TADOM HILL RESORT: KENANGAN TERINDAH (PART 1)


TADOM HILL RESORT: KENANGAN TERINDAH

PERLBAGAI AKTIVITI MENARIK, MENCABAR DAN PENUH KESERONOKKAN

#TRAVELWITHBUDDIES


Berdepan dengan tekanan kerja yang banyak, membuatkan AlongMurni (AM) merancang untuk menghabiskan cuti hujung minggu bersama #TravelWithBuddies. 

menaiki kereta Dboy

Alhamdulliah, segalanya berjalan seperti yang dirancang. Kali ini pengembaraan AM bersama #TravelWithBuddies ke Tadom Hill selama dua hari satu malam.

AM bersama Cik Izzy (Wakil Tadom Hill)
Semua sepakat untuk berkumpul di Tadom Hill pada jam 10 pagi dan Cik Izzy wakil dari Tadom Hill sudah bersedia menunggu ketibaan #TravelWithBuddies. AM dan #TravelWithBuddies diberikan ‘WristBand’ berwarna ungu dan kami diminta untuk sentiasa memakainya sehingga tiba waktu pulang. AM dimaklumkan ada 3 warna wristband yang berbeza dan warna ungu itu membawa maksud yang #TravelWithBuddies menginap dan melakukan aktiviti yang terdapat di Tadom Hill.


HARGA TIKET MASUK TADOM HILL RESORT

Pas Harian
Dewasa
Kanak-kanak (3 - 12 tahun)
Isnin - Jumaat
RM 22
RM 17
Sabtu - Ahad
RM 25
RM 20
Peak Season
RM 28
RM 22
Super Peak Season
RM 30
RM 25

*Extend sampai jam 10 malam - tambah RM10/pax
**Kanak-kanak bawah 3 tahun & warga emas 65 tahun ke atas MASUK PERCUMA
*** Jaket keselamatan PERCUMA untuk aktiviti air
Pas Harian merangkumi aktiviti - Tadom Splash, Tadom Groove & Tadom Oasis.
Waktu operasi untuk Day pass 9 pagi - 6.45 petang.

Makan Tengahari di Kafe Tadom Hill Resort.


Sampai sahaja di sini, AM dan #TravelWithBuddies dimaklumkan yang makan tengahri telah disediakan oleh pihak Tadom Hill Resort. Kami menjamu selera di Kafe Tadom Hill. Uniknya adalah nasi kukus ini dimasak di dalam Buluh dan aromanya memang lain macam dan sedap untuk dinikmati.


Nasi Kukus Tadom Hill




Padu rasa kuah kari Tadom Hill ini

Selesai menjamu selera, kami check in di bilik dan bersedia untuk melakukan aktiviti  di Tadom Hill Resort.. Aduhaiii..tak sabarnya AM rasa...

Antara aktiviti menarik yang sempat AM lakukan di Tadom Hill adalah:

  • FLYING FOX

bersedia untuk aktiviti Flying Fox

Bila dengar ‘Flying Fox’ AM dah mula rasa gerun tapi AM tetap teruja untuk mencuba. AM dan #TravelWithBuddies menaiki kenderaan jenis Hilux untuk sampai ke Bukit Tadom. 

Sempat bergambar atas kenderaan Hilux

Di situ merupakan Pit Point bermulanya aktiviti Flying Fox. Uniknya Flying Fox di Tadom Hill Resort ini adalah setiap peserta akan merentasi tasik Tadom hingga ke Tadom Hill Resort. Mengah juga rasa bila menaiki tangga ke Pit Point Bukit Tadom.

Di atas Pit Point untuk aktiviti Flying Fox.

Dah rasa cuak dah.. AM tengok rakan-rakan berlepas dahulu

AM dimaklumkan yang pakej Flying Fox ini adalah tanpa had bagi pengunjung yang menginap di Tadom Hill Resort. Kiranya boleh main sampai puas la kan??  

  • ATV


Aktiviti ini paling AM suka kerananya ianya agak mencabar dan penuh liku. Betul - betul mencabar skill pemanduan AM tau!! Memang kat belakang siap dah jerit. Ada juga yang terkandas hampir nak masuk ke dalam semak.. Memang melucukan bila diingat semula. Treknya sepanjang 2.5 km.


TREK
ISNIN - JUMAAT
SABTU DAN AHAD
2.5 km ( Anggaran Masa 20 minit)
RM 48
RM 48
4.5 km ( Anggaran Masa 40 minit)
RM 80
RM 88

TREK (MALAM)
ISNIN - JUMAAT
SABTU DAN AHAD
2.5 km ( Anggaran Masa 20 minit)
RM 73
RM 86
4.5 km ( Anggaran Masa 40 minit)
RM 110
RM 128

*
Tambahan penumpang RM 30
  • COMBAT ARCHERY


Aktiviti memanah ini memang merisaukan AM. Meskipun tidak merbahaya malahan selamat digunakan tapi masalahnya bila setiap kali nak ‘Shot’ je anak panah asyik nak jatuh je..Alahaiii..bila la nak mengena sasaran. Kami dibahagi dua kumpulan dan perang pula bermulaaaa.. Hehehehe..

MASA
PAKEJ A (Min 4 pax)
PAKEJ B (Min 10 pax)
30 minit
RM 35 /pax
RM 25 / pax

SUKAN AIR

Bila tengok je alatan Sukan Air dan buat AM teruja untuk mencuba. Kebanyakan dari permainan untuk sukan air menggunakan kaki sebagai kayuhan. Kiranya seolah-olah berbasikal di atas air. 






Sempat juga AM dan marou sama-sama mendayung bot lutsinar nie.. Best tau sebab boleh nampak apa yang ada di air. 

mencuba bot lutsinar
Pengalaman yang tak boleh AM lupakan adalah apabila melakukan aktiviti kumpulan seperti 'Boat Raft Race' (Rakit Lumba) yang diperbuat daripada Buluh. Memandangkan AM memang tak pandai berenang dan cepat panik bila rasa kaki tak jejak tanah (sebenarnya sebarang aktiviti air memang wajib pakai life jacket tapi AM tetap rasa tak yakin), jadi rakan-rakan lain menarik rakit lumba sementara AM mendayung.. Kesian tengok dia lenguh kaki berenang sambil menolak rakit.


Kami dah tiba dan berjaya melakukan aktiviti Rakit Lumba..
Anda bila lagi???

Walaupun badan rasa letih apabila melakukan aktiviti ini namun AM rasa seronok terutama bila ada rakan-rakan yang sporting dan saling memahami. 

Tapi cerita Pengembaraan AM bersama #TravelWithBuddies tidak berakhir di sini. Ada banyak lagi aktiviti malam dan keunikan bilik yang AM menginap yang akan AM kongsikan di Tadom Hill Resort: Kenangan Terindah di Part yang ke 2. Nantikan perkongsian AM ini ya. Untuk info lanjut berkaitan Tadom Hill boleh rujuk di bawah

Tadom Hill Resort

No 2, Jalan Bukit Tadom, (Kg Orang Asli) Kg Labohan Dagang, 42700 Banting Selangor
No telefon : 012-5225728, 012-5225908, 012-5225883 (9 pagi - 10 malam)

KATA ALONG MURNI

AM RASA SANGAT TERUJA BILA MENCUBA AKTIVITI SUKAN AIR. 
MAKANAN DI SINI JUGA SEDAP DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN. 
AM SARANKAN YANG BERMINAT UNTUK
 DATANG MENCUBA AKTIVITI INI HARUS DATANG BERKUMPULAN. 
BARU MERIAH DAN AKAN MENYIMPAN PELBAGAI MEMORI YANG TERINDAH. DAN YANG PALING PENTING ADALAH KONSEP KERJASAMA DAN TOLERANSI SANGAT PENTING SEPANJANG MELAKUKAN AKTIVITI
 DI TADOM HILL RESORT. 

Post a Comment

9 Comments

  1. Waa mmg seronok betul nampaknya tuu! Best tgk pergi Tadom Hill tuu, tempat cantik dan tenang je best stay situ. Lagi2 ada mcm2 aktiviti best2 boleh buat jugak. Harga pon affordable sgt kan besttt!

    ReplyDelete
  2. Harga ticket pun berpatutan lah.. boleh la ajak family pi sini nanti.. bercuti sambil menenangkan fikiran dan mengeratkan silaturrahim kan..

    ReplyDelete
  3. I baru tau Tadom only at Banting! Lalu belakang rumah ni dekat nak ke Banting. Haha. I wanna go on weekdays sebab much cheaper. Dia ada jual all you can do tix tak? I miss flying fox & do all the outdoor activity.

    Kira2 semua budget tak lah sampai RM 200 way much cheaper than I pegi balik my hometown to play all these. Ada promo code tak? Hahaha.

    ReplyDelete
  4. Banyak juga aktiviti yang boleh buat ya. Best gak ni kalau buat family gathering sebab harga pun berbaloi. Nak plan la ...

    ReplyDelete
  5. Tadom Hill mmg best sgt. Saya suka tempat ni. Xjauh dari kl. Great retreat😍

    ReplyDelete
  6. wow tarikan baru ni AM. dan dia punya facilities tu agak banyak jugak. harga tak mahal sangat. elok buat team building kat sini.

    ReplyDelete
  7. Seronoknya. Teringin sangat nak pergi sini tapi belum ada rezeki. Banyak aktiviti best dkt sini. In shaa Allah nnti nak bwk geng ke sini.

    ReplyDelete
  8. Memang best pergi tadom nie, banyak aktiviti boleh dilakukan. Suka mandi air tasik dia. Bersih dan sejuk je. Nanti nk pergi lagi lah. Nasib baik dekat je dengan rumah

    ReplyDelete
  9. bestkan pergi sini waktu hujung minggu, dapat hilangkan stress kerja. pergi dengan kawan boleh lah try semua aktiviti ni. Heheh

    ReplyDelete