RESTORAN RASA WAU: PUNYAI KEASLIAN DAN
KEUNIKAN MASAKAN PANTAI TIMUR
Kali ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk singgah ke
Restoran Rasa Wau yang terletak di Sunway Giza. AM memang sangat menggemari
masakan Pantai Timur terutamanya masakan berasaskan Patin. Jadi boleh bayangkan
keterujaan AM mencuba masakan di Restoran Rasa Wau.
Bila pertama kali AM menjejak kaki ke Restoran Rasa Wau, AM
terpaut dengan keunikan dekorasi yang
menampilkan warna asas biru pada dinding utama, berdinding kayu, kerusi
makan yang berwarna-warni dengan ciri kontemporari kampung. Ciri kampung ditonjolkan
melalui penggunaan tetingkap berwarna-warni dan perhiasan wau. Memang menarik
kan??
AM sempat berborak dengan Puan Shezlina Othman yang
merupakan pemilik Restoran Rasa Wau. AM dimaklumkan oleh Puan Shezlina yang
lebih mesra dengan panggilan Puan Linda bahawa kebanyakan menu dan hidangan di
Restoran Rasa Wau adalah hasil olahan dan kreativiti beliau sendiri. Beliau
ingin berkongsi kaslian dan keunikan masakan pantai timur kepada masyarakat di
Ibu Kota mahupun mereka yang merantau ke Ibu Kota mencari sesuap nasi. Pastinya
Restoran Rasa Wau memberikan kenangan rasa sajian kampung halaman di pantai
timur.
Tambah menarik lagi, Puan Linda sendiri yang memilih bahan
masakan untuk dijadikan sajian terbaik di Restoran Rasa Wau. Sebagai contohnya,
Ikan Patin yang digunakan dalam setiap masakan Puan Linda diambil sendiri oleh
beliau dari Temerloh yang semestinya segar dan merupakan Patin Sungai.
“Sebenarnya saya suka memasak dan sering menghidangkan keluarga serta rakan yang berkunjung ke rumah. Saya berasa puas apabila setiap tetamu yang datang menikmati sajian saya. Kebanyakan menu yang disajikan di restoran ini berasal dari Pahang, Terengganu dan Kelantan kerana ia antara menu kegemaran saya yang sukar didapati di Lembah Klang” kata Puan Linda.
Jom.. AM nak kongsikan rasa dan makanan di Restoran Rasa Wau
yang menjadi pilihan dan sangat AM sarankan.
IKAN PATIN TEMPOYAK
Semua sudah maklum yang AM masakan berasaskan Ikan Patin.
Cuma kadang kala risau juga sebab tak ramai yang pandai memasak Ikan Patin ini
sebenarnya. Tapi, di Restoran Rasa Wau ini sajian Ikan Patin Tempoyak memang
terbaik!! Bila datang je hidangan patin tempoyak di hadapan AM, bau aromanya
terus memikat AM. Tak sabar AM nak mencuba. Mata asyik pandang ikan Patin
Tempoyak je.. Hehehehe.. AM sampai hirup kuah dan yang paling penting tiada bau
hanyir pada ikan Patin tau.. Semestinya sasaran AM adalah kepala Ikan Patin.
Sampai dua Ekor kepala Patin AM bedal tau..
GOLDEN PATIN
Bagi pengunjung yang tak makan Tempoyak, AM sarankan untuk
mencuba Golden Patin. Hasil olahan dan kreativiti Puan Linda untuk menu Masakan
Golden Patin ini pastinya memikat rasa peminat ikan patin. Ikan Patin ini
goreng garing dan disertakan dengan Sos Salted Egg. Tambah menarik didalam ikan
Patin ini terdapat sambal istimewa yang menjadi pelengkap kepada Golden Patin.
Cukup rasa tau!!
SUP BELUT
Wahhh!! AM memang dah lama sangat tak makan belut. Bila
nampak Sup Belut, keterujaan AM nak mencuba memang membuak-buak. Belut yang
digunakan dalam masakan sup Belut ini diambil dari Kuala Selangor dan merupakan
belkut sawah tau!! Sedap tau rasa Sup Belut Restoran Rasa Wau ini. Lagipun
Belut ini bagus untuk mengelakkan sakit sendi tau!
AYAM PANDAN
Ayam Pandan di Restoran Rasa Wau ini antara menu yang AM
sarankan. Dengan bau aroma pandang dan keaslian pandan terasa dalam setiap
gigitan Ayam Pandan ini. Terasa keaslian yang tiada tara.
PUDING RAJA
Puding Raja ini merupakan pencuci mulut yang baru pertama
kali AM cuba. Memang sangat sedap seindah namanya. Keunikan bahan sajian puding raja ini adalah Jala Emas yang
diperbuat dari kuning telur itik dan pisang dilengkapi dengan kacang gajus,
ceri merah, ceri hijau dan buah prune.
Berminat untuk merasai keunikan dan keaslian masakan Pantai
Timur boleh singgah ke
Restoran Rasa Wau
Block C-11-G,
Sunway Giza,
Jalan PJU 5/14
Kota Damansara
47810 Petaling
Jaya
Selangor, Malaysia
Masa Operasi
Isnin-Khamis &
Ahad : 9:00AM – 9:00PM
Jumaat-Sabtu : 9:00AM – 9:30PM
Tel No: 010-231
2704
KATA ALONG MURNI
AM SANGAT SARANKAN KEPADA PEMINAT MASAKAN PANTAI TIMUR
ATAU MERINDUI KEASLIAN MASAKAN PANTAI TIMUR
UNTUK SINGGAH DATANG KE RASA WAU DI
SUNWAY GIZA.
MEMANG SANGAT BERBALOI DAN MENEPATI SELERA TERUTAMANYA
PATIN MASAK
TEMPOYAK, GOLDEN PATIN DAN PUDING RAJA
WAJIB UNTUK DICUBA. SELAMAT MENJAMU
SELERA.
1 Comments
Grreat post
ReplyDelete