BUFFET RAMADHAN: KONTIKI RESTAURANT
TEMA 'JUADAH KAMPUNG'
MAJLIS AMAL DAN SUMBANGAN UNTUK ANAK-ANAK
YATIM DAN KURANG UPAYA
RUMAH NUR KASIH BESTARI
Untuk edisi terjah Along Murni kali ini, AM sempat ke
Kontiki Restaurant berlokasi di Federal Hotel Kuala Lumpur. Yang menariknya
Federal Hotel Kuala Lumpur merupakan hotel tertua di Kuala Lumpur dan sebaya
usianya dengan tahun kemerdekaan Malaysia iaitu kira-kira 61 tahun tau!!
Nama KONTIKI dalam
sejarah adalah rakit yang digunakan oleh Norway explorer dan penulis Thor
Heyerdahl dalam ekspedisi 1947 beliau merentasi Lautan Pasifik dari Amerika
Selatan ke pulau-pulau Polinesia..
Semasa pelancaran buffet Ramadan ini, Federal Hotel
International (FHI) bersama-sama FHI Group Hotel melalui Hotel The Federal KL
dan Hotel The Capitol KL turut menjemput dan mengalu-alukan sekumpulan
anak-anak yatim dari Rumah Nur Kasih Bestari.
Rumah Nur Kasih
Bestari ini menempatkan 50 kanak-kanak dalam anggaran usia enam hingga 16 tahun
yang sebahagian besarnya terdiri daripada anak-anak yatim selain anak-anak
kurang upaya. Rumah Nur Kasih Bestari ini terletak di Segambut dan diilhamkan
oleh Puan Nurul pada 2009.
Anak-anak ini diraikan bukan setakat dengan aneka hidangan
makanan, bahkan turut diberikan sumbangan duit raya sebagai berkongsi kegembiraan
dan keberkatan bulan Ramadan. Seronok betul AM tengok anak-anak ini menerima
duit raya!!
Kontiki Restaurant menyediakan lebih dari 100 jenis hidangan
yang terdiri daripada masakan kampung dan tradisional. Masakan kampung
sememangnya menjadi permintaan ramai kerana keaslian dan keenakannya yang
tersendiri. Mereka turut menghidangkan hidangan dari dapur tuanku dan ia
merupakan hidangan yang menjadi kegemaran Perdana Menteri Malaysia yang pertama
iaitu Y.A.B Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Terdapat juga 8 gerai yang disediakan di Kontiki Restaurant
dan AM dimaklumkan ianya akan ditukar setiap hari bagi memberi kelainan kepada
pengunjung. Semestinya gerai ini menawarkan pilihan hidangan menarik dan
menjadi tarikan orang ramai.
Federal Hotel Kuala Lumpur menawarkan harga buffet Juadah
Kampung di Restoran Kontiki pada harga
- RM138nett/dewasa
- RM35nett/kanak-kanak
- RM69nett/warga emas.
'Favourite Dishes from the Tunku's Kitchen' merupakan buku
masakan 168 halaman yang mengandungi lebih daripada 70 resipi peribadi yang
telah dikumpulkan hasil kolaborasi anak perempuan Tunku, YTM Tunku Datin Paduka
Khadijah dan anak saudaranya, YTM Dato' Mukminah Jiwa. Beliau memperkenalkan
keenakkan makanan kesukaan Perdana Menteri Malaysia Pertama untuk dikongsi dan
dirasai bersama orang ramai. Federal
Hotel Kuala Lumpur memberi penghormatan khas buat Bapa Kemerdekaan ini kerana kebanyakkan
makanan yang disediakan di Kontiki Restaurant ini adalah adaptasi dari hidangan
kegemaran Allahyarham Y.A.B Tuanku Abdul Rahman Putra Al- Haj.
KATA ALONG MURNI:
MASAKAN KESUKAAN DAN CITARASA
ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
MEMANG MENGAGUMKAN DAN SANGAT UNIK. TEMA 'JUADAH KAMPUNG' MEMANG AMAT BERSESUAIAN DENGAN
MASAKAN ALA-ALA KAMPUNG YANG ENAK DAN LAZAT.
AM
BERASA INISIATIF YANG DIAMBIL OLEH PIHAK KONTIKI RESTAURANT UNTUK SAMA-SAMA
BERKONGSI REZEKI DAN
MERAIKAN ANAK YATIM PATUT MENJADI CONTOH MASYARAKAT
UMUMNYA.
DI SAMPING BERSAMA-SAMA MENGAMBIL KEBERKATAN BULAN RAMADHAN, KITA JUGA
DAPAT MENYELAMI JERIH PERIH GOLONGAN YANG MEMERLUKAN.
0 Comments