PERTAMA KALI MENCUBA
MAKANAN KOREA
MYEONGDONG TOPOKKI DI SUNWAY PUTRA MALL
Sejak akhir-akhir ini AlongMurni (AM) kerap menonton
drama-drama korea dan ‘variety show’ iaitu Running Man. AM terpaut dan suka
pada karektor Kim Jong Kook yang sering popular dengan julukan Sparta,
Commander dan Mr Capable. Sepanjang menonton Running Man, AM dapat saksikan
bagaimana terujanya setiap ahli Running Man menikmati hidangan masakan korea
dan turut merasa teringin untuk mencuba. Apabila mendapat undangan dari Abam
Marcus Osmand, AM terima dengan perasaan teruja dan tidak sabar mencuba. AM
teringin sangat nak merasa Topokki dan Kimchi kerana menu tersebut nampak
menarik dinikmati setiap ahli dalam rancangan Running Man.
AM mencuba masakan korea di Restoran Myeong Dong Topokki
yang terletak di Level 4 Sunway Putra Mall. AM dapati di MyeongDong topokki ni
menggunakan konsep layan diri. Menu dah sedia ada atas meja dan AM hanya perlu
ke kaunter untuk memesan menu yang ingin dicuba. Memandangkan AM baru pertama
kali mencuba jadi AM serahkan menu pilihan pada rakan-rakan AM yang lain tapi
yang penting mesti ada Topokki dan Kimchi sebab masakan ini merupakan masakan
korea yang AM ingin rasa.
Di Myeong Dong Topokki, AM dapati menu di sini menyajikan
pelbagai hidangan istimewa Korea dari bibimbap terkenal hingga Bulgogi Rice.
Harga di sini agak berpatutan dan AM merasa tidak sabar untuk mencuba.
![]() |
Bibimbap dan Topokki |
![]() |
Kimchi Jjigae : RM 17.90 (Ayam) dan RM 18.90 (Daging) |
![]() |
Jajjangmyun : RM 18.90 |
![]() |
Dakgalbi Chicken Deopbap: RM 18.90 |
![]() |
Dol Sot Bibimbap: RM 19.90 (Ayam) dan RM 20.90 (Daging) |
Nampak meriah kan Dol Sot Bibimbap ini kan?? Tapi yang pertama kali mencuba macam AM , jangan lupa gaulkan semua sekali tau!! Baru ada kick dan setiap suapan terasa enak dinikmati.
![]() |
Hangul Chicken Ramyun : RM 18.90 |
Hangul Chicken Ramyun ini nampak macam Maggi Sup kari yang selalu kita order kat mamak tue. Tapi bila AM cuba, ternyata punya kelainan dan keenakan tersendiri. Dengan rasa hirisan ayam goreng yang rangup memang layan je makan. Sayuran dan kimchi juga disajikan bersama. Sedap.. sedap.. sedap.. Itu yang dapat AM gambarkan.
![]() |
Cheese Bulgogi Fries: RM 9.90 (Ayam) dan RM 10.90 (Daging) Yangnyeom Chicken : RM 10.90 Ganjang Chicken: RM 10.90 |
Menu sampingan ini AM memang sangat sarankan untuk semua mencuba. Tapi Ayam yang berwarna merah ini agak pedas yea. Sangat-sangat pedas!!! Rasanya yang sukakan kepedasan memang layan abis la kan?? Cheese Bulgogi Fries ini memang jadi salah satu menu 'thumb up' AM yea. Sedaaappp sangat!!!! Yelah..Hantu cheese kan!!!!
Apa lagi yang nak mencuba dan datang lagi ke sini, boleh ajak AM datang sekali yea. Pasti AM datang..Nak nak makan beramai-ramai secara berjemaah.. Memang puas hati!! Akhirnya merasa juga AM makan Kimchi dan Topokki. Tapi kan kalu ada Kim Jong Kook mesti lagi berselera AM makan..
Info lanjut lokasi dan juga menu yang menarik kat sini boleh
layari :
Laman web : https://myeongdongtopokki.com
Facebook : https://www.facebook.com/myeongdongtopokki
Instagram : https://www.instagram.com/myeongdongtopokki
![]() |
AM bersama-sama rakan-rakan blogger lain |
KATA ALONGMURNI
MAKANAN KOREA YANG DISAJIKAN DI MYEONGDONG TOPOKKI
DI SINI MEMANG SEDAP DAN AM AKAN DATANG LAGI SENDIRI
BAWA ADIK-ADIK AM, BAGI MEREKA JUGA MENCUBA KAN.
LAGIPUN HARGA SANGAT BERPATUTAN.
20 Comments
Nak kena terjah juga nie..
ReplyDeleteBanyak juga outlet dia yang berdekatan. Palm Mall, Mesa Mall, Aeon Nilai, boleh terjah ni nanti.
ReplyDeleteMasa mengandung anak ke-3 hari tu dok mengidam bibimbap. Samapi ke sudah tak dapat2. Hihihi
Sedapnya AM. Kinah teringin nak maKan Dakgalbi dengan bimbimbap tu. Eehhh betul ke ejaan tu hahah. Nampak sedap pulak semuanya tu. Selalu makan ramen samyang tu je heheh
ReplyDeleteSedapnya. Kak min mmg suka makan kat myeongdong ni. Dulu time mula2 buka gigih gi cari tp nasib la kat setia alam memang ada
ReplyDeleteBelum lagi cuba makanan korea. In sha allah teringin makan makanan korea nanti bolehla makan kat sini.
ReplyDeletegood to know as my dear also likes to eat. he too first time eat Korea food and glad he bring us along next time for dine.
ReplyDeleteWah menarik juga variaty makanan Korea ni kan. Yang best tu makan bersama dengan rakan blogger lain. Hermmm nak juga buat begini kat Beaufort, tapi kat sini masih tak ramai blogger yang ramai adalah Vlog saja..haha..Terbaiklah review ni:)
ReplyDeletesyok nyer makan ramai2.
ReplyDeleteada Maha kat situ. teringat ada baca kat blog Maha pasal ni jugak :)
aida berkenan chicken deabab tu dgn ramyun.
menyelerakan.
seriously, aida ni lom pernah masuk memana korean restaurant.
so a little bit jakun :)
teringin. tapi here in Melaka, x jumpa lagi restaurant yg trusted.
need to go to Dataran Pahlawan or Mahkota Parade nun di bandar kot.
sure ada. tapi tu lah... kenangkan anak2. ntah diorang makan ntah kan tak makanan ni.
Jom repeat lagi AM !! Sedapkan makan dekat sini. First time cuba dan jatuh cinta. Suka dengan ayam yg pedas tu. Menyengat deria rasa. Tapi sedap dan nak lagi. Harga pon berpatutan
ReplyDeleteNampak sedap kan dan harga berpatutan. Akan tetapi Naim sendiri tak lalu nak makan. haha. By the way, thank's sharing.
ReplyDeleteNak kena layan ni. Banyak n meriah tengok makanan korea ni. Dh stanby ubat sakit perot ni. Haha. Kan makakan korea pedas2 sikit
ReplyDeleteI love Korean food! OMG I need to go there now. Lucky Sunway Putra Mall is near to my house. I can bring my family there.
ReplyDeletesedapnya makan makanan korea. dah lama tak sentuh makanan korea ni. nak pergi carilah. dah mengidam dah nie
ReplyDeletesedap nampaknya tuuu. cuma mek tak boleh dealing dengan kepedasan je. yg cheesy semua tu nmpk sedap.
ReplyDeleteYums yums the food looks so yummy I really love Korean ramen with kimchi I shall visit this soon
ReplyDeleteMakanan Korea ni kita memang suka yang ayam goreng tu sedap dan juga manis kalau yang pedas tu kurang sikit hehehe tapi makanan Korea ni sihat dan juga cepat kenyang ok lah boleh makan selalu hehehehehee.... Tak dapat pergi sana dapat makan pun jadi lah...
ReplyDeleteAna peminat tegar Running Man. Dari situ buat ana suka makanan korea. Bila tgk menu2 di myeondong topokki ni, ana paling nak makan topokki dengan bibimbap tu. Sedapnya.
ReplyDeletesuka jugak makan teopokki ni tapi sekarang tengah craving ayam goreng cheese gara-gara movie extreme job! Hopefully Myeondong ni buka cawangan banyak sikit dekat area selangor ni sebab malas nak beratur lama dan bergegas makan
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletesaya suka juga makanan korea ni.. lagi lagi kalau ada teokbokki gini... kena yang pedas masam manis.. oh nikmat!! kalau ke sana bolehlah singgah kat sini cuba cuba makan .. nmpk mcm sedap semuanya tu
ReplyDelete