SENI TERINDAH : KEMBARA KRAF SELANGOR 2017 - GAYA TRAVEL & UPEN
Seni dan kraf di Malaysia berwarna-warni dan berharga
sama seperti latar belakang negara yang berbilang budaya. Penggiat seni di Malaysia
menggunakan pelbagai medium seni untuk meluahkan perasaan mereka. Along Murni
berasa bertuah dapat mengikuti program ‘KEMBARA KRAF SELANGOR 2017’ yang
dianjurkan oleh Majalah Gaya Travel bersama dengan Unit Perancang Negeri
Selangor (Sektorial Pelancongan) atau lebih dikenali sebagai UPEN. Banyak
warisan kraf yang begitu menarik dan begitu tinggi nilai seninya dapat AM
dekati dan pelajari. Antara 6 tempat seni yang sempat AM kunjungi dan amati
adalah:
- AMAZE CREATIVE
Amaze Creative adalah pertubuhan yang mencungkil bakat
artistik masyarakat tuli & bisu dalam menghasilkan karya seni untuk
barangan fesyen seperti: kasut kanak-kanak, kasut wanita, beg tangan, baju-T
& banyak lagi.Ia bertempat di TAR Vi lla Apartments in Desa Setapak . Semua
produk tangan Amaze Creative dicat dengan menggunakan seni dari tangan
anak-anak istimewa ini.
Untuk menyokong dan membeli hasil tangan kanak-kanak ini,
bolehla lawati www.egoodshops.com atau www.amaze.com.my
GDS Marketing (EGoodShops) adalah sebuah syarikat
perdagangan yang menjual secara langsung atau secara online di Malaysia. GDS Marketing adalah sebuah syarikat yang
diberi kuasa untuk mengumpul dana untuk MFD (Persekutuan Anak-Anak Pekak
Malaysia) iaitu setiap pembelian barangan ini akan disalurkan sebahagiannya
kepada Persatuan Persekutuan Pekak Malaysia.
- FS DESIGN FURNITURE
FS Design Furniture adalah pengilang dan pembekal perabot
kelas komersil untuk rumah, restoran, kondominium, projek dan ruang komersial.
FS Design Furnitue (FS) dikategorikan sebagai pakar dalam
perabot kayu dalaman, kerja keluli dan perabot diubahsuai yang berpangkalan di
Hulu Langat, Selangor.
FS bekerjasama dengan pelanggan mereka, termasuk arkitek,
juruhias dalaman dan kontraktor - untuk menghasilkan reka bentuk baru dan
mengurangkan kos pengeluaran dan perolehan perabot.
Kepakaran FS dalam bekerja dengan bahan-bahan berkualiti
seperti kayu padu - Douglas Fir, Meranti & Nyatoh, Kain, Keluli tahan
karat, Logam dan Kaca menghasilkan perabot berkualiti tinggi yang sering
melebihi jangkaan dan amat menuaskan hati pelanggan.
AM sempat berbual panjang bersama dengan Fazli Shah
Simpon, pemilik FS Design Furniture. Beliau menerangkan bahawa FS
mengetengahkan konsep gaya elegen dan inovasi dalam satu pakej yang indah.
Unsur-unsur reka bentuk yang cantik, perabot yang selesa dan berfungsi, dan
pelbagai pilihan dalam memenuhi misi ‘Go Green’ di samping mengekalkan rasa tanggungjawab
terhadap alam sekitar.
Ini membuktikan akan kehijauan boleh menyemarakkan rasa,
gaya, keselesaan dan nilai yang baik. Koleksi FS dibuat dengan bahan-bahan yang
mesra alam untuk menghasilkan garis hijau yang mesra alam dan perabot . Di
dalam koleksi hijau, FS menggunakan kayu Douglas Fir bagi mengembalikan memori
dan nostalgia dari pintu lama, tingkap, dan rumah-rumah lama. Produk-produk
yang cantik dan inovatif ini menggabungkan reka bentuk dan fungsi yang bersih
dan dibuat dari bahan-bahan yang mampan, organik, dan kitar semula.
- WARISAN INSPIRED
Warisan INSPIRED adalah hasil tangan dan kreativiti oleh
Hanisah Izzati, seorang gadis kecil molek. Setiap penghasilan kreativiti beliau
adalah terdiri daripada songket, kain pelikat dan batik. Maka terhasillah barangan
seperti dompet, tas tangan dan sulaman baju. Memang sangat menarik dan menakjubkan.
- ARTSIS STUDIO
ARTSIS STUDIO dikendalikan oleh 5 adik beradik perempuan
di samping mengajar kelas seni di Rumah Studio mereka di USJ 9, Subang Jaya.
Mereka begitu komited dalam mengadakan kelas / bengkel lukisan dan pewarnaan
ditambah lagi dengan ‘Camp Art’ pada hujung minggu dan cuti sekolah
Bapa mereka iaitu Dato’ Haji Mohd Yusoff Jaafar, yang
juga merupakan bekas ketua polis Sarawak sangat memberi galakan penuh untuk
anak-anaknya meneruskan bakat seni yang ada. Beliau juga memiliki bakat seni
yang sama. Beliau mendidik anak-anak dengan cara melepaskan setiap tekanan,
perasaan dan luahan pada lukisan. Perkongsian anak beranak ini nampak lebih
menarik dan unik dalam setiap penghasilan karya seni mereka.
Lihatlah hasil-hasil karya mereka yang begitu unik dan menarik ini.
- QUEENL'S CRAFT
Menjual hasil tangan ‘non-stich modern patchwork’. AM begitu terpesona dengan hasil daripada seni
‘non-stich modern patchwork’ ini. Malahan menurut Puan Latifah Hamzah pemilik
QUEENL’S CRAFT, keseronokan dan kepuasan menjadi faktor utama dalam setiap
penghasilan ciptaan kreatifnya.
Lihat hasil-hasil seni kreatif ciptaan beliau yang sempat
AM ‘capture’ sepanjang sesi bertemu beliau. Memang menarik dan WOWWW!!! kan???
- ARTJAMILA
Jamila adalah seorang gadis autistik berusia 15 tahun
yang mencipta karya seni yang paling menakjubkan dengan corak yang rumit dan
pemikiran yang teliti mengenai butirannya . Hasil seninya benar memukau dan
begitu WOwww!!!
Jamila didiagnosis sebagai autistik ketika dia berusia 4
tahun tetapi dia menggunakan lukisan sebagai cara untuk mendedahkan emosi dan
semangatnya di atas kertas serta digital . Gaya penampilannya yang tersendiri
dapat dilihat pada karya seninya.
KATA ALONG MURNI:
BANYAK YANG DIPELAJARI SEPANJANG
PROGRAM KEMBARA KRAF SELANGOR 2017. RIBUAN TERIMA KASIH BUAT
GAYA TRAVEL &
UPEN SELANGOR
ATAS UNDANGAN. MEMANG SESUATU YANG LUAR BIASA DAN PENUH MANAFAAT
UNTUK DIKONGSI SEMULA BERSAMA DENGAN PEMBACA BLOG ALONG MURNI. MARILAH KITA
SEMUA MENYOKONG HASIL SENI NEGARA YANG PENUH DENGAN KEUNIKAN DAN NILAI TINGGI.
HIDUP SENI KRAF MALAYSIA!!!
1 Comments
wahhhh semuanya handmade nampak cantik.
ReplyDelete