RESTORAN BAAN109: SAJIAN JIM JUM MUSLIM FRIENDLY TANPA PERASA TAMBAHAN (MSG)


RESTORAN BAAN109 : SAJIAN JIM JUM MUSLIM FRIENDLY
 TANPA PERASA TAMBAHAN (MSG)

MASAKAN THAILAND



Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan ke Pusat Beli Belah Damansara 2 yang dahulunya dikenali Tropicana City Mall untuk mencuba menu masakan Thailand di Baan109.

AM sangat suka mencuba dan menggemari masakan Thailand kerana terdapat keseimbangan lima perisa asas dalam setiap hidangan atau makanan Thailand iaitu pedas, masam, manis, masin, dan pahit. Kebanyakan Makanan Thailand menggunakan herba segar (daripada kering). 

Herba umum termasuk daun ketumbar, lengkuas, selasih Thai dan pudina. Sesetengah perisa lain umum dalam makanan Thailand datang dari halia, lengkuas, kunyit, bawang putih, kacang soya, bawang merah, biji lada hitam dan putih, sudah tentu, cili.



Restoran Baan109 menyajikan hidangan Jim Jum  iaitu sejenis steamboat yang dimasak dan dihidang menggunakan periuk tanah liat dan menu berasaskan sup ini biasanya menggunakan bahan-bahan seperti sayur-sayuran dan daging. 

AM dimaklumkan yang hidangan Jim Jum di negara Thailand, penduduk di sana memasak hidangan Jim Jum bersama daging babi/kambing sebagai pelengkap rasa.

Buat pertama kalinya di Malaysia, kita boleh menikmati hidangan Jim Jum ini tanpa was-was kerana restoran Baan109 adalah restoran Thai pertama di Malaysia yang menyajikan hidangan Jim Jum halal dan tanpa perasa tambahan (MSG). 

Menu Jim Jum di restoran Baan109 menggunakan 100% perasa asli menerusi daging ayam atau makanan laut serta sayur-sayuran yang digunakan dalam pembuatan masakan ini. Malah mereka turut menggunakan serai dan daun basil serta rempah istimewa bagi memberi aroma dan rasa yang enak kepada sup ini.





AM terus terpaut dengan rasanya bila AM mencuba Hidangn Jim Jum ini. Gabungan sayur-sayuran bersama daging ayam (digaul bersama telur) di dalam sup panas memberi kepuasan rasa ketika menikmatinya. Memang terangkat abis tau!!! 

Menu ini sesuai dimakan bersama 2-3 orang dewasa dan kita boleh memilih samada ingin mengambil Set Jim Jum Ayam atau set Set Jim Jum Ayam dan Seafood.




AM sempat juga mencuba menu lain di Restoran Baan 109 seperti:
  • Mee MAMA BBQ Chicken
  • Mee MAMA Nam Chicken
  • salad Thailand iaitu Yam Seafood
  • En Kai Tod (deep-fried chicken soft bone)
  • Nam Kai iaitu sejenis menu ayam yang diperap bersama sos kicap Thai dan digoreng.
  • Cha yen - Thai iced tea




LOKASI RESTORAN BAAN109

UNIT L1-K2, 3 DAMANSARA,
NO. 3, JALAN SS 22/27,
47400 PETALING JAYA,
SELANGOR.

TELEFON: 013-2189953
WAKTU OPERASI: 10 PAGI – 10 MALAM



KATA ALONGMURNI

SAJIAN JIM JUM MEMANG SEDAP DAN PENUH DENGAN RASA. 
BETUL-BETUL SEMPURNA. AM SIAP TAMBAH 3 MANGKUK JIM JUM..
 HIRUP KUAHNYA.. SEDAP TAU..AM SARANKAN UNTUK KE RESTORAN BAAN109 DAN JANGAN LUPA UNTUK PESAN MENU JIM JUM TAU!! 

Post a Comment

0 Comments