REVOLUSI KERUSI URUT GINTELL : GAYA HIDUP SIHAT DAN URUTAN TERSENDIRI

REVOLUSI KERUSI URUT GINTELL : 
GAYA HIDUP SIHAT
 DAN URUTAN TERSENDIRI
 - DESPACE STAR MASSAGE CHAIR -

Along Murni (AM) berkesempatan untuk pergi ke pameran kesihatan dan kesejahteraan yang dianjurkan di IOI Mall, Puchong bersama dengan perasmian kerusi urut GINTELL yang terkini iaitu DéSpace Star Massage Chair. Perasmian ini telah disempurnakan oleh pelakon dan pengacara terkemuka, Datuk Jalaludin Hassan bersama dengan Ketua Pegawai Operasi GINTELL, Encik Simon Hue. Produk Gintell diiktiraf oleh Malaysian Book of Records sebagai ‘Stor Rantaian Produk Kesihatan Terbesar’.





Sedikit informasi yang AM dapati untuk dikongsi bersama.

Menurut Program Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2015, kelembaman fizikal dikatakan menjadi faktor risiko yang keempat mortaliti. Ia menyumbang sebanyak 6 peratus punca kematian secara global. Ini diikuti dengan tekanan darah tinggi (13%), penggunaan tembakau (9%), dan tahap glukosa tinggi darah (6%). Walaubagaimanapun, tanggungjawab pekerjaan yang mendesak telah menyebabkan kekurangan aktiviti fizikal yang mengakibatkan stres dan gangguan kesihatan.
Revolusi teknologi kerusi urut GINTELL menyediakan alternatif terbaik kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk menjalankan aktiviti fizikal tambahan. AM sempat mencuba dan menikmati DéSpace Star dari Siri Kerusi Urut UFO yang baru dilancarkan dengan elemen yang unik seperti fungsi Moon Hand Grasp. Bebola urut direka secara khusus untuk menyediakan urutan mirip urutan tangan sebenar. Terdapat juga 4D Reflex Spa yang menyediakan sesi refleksologi yang lengkap melibatkan terapi memanaskan betis dan lutut, meliputi kesemua 27 titik akupuntur. Terasa benar-benar diurut dan memang sangat sedap serta menyenangkan!!!




Ketua Pegawai Operasi GINTELL, Encik Simon Hue berkata,”Dengan kebangkitan teknologi dan permodenan, sesetengah rakyat Malaysia mengabaikan kesihatan yang menyebabkan gangguan kesihatan. Dengan kerusi urut GINTELL DéSpace Star, anda mendapat kelebihan melakukan aktiviti fizikal dengan hanya berehat di kerusi urut. Dengan cara ini, jadual kerja yang tidak terduga tidak akan menjadi beban kepada kesihatan lagi!”



Produk terbaru GINTELL ini ditawarkan dengan harga RM 11,836, termasuk dengan urutan yang telah diprogramkan. Program urutan ini menyediakan pelbagai kelebihan untuk mereka yang prihatin terhadap kesihatan. Antaranya, Yoga Stretch yang menyediakan manfaat senaman yoga. Dengan fungsi 210° Yoga Stretch, pengguna dapat mengelakkan dari menjadi bongkok, kaki berbentuk O dan X, dan kyphosis. Di samping itu, pengguna juga dapat menguatkan sendi, memperbetulkan postur tubuh dan keseimbangan serta memperbaiki pelurusan tubuh jika digunakan secara berterusan.
Promosi pameran kesihatan GINTELL akan diadakan sepanjang musim perayaan ini sehingga 1 Januari 2018, di mana para pembeli dapat menikmati rebat tunai istimewa sebanyak RM 2,000 dengan setiap pembelian kerusi urut DéSpace Star.


KATA ALONG MURNI: 

REVOLUSI TERKINI KERUSI URUT GINTELL MEMANG TERBAIK. SESUAI DIGUNAKAN SEISI KELUARGA ATAU DI PEJABAT (KALAU EN BOSS BELIKAN & LETAK DI PEJABAT, MEMANG TERBAIK!!).

BILA RASA LETIH DAN PENAT DENGAN KERJA SEHARIAN HANYA DUDUK DAN TEKAN ‘START’. 

URUTAN BERMULA DAN BADAN AKAN RASA SEGAR DAN SIHAT SEMULA. JOMMM KITA BER ‘GINTELL’

Post a Comment

1 Comments

  1. Produk GINTELL memang terbaik.. Segar, sihat dan cergas untuk menjalankan kerja-kerja harian selepas menggunakannnya. Hehe..

    ReplyDelete