBest gila, lama x buat activity macam ni! Yang paling best, lemang cili padi? wow apa tu? teringin nyaaa nak try! i dah la mmg suka cili padi!!!
ReplyDeleteBest sangat aktiviti yang dibuat.. Lama tak buat aktiviti lasak macam ni.. Ajak kawan2 memg best ni
ReplyDeleteseronoknya, macam macam aktiviti boleh buat. Nanti ada mas aboleh ajak kawan kawan ke sini
ReplyDeleteBestnya dapat bercuti dengan kawan-kawan... Tempat penginapan tu pun nampak selesa... Boleh dijadikan spot untuk team-building juga kan... Aktiviti yang dirangka pun menarik sekali...
ReplyDeleteSeronoknya, lama betul tak buat aktivti macam ni. Macam nak rancang percutian ke sini dengan kawan-kawan belajar dulu. Seronok buat aktiviti macam ni dengan kawan kawan lama
ReplyDelete