UYA ASIA : HAB E-PASARAN HIBURAN PERTAMA DI ASIA
UYA Asia yang merupakan hab e-pasaran hiburan pertama di
Asia telah dilancarkan baru-baru ini di Sheraton Hotel Petaling Jaya. Along
Murni (AM)sempat menghadiri pelancaran yang begitu menakjubkan serta berpeluang
untuk mengalami servis yang ditawarkan oleh UYA Asia. Pelbagai booth dipamerkan
sepanjang majlis pelancaran tersebut dan memberikan peluang kepada semua untuk
mengenali produk-produk yang dipaparkan.
UYA Asia adalah muka baru dalam industri e-dagangan
dipimpin oleh sekumpulan individu yang berpengalaman dalam industri pemasaran. UYA
Asia telah mencipta hab perniagaan talian bersepadu dalam menawarkan landasan
perniagaan untuk semua lapisan masyarakat yang boleh dilayari www.uyaasia.com dan menikmati pengalaman
pasaran online yang menakjubkan.
“UYA Asia
merupakan satu platform dalam talian yang menawarkan pengalaman yang amat unik
kepada konsumer-konsumer serta para pedagang kami,” kata Pengasas dan Ketua
Pegawai Eksekutif UYA Asia, Philip Chow. “Kita dikenali sebagai Hab e-Pasaran
Hiburan pertama di Asia. UYA Asia juga menawarkan pelbagai hiburan menarik
secara percuma termasuk klip filem pendek, e-permainan, pergaulan dengan duta
UYA Asia dan juga peluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik!” tambah
beliau.
Di samping itu, para pelanggan berpeluang untuk membaca
atau menonton ulasan mengenai produk-produk sebelum membelinya. Ulasan-ulasan
adalah dibuat oleh para influencer, blogger dan duta UYA Asia yang dijemput
khas. Ini adalah untuk membolehkan para pelanggan untuk membuat keputusan
pembelian yang wajar di platform baru ini.
Booth UYA MAMA antara yang menarik minat AM kerana ia memberi peluang kepada ibu-ibu tunggal menjana pendapatan. Di samping itu, terdapat kelas-kelas dan seminar diberikan kepada Ibu Tunggal di bawah program UYA Mama.. Memang sangat berinisiatif dan memberi inspirasi kerana peserta di bawah program ini diajar dari peringkat asas hingga boleh maju dan berdikari sendiri. Memang menakjubkan usaha dan nilai yang cuba diterapkan kan?? Antara hasil-hasil seni dan kraftangan dari ibu-ibu tunggal ini dapat dilihat dalam gambar di bawah..
Dalam ucapan Philip Chow semasa majlis perlancaran ini,
beliau berkata bahawa UYA Asia menegaskan kualiti perkhidmatan pelanggan yang
terbaik kepada semua para pedagang platform dalam taliannya. Walaupun
kebanyakan platform e-dagang di Malaysia menawarkan perkhidmatan pelanggan yang
bagus, tetapi mereka hanya memfokuskan perkhidmatan ini kepada akaun-akaun yang
besar sahaja. Perbezaan servis yang ditawarkan oleh UYA Asia berbanding dengan
platform e-dagang lain pula adalah kemampuan untuk memberikan perkhidmatan
pelanggan kepada semua lapisan pedagang dengan tidak mengambil kira besar kecil
akaun-akaun tersebut.
Antara Perkhidmatan yang ditawarkan oleh UYA Asia
1)Produk dan Perkhidmatan Pelanggan
UYA Asia menyediakan produk serta perkhidmatan berkualiti
menerusi laman dalam talian yang merangkumi fesyen dan produk kecantikan,
produk kesihatan, produk pemasaran, alatan audio, alatan visual serta banyak
lagi.
2)Pakej pengiklanan
Program pengiklanan menarik ditawarkan yang membolehkan
para pedagang mempromosikan produk dan servis mereka di laman UYA Asia.
3)Kedutaan
Pedagang boleh mendapat peluang untuk melantik Duta UYA
Asia (Blogger serta pihak yang berpengaruh terhadap produk berkenaan) bagi
meningkatkan nilai pemasaran melalui tinjauan serta video yang berkaitan.
4)Acara & Pemasaran
Pihak UYA Asia menawarkan beberapa acara pemasaran secara
offline untuk menarik perhatian pelanggan kepada laman web penjual melalui
strategi “Offline-Online–Offline”.
5)Khidmat Perundingan
Individu atau SME yang tidak memiliki apa-apa pengalaman
dalam bidang perniagaan boleh merujuk kepada pihak UYA Asia untuk mendapat
perundingan dan nasihat bagi meningkatkan prestasi perniagaan mereka.
Perundigan termasuk cara bermula perniagaan dan pendaftaran serta peninjauan
untuk memastikan perniagaan pembekal berjalan lancar dalam setiap peringkat
pertubuhan perniagaan itu.
6)Latihan Kemahiran
UYA Asia menyediakan sesi latihan kemahiran yang lengkap
untuk ahli pedagang agar mereka boleh menggunakan laman portal UYA Asia dengan
sempurnanya
KATA ALONG MURNI:
AM SANGAT TERINSPIRASI DENGAN UYA ASIA YANG MENGAMALKAN 3 PRINSIP DALAM MENJAGA DAN MEMAJUKAN PERNIAGAAN MEREKA IAITU:
- KEYAKINAN DAN KEPERCAYAAN
- SETIA DAN JUJUR
- KEKITAAN DAN SEMANGAT
1 Comments
benda2 macam nie memang bagus untuk mempromosikan apa2 jugak product kan2.
ReplyDelete