SWISS GARDEN DAMAI LAUT: LOKASI PERCUTIAN
MENDAMAIKAN
DAN PILIHAN SEISI KELUARGA
-PENGALAMAN MENGINAP DI SWISS COURT HOLIDAY
APARTMENTS (SCHA)-
Semestinya
ramai yang berhasrat nak menghabiskan cuti hujung tahun bersama keluarga
mahupun insan tersayang. Kali ini pilihan pengembaraan AlongMurni (AM) selama 3
Hari 2 Malam adalah di Swiss Garden Damai Laut bersama team #travelwithbuddies. Sekali sekala
berkumpul dengan teman rapat sambil mengumpul dan menyimpan memori terindah
untuk 2018 memang menjadi pilihan AM. Bila tahu cuti AM diluluskan oleh Boss,
bukan main seronok dan teruja AM. Tambah menyeronokkan pengembaraan AM kali ini
bersama-sama dengan #travelwithbuddies.
AM
dan team #travelwithbuddies berkumpul di KL Sentral dan memulakan perjalanan jam
2 petang menuju ke Swiss Garden Damai Laut dengan menaiki kereta Alza.
Perjalanan mengambil masa 4 jam dan sepanjang di dalam kenderaan kami
bersembang mengenang detik mula-mula masing-masing kenal dan mengimbau kembali
memori sepanjang tahun 2018.
Ini
merupakan kali pertama AM menjejakkan kaki ke Damai Laut, Lumut. Perasaan
teruja dan ingin tahu semestinya membuak-buak. Dah tak sabar rasanya nak
menerokai keunikan dan daya tarikan yang terdapat di Swiss Garden Damai Laut,
Lumut. AM dan team memilih untuk menginap di Swiss Court Holiday Apartment
Damai Laut. Jenis bilik AM adalah Studio tau!! Mesti dah dapat bayangkan betapa
besarnya bilik AM sorang-sorang golek dalam bilik Studio ini kan?? hehehehe
Terpana
AM tau bila tiba di Bilik Studio AM. Sungguh besar dan siap dengan pelbagai
kelengkapan dan kemudahan. Memang terbaik woo.. AM kongsikan keadaan bilik yang
tersusun dan cantik yang AM menginap sepanjang 3 Hari 2 malam ini.
Tambah
menarik Studio Room ini dilengkapi dengan ruang dapur yang mempunyai peti
sejuk, sinki, dapur elektrik dan peralatan memasak. Kiranya kalau yang
berkeluarga AM sangat sarankan untuk memilih menginap di Studio Room sebab kita
boleh memasak untuk anak-anak dan suami. Di bilik yang sama juga mempunyai set
meja makan untuk 4 orang. Semestinya Swiss Garden Damai Laut menyediakan TV
bersaiz 40’, kipas syiling, penyaman udara, seterika, ruang bilik dan katil
yang besar. Uniknya di Studio Room ini mempunyai sofa yang boleh ditarik dan
membentuk katil untuk baring sambil anak-anak menonton TV. Bayangkan bilik
sebesar yang boleh dimuatkan 4 orang cuma AM sorang yang duduk di dalam bilik
ini, dah sah-sah AM buat tarian poco-poco dalam bilik dengan bahagianya.
Hahahaha..
Siap
sahaja membersihkan diri dan salin pakaian, AM terus bergegas untuk Makan Malam
di Garden Terrace Beach Resort Damai Laut. Perut dah berirama keroncong meminta
makanan. Wahhh!! Ada pelbagai pilihan makanan di Swiss Garden Damai Laut.
Rambang mata AM dibuatnya. Antara pilihan makanan yang mempunyai rasa WoW dan buat AM bertambah-tambah nasi adalah:
Selesai
menjamu selera, AM dah ready nak balik bilik sebab tak sabar nak rasa keempukan
katil dan lepak dalam bilik sebab cantik dan tenang sangat suasana di bilik.
Lagipun AM dah tak sabar nak terokai kemudahan yang terdapat di Swiss Garden
Damai Laut keesokkan harinya.
Boleh lihat kegirangan AM dan team bila jumpa pantai. Macam-macam stail, macam karenah.. Hahahaha..
AM sangat sarankan untuk yang berkeluarga untuk datang menginap di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut. Tambah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan tau.. Kalau nak menginap dan bawa anak-anak bercuti AM sarankan untuk daftar sebagai ahli SGI Vacation Club. Nak tahu apa uniknya dan menariknya menjadi ahli SGI Vacation Club?? nie haaa.. AM nak bongkar rahsia untuk dapatkan percutian murah dan WOWWWW..
Faedah menyertai SGI Vacation Club
Detail lanjut tentang SGI Vacation Club boleh layari di www.sgivacationclub.com
KATA ALONG MURNI
Awal pagi AM dan team dah berkumpul di lobi. AM yang
menginap di Swiss Court Holiday Apartments Damai Laut menaiki Buggy untuk
melakukan aktiviti atau makan di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut. Comel
bebenor Buggy yang AM naiki ni..
Kalau nak tahu, semua sarapan, makan tengah hari dan
makan malam AM dan team #travelwithbuddies adalah di Garden Terrace Beach
Resort Damai Laut. Uniknya AM bersarapan pagi adalah pemandangannya di luar dan menghadap laut.
Sakan AM sarapan, macam-macam pilihan menu ada tau |
Terasa angin pantai sempoi menyapa wajah AM tau. Seindah namanya iaitu Damai Laut memang mendamaikan makan sambil menikmati pemandangan kebiruan air laut..Selesai je AM sarapan pagi, kami pun memulakan pengembaraan
menerokai keindahan dan keunikan Swiss Garden Damai Laut.
AM dan team #travelwithbuddies menjamu selera |
Boleh lihat kegirangan AM dan team bila jumpa pantai. Macam-macam stail, macam karenah.. Hahahaha..
Banyak kemudahan dan aktiviti air yang boleh dilakukan di
pantai selain bermandi manda. Segalanya siap tersedia tau!! Antaranya adalah:
- Jetski
- ATV
- Menunggang kuda
- Berkayak
- Banana Boat
- ‘Fun Night Fishing'
- Nature walk
tengah video call.. hehehe.. Plan nak bawa anak-anak AM ke sini lagi pula.. |
seronok tengok budak-budak main air |
Tambah menarik untuk yang bawa anak-anak adalah di sini
ada Mini Theme park tau!! Seronok tengok budak-budak main aktiviti air di mini
theme park.
Haaa.. bilik yang AM menginap di Swiss Court Holidays
Apartments tue pun ada fasiliti lain juga tau!! Antaranya adalah:
- Sauna room
- Darts, Table Tennis, baskelball, soccer, American Pool Table, Monopoly & Chess
- Karaoke
- Swimming pool
- BBQ pit rental
seronok AM dapat naik pelampung Swan.. Hehehe.. terasa diri jadi kanak-kanak riang |
- Menjimatkan kos - efektif untuk penginapan
- - Rate harga bilik menjadi lebih murah bermula dari RM 81 dan ke atas setiap malam di seluruh dunia.
- Pilihan lebih dari 3000 hotel dan resort yang berkualiti dan terbaik - Pilihan percutian tanpa henti
- Perlindungan terhadap inflasi harga percutian - sesuai dan selamat untuk semua percutian yang akan datang
- Harga penginapan tidak berubah walaupun berlaku turun atau naik nilai matawang dunia.
Detail lanjut tentang SGI Vacation Club boleh layari di www.sgivacationclub.com
KATA ALONG MURNI
AM SANGAT SARANKAN UNTUK DATANG MENGINAP DI
SWISS GARDEN BEACH RESORT DAMAI LAUT BERSAMA KELUARGA
DAN SAHABAT HANDAI. BANYAK AKTIVITI SUKAN AIR BOLEH DILAKUKAN DI SINI TERUTAMANYA ANAK-ANAK. PASTI MENINGGALKAN MEMORI TERINDAH SEPANJANG CUTI SEKOLAH. JOMM MENGINAP DI
SWISS GARDEN BEACH RESORT DAMAI LAUT DAN JANGAN LUPA UNTUK DAFTAR SEBAGAI AHLI SGI VACATION CLUB.
HARGA PASTI BERBALOI.
1 Comments
Idea percutian yang baik....
ReplyDelete