Bagi pencinta muzik dan dekorasi
kediaman moden, pastinya teruja dengan inovasi terbaharu daripada Harman
Kardon. Baru-baru ini, AlongMurni (AM) berkesempatan menghadiri majlis
pelancaran dua pembesar suara terbaharu, iaitu HARMAN KARDON LIORA DAN
HARMAN KARDON ALLURE 2, yang membuat penampilan sulungnya di peringkat
global.
HARMAN KARDON LIORA DAN ALLURE 2 DILANCARKAN
GABUNGAN SENI BUNYI, CAHAYA DAN KEMEWAHAN DALAM KEDIAMAN

Kedua-dua produk ini bukan
sekadar menawarkan pengalaman audio premium, malah menggabungkan elemen
pencahayaan, teknologi inovatif dan reka bentuk artistik yang mampu mengubah
suasana sesebuah kediaman. Apa yang menarik perhatian AM adalah bagaimana
Harman Kardon menjadikan sebuah pembesar suara bukan sahaja sebagai peralatan
audio, tetapi juga sebagai elemen dekorasi yang menyerlahkan keperibadian
pemilik kediaman.
Harman Kardon Liora : Model Mercu Baharu Dengan Sentuhan Mewah

Harman Kardon Liora merupakan
pembesar suara Wi-Fi premium dengan reka bentuk bak sebuah karya seni arca.
Gabungan dua kubah lutsinar, fabrik tenunan 360 darjah serta kemasan rona pasir
yang elegan menjadikannya cukup eksklusif. Dari segi prestasi audio, Liora
dilengkapi dua subwufer bersaiz 5 inci, empat pemacu julat pertengahan bersaiz
2.5 inci dan tiga tweeter 30mm yang memberikan liputan bunyi sehingga 180
darjah.

Konfigurasi subwufer push-push
membantu mengimbangi getaran, sekali gus menghasilkan bes yang mendalam,
berkuasa dan terkawal. Teknologi AI Sound Boost, Constant Sound Field dan
penalaan kendiri automatik pula memastikan pengalaman pendengaran yang seimbang
serta berkualiti mengikut persekitaran kediaman.
Pencahayaan Imersif Yang Memukau
Antara keistimewaan Liora adalah
lima lapisan pencahayaan dengan 10 pilihan tema animasi, termasuk Ocean,
Aurora, Fireplace, Nebula, Blossom, Calm dan Sunrise, serta tiga tema eksklusif
iaitu Starry, Bubble dan Coral. Pengguna boleh menyesuaikan warna, kecerahan
dan kelajuan pencahayaan melalui aplikasi Harman Kardon One.

Bayangkan selepas seharian penat
bekerja, kita pulang ke rumah, memasang muzik kegemaran sambil menikmati
pencahayaan yang menenangkan. Memang sesuai untuk menikmati waktu me time!
Liora turut menyokong Wi-Fi, Bluetooth 5.3, AirPlay 2, Google Cast, Spotify
Connect, Tidal Connect, Roon Ready dan Qobuz Connect.
Menariknya, Liora turut
mengandungi sekurang-kurangnya 22 peratus bahan kitar semula mengikut berat
produk, mencerminkan usaha jenama ini ke arah kelestarian.
Harman Kardon Allure 2 – Kompak, Elegan dan Menawan
Bagi mereka yang menggemari
pembesar suara bersaiz lebih kecil, Harman Kardon Allure 2 pastinya menjadi
pilihan menarik. Dengan ketinggian 203mm dan berat hanya 2.2kg, Allure 2
menampilkan kubah lutsinar, teras pencahayaan seakan-akan terapung serta tapak
berbalut fabrik akustik yang elegan.

Walaupun bersaiz kompak, pembesar
suara ini dilengkapi tiga pemacu julat penuh 1.5 inci dan subwufer 3.5 inci
yang menghala ke bawah untuk menghasilkan bunyi ke semua arah. Teknologi AI
Sound Boost turut memastikan bes kekal kaya dan terkawal pada setiap tahap
kelantangan.
Allure 2 menawarkan pencahayaan
ambien 360 darjah dengan lima tema LumiGlow™, iaitu Sunrise, Fireplace, Ocean,
Aurora dan Blossom. Ia juga dilengkapi Bluetooth 5.4, sambungan berbilang titik
untuk dua peranti, pemadanan stereo serta teknologi Auracast™.

Pada pandangan AM, reka bentuknya
sangat sesuai untuk diletakkan di bilik tidur, ruang kerja mahupun ruang santai
keluarga. Menurut Grace Koh, Naib Presiden dan Pengurus Besar Audio Pengguna
Asia Pasifik, HARMAN, kedua-dua produk ini mencerminkan visi Harman Kardon
dalam menggabungkan pengalaman audio berkualiti, pencahayaan dan estetika
kediaman kontemporari.
Harga, Pra-Tempahan dan Ketersediaan di Malaysia
Sempena pelancaran global ini,
Harman Kardon menawarkan pra-tempahan eksklusif sehingga 6 Disember 2026.
.png)
Harman Kardon Liora
- Pakej pra-tempahan: RM5,688
- Termasuk kaki penyangga lantai khas.
- Percuma Koleksi Pewangi Eksklusif bernilai RM299.
- Harga jualan rasmi: RM5,399
- Harga kaki penyangga berasingan: RM799

Harman Kardon Allure 2
- Harga jualan rasmi: RM1,099
- Percuma lilin aromaterapi bagi pra-tempahan.
- Jualan rasmi bermula 7 Disember 2026.
Tawaran eksklusif ini sah
sementara stok masih ada. Pra-tempahan boleh dibuat menerusi kedai rasmi Harman
Kardon di Shopee dan Lazada.
Bukan Sekadar Pembesar Suara
Bagi AM, pelancaran Harman Kardon
Liora dan Allure 2 membuktikan bahawa teknologi audio kini bukan sekadar
mengenai kualiti bunyi, tetapi juga pengalaman, emosi dan gaya hidup. Kedua-duanya
mempunyai keistimewaan tersendiri dalam mewujudkan suasana kediaman yang lebih
eksklusif, selesa dan menenangkan.
Kalau korang sedang mencari
pembesar suara yang mampu melengkapkan dekorasi rumah sambil menikmati muzik
kegemaran, dua produk terbaharu ini sememangnya wajar dipertimbangkan.
Bunyi yang memukau, cahaya yang menenangkan dan reka bentuk yang mencuri perhatian!
Untuk maklumat lanjut, layari:
- Laman web: Harman Kardon Malaysia
- Facebook: Harman Kardon Malaysia
- Instagram: @harmankardon_my


0 Comments