RESTORAN RASA WAU: PUNYAI KEASLIAN DAN KEUNIKAN MASAKAN PANTAI TIMUR


RESTORAN RASA WAU: PUNYAI KEASLIAN DAN
 KEUNIKAN MASAKAN PANTAI TIMUR


Kali ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk singgah ke Restoran Rasa Wau yang terletak di Sunway Giza. AM memang sangat menggemari masakan Pantai Timur terutamanya masakan berasaskan Patin. Jadi boleh bayangkan keterujaan AM mencuba masakan di Restoran Rasa Wau.

Bila pertama kali AM menjejak kaki ke Restoran Rasa Wau, AM terpaut dengan keunikan dekorasi yang  menampilkan warna asas biru pada dinding utama, berdinding kayu, kerusi makan yang berwarna-warni dengan ciri kontemporari kampung. Ciri kampung ditonjolkan melalui penggunaan tetingkap berwarna-warni dan perhiasan wau. Memang menarik kan??



AM sempat berborak dengan Puan Shezlina Othman yang merupakan pemilik Restoran Rasa Wau. AM dimaklumkan oleh Puan Shezlina yang lebih mesra dengan panggilan Puan Linda bahawa kebanyakan menu dan hidangan di Restoran Rasa Wau adalah hasil olahan dan kreativiti beliau sendiri. Beliau ingin berkongsi kaslian dan keunikan masakan pantai timur kepada masyarakat di Ibu Kota mahupun mereka yang merantau ke Ibu Kota mencari sesuap nasi. Pastinya Restoran Rasa Wau memberikan kenangan rasa sajian kampung halaman di pantai timur.


Tambah menarik lagi, Puan Linda sendiri yang memilih bahan masakan untuk dijadikan sajian terbaik di Restoran Rasa Wau. Sebagai contohnya, Ikan Patin yang digunakan dalam setiap masakan Puan Linda diambil sendiri oleh beliau dari Temerloh yang semestinya segar dan merupakan Patin Sungai.

 “Sebenarnya saya suka memasak dan sering menghidangkan keluarga serta rakan yang berkunjung ke rumah. Saya berasa puas apabila setiap tetamu yang datang menikmati sajian saya. Kebanyakan menu yang disajikan di restoran ini berasal dari Pahang, Terengganu dan Kelantan kerana ia antara menu kegemaran saya yang sukar didapati di Lembah Klang” kata Puan Linda.

Jom.. AM nak kongsikan rasa dan makanan di Restoran Rasa Wau yang menjadi pilihan dan sangat AM sarankan.

IKAN PATIN TEMPOYAK



Semua sudah maklum yang AM masakan berasaskan Ikan Patin. Cuma kadang kala risau juga sebab tak ramai yang pandai memasak Ikan Patin ini sebenarnya. Tapi, di Restoran Rasa Wau ini sajian Ikan Patin Tempoyak memang terbaik!! Bila datang je hidangan patin tempoyak di hadapan AM, bau aromanya terus memikat AM. Tak sabar AM nak mencuba. Mata asyik pandang ikan Patin Tempoyak je.. Hehehehe.. AM sampai hirup kuah dan yang paling penting tiada bau hanyir pada ikan Patin tau.. Semestinya sasaran AM adalah kepala Ikan Patin. Sampai dua Ekor kepala Patin AM bedal tau..

GOLDEN PATIN

Bagi pengunjung yang tak makan Tempoyak, AM sarankan untuk mencuba Golden Patin. Hasil olahan dan kreativiti Puan Linda untuk menu Masakan Golden Patin ini pastinya memikat rasa peminat ikan patin. Ikan Patin ini goreng garing dan disertakan dengan Sos Salted Egg. Tambah menarik didalam ikan Patin ini terdapat sambal istimewa yang menjadi pelengkap kepada Golden Patin. Cukup rasa tau!!

SUP BELUT



Wahhh!! AM memang dah lama sangat tak makan belut. Bila nampak Sup Belut, keterujaan AM nak mencuba memang membuak-buak. Belut yang digunakan dalam masakan sup Belut ini diambil dari Kuala Selangor dan merupakan belkut sawah tau!! Sedap tau rasa Sup Belut Restoran Rasa Wau ini. Lagipun Belut ini bagus untuk mengelakkan sakit sendi tau!

AYAM PANDAN

Ayam Pandan di Restoran Rasa Wau ini antara menu yang AM sarankan. Dengan bau aroma pandang dan keaslian pandan terasa dalam setiap gigitan Ayam Pandan ini. Terasa keaslian yang tiada tara.

PUDING RAJA

Puding Raja ini merupakan pencuci mulut yang baru pertama kali AM cuba. Memang sangat sedap seindah namanya. Keunikan bahan sajian  puding raja ini adalah Jala Emas yang diperbuat dari kuning telur itik dan pisang dilengkapi dengan kacang gajus, ceri merah, ceri hijau dan buah prune.
Berminat untuk merasai keunikan dan keaslian masakan Pantai Timur boleh singgah ke

Restoran Rasa Wau
Block C-11-G, Sunway Giza,
Jalan PJU 5/14 Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia

Masa Operasi
Isnin-Khamis & Ahad : 9:00AM – 9:00PM
Jumaat-Sabtu           : 9:00AM – 9:30PM

Tel No: 010-231 2704




KATA ALONG MURNI

AM SANGAT SARANKAN KEPADA PEMINAT MASAKAN PANTAI TIMUR ATAU MERINDUI KEASLIAN MASAKAN PANTAI TIMUR 
UNTUK SINGGAH DATANG KE RASA WAU DI SUNWAY GIZA. 
MEMANG SANGAT BERBALOI DAN MENEPATI SELERA TERUTAMANYA
 PATIN MASAK TEMPOYAK, GOLDEN PATIN DAN PUDING RAJA 
WAJIB UNTUK DICUBA. SELAMAT MENJAMU SELERA.



Post a Comment

1 Comments