MAJLIS PELANCARAN PRODUK PENJAGAAN KULIT ALI ZAHRAA “MADEENA” DAN LAGU “KEMBARA NABAWI” PELITA LUSOH

MAJLIS PELANCARAN PRODUK PENJAGAAN KULIT ALI ZAHRAA “MADEENA”

DAN

LAGU “KEMBARA NABAWI” PELITA LUSOH

Pada 29 Julai 2020 yang lalu, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir ke  Majlis Pelancaran Produk Penjagaan Kulit Ali Zahraa “Madeena” & Lagu “Kembara Nabawi” Pelita Lusoh Serta Lirik Video Rasmi Di Grand Millenium Hotel Kuala Lumpur.


ALI ZAHRA HOLDING SDN BHD (ALI ZAHRAA) adalah satu entiti korporat pengeluar dan pemasar produk kesihatan dan kecantikan. ALI ZAHRAA telah mempunyai pengalaman luas dalam bidang produk kesihatan semenjak tahun 1998. Semenjak 3 tahun yang lepas, penjenamaan semula ALI ZAHRAA, sekali lagi menggegarkan pasaran dan telah menjadi fenomena di Malaysia dengan kelahiran Zahraa Aroma Theraphy Oil, Gel Theraphy Dan Serum Madeena dan lain lain. Sehingga kini, ALI ZAHRAA mempunyai lebih dari 300 ribu pelanggan di seluruh malaysia.

Kali Ini ALI ZAHRAA “MADEENA” sekali lagi akan menggegarkan pasaran produk kecantikan kulit dengan kerjasama penuh bersama PELITA LUSOH. Kini, PELITA LUSOH menjayakan produk terbaru ALI ZAHRAA “MADEENA” BUKAN sebagai duta akan tetapi sebagai rakan kongsi untuk bersama melayakkan produk ali zahraa ke pasaran asia. Memang satu gabungan yang terbaik kan??

Kredit Picture: MegatzReview


Setelah hampir setahun bersama bekerja keras maka terlahirlah produk muslim unggul ALI ZAHRAA “MADEENA” dan sesuatu yang baru bagi PELITA LUSOH kerana melangkah setapak lagi kedalam dunia produk penjagaan kulit. Dengan ini, sekali lagi ASIA EMPIRE RECORDS dan PELITA LUSOH PRODUCTION telah melebarkan sayap mereka. 


Sebelum ini ASIA EMPIRE RECORDS DAN PELITA LUSOH PRODUCTION telah 2 tahun beroperasi dan mereka mempunyai studio rakaman, pengurusan artis, produksi muzik video, artis naungan dan pelbagai lagi. Kini, telah tiba masanya PELITA LUSOH kembangkan perniagaan mereka dengan sesuatu yang baru.

PELITA LUSOH – KEMBARA NABAWI

Bersama Dengan Produk ALI ZAHRAA “MADEENA” PELITA LUSOH telah melahirkan sebuah lagu yang berjudul “KEMBARA NABAWI”. Lagu ini ditulis oleh FJ MUZIK dan telah digubah sepenuhnya oleh PELITA LUSOH. Rakaman single ini juga menampilkan pemuzik jemputan seperti DAUS DARI KUMPULAN (DRAMA BAND) SEBAGAI PEMAIN BASS & RUDY DARI KUMPULAN “NASTIA” UNTUK STRINGS.


Rakaman Dan Adunan Sepenuhnya Di Asia Empire Records Studio. Penulisan Lagu Ini Menceritakan Tentang Perjuangan Dan Kehidupan Rasullullah S.A.W.


LIRIK VIDEO RASMI KEMBARA NABAWI


Pengambaran rakaman pembikinan lagu KEMBARA NABAWI dijalankan di ASIA EMPIRE RECORDS STUDIO sepenuhnya semasa sesi rakaman lagu tersebut. Keseluruhan produksi lirik video ini adalah di bawah tanggungjawab  ASIA EMPIRE RECORDS. Lirik video rasmi ini akan dilancarkan secara rasmi pada 29 Julai 2020 jam 8:30 malam di saluran youtube rasmi ASIA EMPIRE RECORDS.


Untuk info penuh boleh layari

dan 

Post a Comment

11 Comments

  1. Thanks for the review. I love their products especially their sun screen as I use a lot now that I learn golf under the hot sun.

    ReplyDelete
  2. Satu majlis penuh meriah yg turut dihadiri rakan rakan artis sama sama menyokong produk hasil idea Aweera, bekas vokalis kumpulan Mojo yang kini dah bersama Pelita Lusoh.

    ReplyDelete
  3. Tahniah untuk pelancaran produk dan lagu baru. Nanti akak nak dengar lagu tu. Nampak menarik nama Pelita Lusoh. First time dengar. Hehe.

    ReplyDelete
  4. pelita lusoh such a unique name. tengok review produk2 pun good feedback.

    ReplyDelete
  5. Meriah sungguh nampak majlis pelancaran product ini. Hebat sangat. Thank you for sharing your story with me.

    ReplyDelete
  6. berapa harga produk ni.. peminat Mojo mesti excited nak beli ni. tambah lagi produk bagus why not kita support kan

    ReplyDelete
  7. Tak pernah pulak dengar nama brand Ali Zahraa ataupun Pelita Lusoh ni tapi lagu gabungan Mojo, Drama Band dengan Nastia tu sedap!

    ReplyDelete
  8. Ok kenapa kita baru dgr pasal pelita lusoh dan Ali zahraa ni. Nampak sgt tak pernh ambik tau.. Hehehe.. Tahniah utk pelancaran ni

    ReplyDelete
  9. terbaiklah ada lagu baru siap dengan produk lagi! tahniah Ali Zahraa ada pelancaran yang dibuat

    ReplyDelete
  10. Tahniah Ali Zahraa dan Pelita Lusoh. Terubat rindu peminat Aweera nak dengar lagu terbaru dari dia. Suara Aweera tetap power dan unik!

    ReplyDelete
  11. Tahniah atas perlancaran produk Pelita Lusoh... pestime tau ni, nanti kalau terjumpa boleh cubanya nanti..

    ReplyDelete