KONSERT TERAKHIR BOYZONE

TANDA TERIMA KASIH DAN SELAMAT TINGGAL KEPADA PEMINAT MALAYSIA


AlongMurni (AM) dimaklumkan yang Kumpulan Boyzone akan membuat persembahan terakhir di Malaysia sebagai tanda ucapan terima kasih kepada peminat yang berterusan sehingga kini memberi sokongan kepada Kumpulan Boyzone. Kumpulan pop dari Ireland ini akan kembali ke Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert mereka yang terakhir pada bulan Jun ini.

Kuartet dari Ireland ini yang terdiri daripada Ronan Keating, 40, Shane Lynch, 41, Keith Duffy, 42, dan Mikey Graham, 45, sangat bertekad dan seterusnya membuat peminat mereka kagum dengan persembahan penuh nostalgia yang akan mengimbau masa lalu dengan lagu-lagu mereka yang pernah menguasai carta. Pasti ramai peminat Kumpulan Boyzone yang tidak ketinggalan untuk bertemu idola mereka kan??

Semua pasti ingat yang Boyzone mula-mula menjadi terkenal pada tahun 1995 dengan lagu Love Me for a Reason. Semenjak itu, kumpulan ini telah mengeluarkan lima album yang telah menjuarai carta, menjual lebih daripada 20 juta album dan menggetarkan jiwa peminat mereka dengan 21 lagu yang pernah mendapat tempat teratas di carta British Pop Charts yang tidak dapat dilupakan, seperti Love Me for A Reason, No Matter What, All That I Need dan banyak lagi.



Boyzone telah mengadakan persembahan mereka di Kuala Lumpur buat pertama kali pada Ogos 2018 untuk meraikan ulang tahun mereka yang ke-25 sebagai kumpulan. Ketika konsert itu, mereka telah menyatakan bahawa mereka sedang membuat album baru dan berjanji akan kembali ke Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Thank You & Good night merupakan album studio ketujuh dan terakhir mereka yang telah dilancarkan pada bulan November 2018. Dream merupakan single promosi untuk album yang memaparkan vokal Steven Gately. Gately sebelum ini telah merekod versi solo lagu ini sebagai b-side kepada single Stay pada tahun 2001. Boyzone telah memutuskan untuk merekod semula lagu ini, menambahkan vokal mereka kepada versi Gately, dengan itu memasukkan mendiang ahli kumpulan mereka dalam album studio terakhir mereka ini.



Dengan pelancaran album terakhir ini, Boyzone telah memulakan Thank You & Goodnight The Farewell Tour pada Januari 2019, bermula dari UK dan Ireland, diikuti oleh Australia, New Zealand, Eropah dan Asia.


 “Apabila kami bermula sebagai lima pemuda dari utara Dublin yang tak sabar-sabar untuk menghadapi dunia, kami tidak pernah terbayang yang kami masih akan mempunyai peminat yang sama lebih 25 tahun kemudian…”


Selepas Thank You and Goodnight The Farewell Tour ,kumpulan ini akan bersara untuk selamanya.
Khas buat peminat Boyzone!! Ini peluang terakhir untuk melihat kumpulan pop kegemaran anda dalam konsert live mereka yang terakhir di Kuala Lumpur. Marilah ucapkan selamat tinggal kepada Boyzone Jun ini. Jangan lepaskan peluang terakhir ini!

BOYZONE THANK YOU & GOODNIGHT
The Farewell Tour 2019

Jumaat, 14 Jun 2019 , Jam:  8.30pm
Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam
Tiket berharga RM198, RM438, RM588 and RM688

Tiket boleh didapati di airasiaredtix.com dari 6 Mei 2019, bermula 12 tengahari
Eksklusif untuk 200 pelanggan VIP yang terawal – abadikan kenangan terakhir anda bersama Boyzone dengan gambar berkumpulan!



200 orang pelanggan VIP yang pertama akan dapat bergambar bersama Boyzone! Secara eksklusif untuk 200 pelanggan pertama yang membeli tiket VIP (berharga RM688 setiapsatu). Cepat, rebut peluang ini!

Boyzone Thank You and Goodnight The Farewell Tour 2019 di Kuala Lumpur dianjurkan oleh WOWSTAR Creative Entertainment dan diuruskan oleh J StarLux Entertainment Group dan Aco Media.

KATA ALONGMURNI
BUAT PEMINAT KUMPULAN BOYZONE!!
JANGAN LEPASKAN UNTUK TURUT SAMA HADIR KE
'BOYZONE THANK YOU AND GOODNIGHT - THE FAREWELL TOUR 2019'
YANG AKAN DIADAKAN DI STADIUM MELAWATI SHAH ALAM
PADA JUN NANTI YE..