SAJIAN STEAK TERBAIK
DI ME’NATE STEAK HUB
ISTIMEWA RAMADAN
BERSAMA ME’NATE STEAK HUB
Kali ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk mencuba menu Ramadan
yang ditawarkan di Me’nate Steak Hub. Mena’te Steak Hub satu jenama restoran
yang tidak asing lagi dan antara steakhouse Halal terbaik di Malaysia buat masa
ini. Oleh itu sempena Ramadan kali ini, Me’nate steak hub tidak ketinggalan
turut serta dalam memeriahkannya dengan kempen Ramadan. Walaupun Me'nate masih
mengekalkan buffet ramadan namun berbuka puasa di Me’nate tetap mematuhi SOP yang di tetapkan
oleh KKM.
Kempen Ramadan kali ini juga menyajikan lebih daripada 70
hidangan dari pelbagai pilihan makanan barat dan tempatan. Selain itu juga
Me’nate Steak Hub ada menyediakan pakej Ramadan Special Group Steak untuk
pelanggan-pelanggan setia Me’nate yang inginkan kelainan. Mengekalkan konsep tradisi
Me’nate masih mengekalkan menu steak dan makanan barat dan Mediterranean
sebagai pilihan utama sajian.
Istimewanya Kambing Panggang Bukhari bersama nasi Mandhi menjadi taruhan untuk memuaskan para pelanggan yang meminati kambing panggang. Selain menu masakan barat, bagi memenuhi citarasa Ramadan.
Me’nate juga
menawarkan menu makanan tempatan lain seperti Nasi Tomato, Mee Soto,Nasi
Himpit, Bubur Lambok, Mee Kari Nyonya, Kueh Teow yang di goreng panas dan
sebagainya selain hidangan pencuci mulut kuih-muih tempatan.
Pakej buffet ramadan kali ini menawarkan dengan tawaran harga yang sangat berbaloi iaitu RM89.90 untuk dewasa dan RM49.90 untuk kanak-kanak, manakala bagi kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah tidak dikenakan sebarang bayaran. Untuk setiap tempahan awal pihak Me’nate akan memberi potongan sebanyak 10% hingga ke 30% bergantung terma dan syarat.
Setiap menu Ramadan kali ini disediakan oleh Chef-Chef Me’nate yang berpengalaman dan sudah pasti ianya mengikut kepelbagaian citarasa para pelanggan yang sering berkunjung ke Me’nate. Bagi memenuhi permintaan pelanggan di Ramadan 2021 ini yang menggemari daging premium, Me’nate memperkenalkan juga pakej makanan barat premium yang boleh di nikmati seisi keluarga dengan harga yang berpatutan iaitu hidangan "GROUP STEAK" FAMILY PLATTER.
Me’nate memperkenalkan 2 jenis pakej iaitu SET A (PREMIUM
FAMILY PACKAGE) dan SET B (SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE) dimana satu set boleh
dimakan sehingga 5 ke 6 orang. Terdapat sehingga sebelas menu bagi setiap hidangan
dalam FAMILY PLATTER ini dan hidangan pemanis mulut@dessert diberikan secara
PERCUMA dari kaunter buffet. Yang pastinya hidangan dalam FAMILY PLATTER ini
masih mengekalkan kualiti penggunaan daging dan bahan-bahan yang digunakan
untuk pelanggan merasai keistimewaan yang di tawarkan oleh Me’nate pada kali
ini. Kepada yang berkeluarga inilah masanya untuk menikmati serta merasai
pengalaman berbuka puasa dengan hidangan enak yang disediakan untuk keluarga
anda.
Bagi memeriahkan kempen ramadan kali ini juga, Me’nate akan
memperkenalkan produk sejuk beku terbaru iaitu jenama MeatLab yang boleh di
jadikan hidangan berbuka bila di rumah atau sebagai ole-ole semasa balik ke
kampung dan juga semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. Terdapat 5 jenis
pilihan yang boleh dinikmati iaitu BBQ Beef Ribs, Lamb Shank, Marinated Lamb,
Lamb Shabu dan Peri-Peri Chicken. Selain itu MeatLab juga akan memperkenalkan
Rendang Daging edisi terhad sempena Ramadan dan Aidilfitri ini.
Me’nate juga ingin menjemput Syarikat atau badan-badan
Korporat serta individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Me’nate untuk
menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial korporat di Me’nate
contoh seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan sebagainya sepanjang
ramadan ini. Diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat yang berminat.
Buat masa ini restoran Me’nate Steak Hub mempunyai 7 (tujuh) cawangan di seluruh Malaysia yang berada di Setapak, Ampang, Bangi, Shah Alam, Seremban, Melaka serta Johor Bahru dan hanya enam (6) sahaja cawangan yang menganjurkanya Buffet Ramadan kecuali di Ampang yang hanya menyediakan menu Istimewa Heavenly Lamb dan Heavenly Beef bersama nasi Bukhari yang boleh di nikmati empat hingga ke lima orang.
Selain itu di Me’nate Steak Hub Ampang juga
ada menyediakan pakej Istimewa Group Steak Iftar untuk lima hingga ke enam
orang, sesuai untuk di nikmati seisi keluarga dan juga pakej Istimewa Iftar
untuk 2 orang. Para pelanggan dan Syarikat yang berminat boleh menghubungi
cawangan-cawangan Me’nate Steak Hub terdekat untuk membuat tempahan atau
bertanya tentang pakej yang di sediakan.
Restoran Me’nate Steak Hub juga menyediakan surau yang
selesa untuk para pelanggan menunaikan ibadah solat.
2 Comments
Meriahnya juadah
ReplyDeleteserious terliur tgk ni pagi pagi gini hahaa
ReplyDelete