EKSLUSIF: PERTUNJUKAN ROBOT AI PERTAMA DI HOTEL GRAND ION DELEMEN


EKSLUSIF: PERTUNJUKAN ROBOT AI PERTAMA DI HOTEL GRAND ION DELEMEN


Pada 24 Mac 2019 yang lalu, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama hadir di Pertunjukan robot Artificial Intelligence (AI) yang pertama Malaysia diperkenalkan secara eksklusif di Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highlands.

Bila dengar je Robot jenis AI ini, AM teringat pada filem ‘A.I. Artificial Intelligence’ arahan Steven Spielberg yang diterbitkan pada tahun 2001 dan Filem ‘Wall E’ pada tahun 2008. AM rasa teruja untuk mendekati Robot AI ini. Yelah, selalu tengok di dalam filem di Panggung mahupun di TV, kali ini AM dapat mendekati Robot AI ini secara dekat.

Di Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highlands AM dan tetamu yang hadir telah dihiburkan oleh 20 robot humanoid yang boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti menari, menyanyi dan mempersembahkan aksi seni mempertahankan diri. Selain memaparkan gerakan tarian yang selari, robot humanoid tersebut juga menarik perhatian penonton dengan ketangkasan dan fleksibiliti mereka.



Kalau nak tahu, Robot jenis Dobi-High-End ini dikategorikan jenis robot seperti menyerupai manusia (humanoid). Ketinggian DobiPro Robo 3 adalah 48cm dengan berat 2.15kg, merupakan yang tertinggi dan paling besar dalam kategori robot Dobi.

Robot ini merupakan hasil produk AI dari syarikat NCT Group dan juga merupakan idea daripada Mr. Li Ce (pengasas Robot Dobi) ini. Projek robot AI ini merupakan hasil kerjasama antara Mr. Li Ce dengan syarikat NCT Group.



“NCT sentiasa mempercayai kepelbagaian. Mengorak langkah dari pembinaan ke pembangunan hartanah ke pengurusan hotel, NCT tidak pernah berhenti meneroka kepelbagaian dan perubahan. Melihat keperluan dan kepentingan teknologi, NCT juga akan menceburi bidang pembangunan teknologi. Ini adalah sehaluan dengan misi NCT untuk menerajui innovasi dan menjadi salah satu jenama terkemuka,” kata Dato’ Sri Yap Ngan Choy yan juga Pengarah Urusan Kumpulan NCT.

Uniknya adalah Robot AI dikawal oleh aplikasi dan suara dan robot-robot tersebut telah memecahkan rekod dunia sebagai robot terbanyak menari secara serentak. Pertunjukan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Guangzhou Baiyun, sejumlah 1,100 kumpulan penari mekanikal melengkapkan rutin 60 saat secara serentak dengan sempurna, yang juga melayakkan mereka untuk Rekod Dunia Guinness. Memang WOWWW kan??



“Terdapat keperluan untuk mendidik dan berkongsi perkembangan teknologi dengan orang lain, terutamanya generasi muda. Saya percaya mereka ingin tahu dan berminat untuk mempelajari bagaimana teknologi, terutamanya bagaimana AI telah mengubah dunia. Oleh itu, NCT berharap untuk menyediakan satu platform yang membolehkan orang ramai mendekati dan mengenali teknologi dengan lebih dalam,” tambah Dato’ Sri Yap Ngan Choy.

Robot-robot tersebut dijangka menjadi tarikan utama di Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highlands. Pengunjung boleh menangkap menyaksikan persembahan mereka dari Isnin hingga Ahad pada masa berikut;

Tengah Hari
Petang
Malam
12.30 pm
3.30 pm
6.30 pm
1.30 pm
5.30 pm
7.30 pm
2.30 pm

8.30 pm

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-8064 3333 atau emel dobi@nct.net.my atau ikuti NCT Group of Companies di Facebook.





Post a Comment

14 Comments

  1. Comelnya la haiii robot robot tu.
    Dah la kecik comey je..
    Zaman sekarang ni macam macam kemajuan dah dikecapi.
    Siap ada robot macam ni.
    Ni kalau anak anak kita tengok ni, maunya dia nak..
    Nak bawak balik ni. Hehe

    ReplyDelete
  2. comel pulak tengok robot ni.. ada jual tak? haha .. nak beli satu bagi harraz main.. dasyat ye.. robot ni.. dalam ramai2 boleh menari ikut rentak sama-sama..

    ReplyDelete
  3. Ni kalau bawak anak saya ni, sure die layan menari sekali dengan robot ni. Dah lah die tu hantu robot.

    ReplyDelete
  4. boleh bawak balik tak...hehehehe..Robot AI ni memang menarik.zaman serba canggih sekarang ni..pandai betul mereka yang mereka robot AI ni kan

    ReplyDelete
  5. Seronoknya dapat tonton robot pintar pertama kat Malaysia ni boleh menari dan beraksi mengikut rentak dan arahan memang mengagumkan kita rakyat Malaysia. Patut anak muda didedahkan dengan teknologi robot ni bukan dengan kereta terbang ehhhhh hehehehee..

    ReplyDelete
  6. Bestnya korang semua dapat tengok perrsembahan robot. Siap boleh menari dan tunjuk seni mempertahankan diri lagi kan. Bagus idea macam ni untuk menarik ramai palnacong datang lihat dengan sendiri robot menari ikut muzik. Budak budak memang sukalah kalau robot ni kan. Nampak cute je

    ReplyDelete
  7. awww...the robot so cute! Would have love to see all of them dancing together. Hahahah on a side note, invasion is inevitable...hahahha tengok banyak sangat movie.

    ReplyDelete
  8. Wah! Menariknya! Comel betullah hai robot tu! Nak ada satu letak dkt rumah boleh tak? Kemain style lagi! Cx pon suka juga collect benda² gini ahhaha tp tgh tak mampu mmg tkdelah collection hahaha show mcm ni sgt bagus. Rasa bertuah sungguh dpt tgk show robot mcm ni. Terbaik!

    ReplyDelete
  9. best betul tengok robot ni..yela pandai menari semua..tarikan terbaru ni..mesti ramai yang tengok ..lagi-lagi robot ni namapk comel..hehee

    ReplyDelete
  10. Bestnye. Dulu suka sangat pergi tengok pameran robot. Robot-robot ni cute sangat. Nampak menarik

    ReplyDelete
  11. Alah cutenya semua robot ni. Rasa nak gi je sekarng nak tengok Show robot ni. Memang betul tarikan. Lain dari Yang lain.

    ReplyDelete
  12. Menarikla robot2 ni. Macam2 gaya dia boleh buat ya. Jadi tarikan sebenarnya untuk ajak lebih ramai pengunjung datang ke tempat macam ni. Sambil melancong sambil menonton. Best ni

    ReplyDelete
  13. Interesting Robot AI performance! Must be able to attract many crowd. It looks cute too! Nowadays the AI technology really great!

    ReplyDelete
  14. Comelnya robot-robot ni menari haha..paling comel sebab dia boleh bangun sendiri

    ReplyDelete