JAPANESE CUISINE PILIHAN : EAT SUSHI, SUNWAY GIZA
PELBAGAI, ENAK DAN SANTAI DINIKMATI BERSAMA KELUARGA DAN SAHABAT
Sushi ialah salah satu makanan tradisional yang paling
popular di Jepun, dan kini turut digemari di seluruh dunia. Sushi diperbuat
daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut,
sayur-sayuran atau telur. Inti tersebut boleh mentah, dimasak atau diperam.
Asal-usul sushi tidak diketahui, tetapi teknik peraman ikan bersama nasi
dipercayai berasal di Asia Tenggara pada abad ke-5 sebelum masihi. Dua aksara
Cina untuk perkataan 'sushi', bererti 'ikan terperam' pertama digunakan di
Jepun pada abad ke-8.
Apabila AlongMurni (AM)menerima undangan untuk mencuba menu
baharu yang terdapat di EAT SUSHI
yang berlokasi di Sunway Giza, Damansara semestinya peluang ini tidak
dilepaskan. Kalau nak diingatkan, sushi merupakan makanan kegemaran anak teruna
AM. Sejak dari dalam perut lagi hanya sushi yang boleh dimakan sepanjang 9
bulan mengandungkan anak teruna seorang ini. Lain macam nasi, mee atau bihun
yang dimakan confirm muntah keluar. Jadi, di musim COVID ini AM tidak bawa anak
anak keluar terutama di pasaraya atau Mall. InsyaAllah, bila COVID berjaya
diatasi sepenuhnya, AM confirm bawa anak-anak AM makan luar bersama AM.
Sedikit info tentang latar belakang EAT SUSHI adalah ianya bermula di dalam industri sushi pada tahun
2009 di Capalaba Central Shopping Centre Australia. Kini EAT SUSHI mempunyai 6 cawangan di Australia dan Sunway Giza
Malaysia merupakan lokasi pertama di luar dari negara Australia. EAT SUSHI berbeza dengan restoran
makanan Jepun yang lain kerana EAT SUSHI
membawakan elemen Australia dan makanan Jepun ke dalam resipi mereka. EAT SUSHI amat mengutamakan makanan
yang segar dan berkualiti tinggi kepada para pelanggan.
KENAPA SUSHI
MENJADI PILIHAN?
Bahan-bahan utama sushi Jepun tradisional terdiri daripada
ikan mentah dan beras, yang mempunyai lemak yang rendah serta protein yang
tinggi. Makanan lautan mengandungi tahap Omega-3 yang agak tinggi. Sushi sering
dihidangkan dengan bahan mentah, tiada lemak masak diperkenalkan semasa
penyediaan. Sesetengah bahan-bahan bukan tradisional seperti keju dan mayonis
yang kadang-kadang dijumpai dalam hidangan sushi ala Barat boleh meningkatkan
jumlah lemak yang ketara.
Vitamin dan mineral juga didapati dalam kebanyakan makanan
laut dan sayur-sayuran yang digunakan dalam penyediaan sushi. Kandungan nutrisi
adalah bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan. Sebagai contoh, udang kaya
dengan kalsium dan iodin, manakala salmon kaya dengan Vitamin D. Nori yang
digunakan untuk membalutkan sushi kaya dalam kedua-dua nutrien tersebut.
Sayur-sayuran lain yang dibalut dalam sushi juga menawarkan pelbagai vitamin
dan mineral. Karbohidrat terdapat dalam nasi dan sayur-sayuran. Sesetengah
bahan-bahan bukan tradisional boleh meningkatkan tahap karbohidrat yang agak
tinggi.
KEUNIKAN DI EAT SUSHI
Signature Sushi yang diperkenalkan di EAT SUSHI adalah:
·
UNAGI
RAINBOW MAKI
Semestinya Unagi atau belut menjadi bahan
utama dalam menu ini. Memang sedap terutamanya bila ada tambahan Cream Cheese.
Terbaik dan AM memang sarankan untuk mencuba menu ini.
·
GRILL
SALMON RAINBOW MAKI
Peminat Salmon semestinya tidak akan
menidakkan sushi ini. Uniknya bagi penggemar salmon yang tak suka makan mentah,
salmon ini digrill dan rasa smoky memang terbaik.
·
TEMPURA
SUSHI MAKI.
Menu tempura ini memang terbaik dan kena
dengan tekak AM. Menu ini kalau anak teruna Am yang cuba confirm diambil ulang
dan ulang. Faham benar dengan tekak anak teruna AM yang seorang ini.
·
AVOCADO
RAINBOW MAKI
Menu ini memang lain dari yang lain.Jarang
dapat kita lihat sushi dikombinasikan bersama Avocado. Rasanya memang unik dan
kena cuba sendiri yea. Memang kombinasi menu sihat.
·
GRILL
HOTATE RAINBOW MAKI
Menu ini menjadikan isi ketam sebagai bahan
utama dan dikombinasikan dengan ‘scalIop’ yang digrill. AM siap makan dua
piring punya layan dia punya rasa yang sedap tau!
·
EGG
RAINBOW MAKI
Menu ini AM sarankan bagi yang baru pertama
kali mencuba makan sushi sebelum mencuba sushi sushi lain yang padat dengan
pelbagai rasa.
Menariknya di EAT
SUSHI ini adalah harga yang ditawarkan di sini sangat berpatutan dengan
rasa yang padat dan enak. Pasti tidak menghampakan. Harga mengikut warna
pinggan iaitu:
·
Biru : RM 2.80
·
Hijau : RM 3.80
·
Hitam : RM 4.80
Istimewa sempena PKPB ini ada promo tau
𝙀𝘼𝙏 𝙎𝙐𝙎𝙃𝙄
𝘾𝙊𝙈𝘽𝙊
𝙁𝙄𝙀𝙎𝙏𝘼
Berminat untuk membuat tempahan?? Penghantaran Percuma
sehingga ke kawasan Klang, Ampang, Cheras atau Rawang dan tempat-tempat lain,
boleh buat tempahan via wasap.my/+60176933916/
Alamat : A-13-G Sunway Giza, Jalan PJU 5/14, Kota Damansara,
47810, Petaling Jaya, Selangor.
Reservation : 03 - 7496 7318
2 Comments
baca ni pagi2 mcm ni, rasa mcm nak p cari sushi plak balik ni...
ReplyDeleteofficemate ada sorang graduan jepun, selalu jugak open order makanan jepun ni, wanpaku la, onigiri la..hehe
ReplyDelete