KUMPULAN AL IKHSAN SAHUT SERUAN
KEMPEN JUALAN MALAYSIAKU SELAMAT DAN
AKTIF
Mesti ramai yang pernah membeli barangan di Al-Ikhsan kan??
Kebanyakan produk yang dijual di Al-Ikhsan adalah berkualiti dan harga mampu
milik. AlongMurni (AM) sendiri merupakan pengguna tegar barangan keluaran
Al-Ikhsan dan sangat menyokong produk keluaran tempatan.
Baru baru ini AM sempat turut sama hadir ke Majlis Pelancaran Jualan Negaraku Selamat
Dan Aktif Bersempena Program Jualan Malaysia (PJM) Dan Kempen Beli Barangan
Malaysia (KBBM) Tahun 2020.
Yang Berhormat Datuk
Alexander Nanta Linggi Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP) telah menyempunakan Majlis Pelancaran Jualan Negaraku Selamat dan
Aktif anjuran Kumpulan AI-Ikhsan di Pusat Membeli-Belah MyTown,Kuala Lumpur.
Program int adalah bersempena Program Jualan Malaysia (PJM) dan Kempen Beli
Barangan Malaysia (KBBM) yang telah bermula sejak bulan Julai 2020. Program ini
juga bertepatan dengan tema PJM bagi bulan Oktober iaitu “Jualan bertemakan
Gaya Hidup“ serta sambutan bulan Sukan Negara yang akan disambut pada 10
Oktober 2020.
Kumpulan Al-Ikhsan telah menyahut seruan kerajaan dengan
mengadakan jualan besar besaran dari bulan Oktober hingga Disember 2020 yang
dijenamakan sebagai Kempen Jualan
Malaysiaku Selamat dan Aktif yang akan melibatkan 135 cawangan Al-Ikhsan di
seluruh negara. Program ini merupakan aktiviti pertama sebelum pelancaran
Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2020 di mana ia merupakan penaja utama
pakaian sukan bagi Hari Sukan Negara.
Objektif Kempen Jualan Negaraku Selamat dan Aktif adalah
bagi memberi nilai terbaik kepada rakyat Malaysia di kala Kerajaan menggalakkan
rakyat untuk berbelanja untuk menjana semula ekonomi negara. Harga “value for
money" di setiap pembelian barangan di Premis Al-Ikhsan kelak diharap
dapat diterjemahkan sebagai satu (1) motivasi untuk mengamalkan gaya hidup
sihat dan selamat.
![]() |
Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna
amat mengalu-alukan peranan pihak korporat seperti usaha yang telah dilakukan
oleh Kumpulan Al-Ikhsan ini. Usaha pihak swasta seperti Al-Ikhsan ini wajar
dicontohi atas rasa tanggungjawab dan sumbangan mereka kepada negara melalui
penawaran produk yang “value for money" kepada rakyat Malaysia. Ini akan
membolehkan wang yang dijimatkan dapat dibelanja kepada perkara lain juga.
Sehubungan itu, Kementerian mengalu-alukan rakyat Malaysia
amnya dan pencinta sukan dan riadah khususnya untuk berbelanja dan menyokong
menjana ekonomi negara serta terus aktif bersukan agar Malaysia terus kekal
sihat dan selamat daripada wabak COVID19. Kementerian juga turut mengucapkan
terima kasih kepada agensi kerajaan dan pihak korporat terutamanya Kementerian
Belia dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kumpulan Al-Ikhsan dan pihak
pengurusan MyTown kerana berjaya mengadakan Kempen Jualan Negaraku Selamat dan
Aktif bersempena dengan Program Jualan Malaysia dan Kempen Beli Barangan
Malaysia.
Kredit Pic : Megat Review
15 Comments
Salam kenal
ReplyDeleteDiharapkan dengan kempen ni boleh la i berbelanja Nike banyak2 kat AlIkhsan ni hahha..memang dr dulu suka masuk AlIkhsan sebab senang nak beli sports items semua ada dlm 1 bumbung.
ReplyDeleteSemoga usaha Murni ini dapat menggalakkan lagi pembelian di butik Al-Ikhsan. Harga mesti banyak promosi dan banyak pilihan. Hehehe.
ReplyDeletesuka Alkhsan ni, klu nak cari barang suka sure pergi sni dulu
ReplyDeleteLH memang kalau nak cari barang sukan Al-ikhsan lah. Al-ikhsan ni harga dia pun tak semua yang manal-mahal. Ada aje yang mampu milik.
ReplyDeleteThis is a. Good campaign. I salute this! Thank you for sharing this post with me. Have a good weekend.
ReplyDeleteloving this initiative. hoping for it to be a successful and exciting one!
ReplyDeletekite memang suka AI ni sebab banyak benda-benda murah, baguslah dorang wat camni! part of qsr
ReplyDeleteAl-Ikhsan ni bagus kita pernah beli sini dan support business tempatan hehehe moga banyak lagi usaha murni macam ni di masa akan datang menjana ekonomi dalam musim pendamik nikan...
ReplyDeleteJom support bisnes tempatan Al-Ikhsan ni. Harga barangan pun berpatutan dan mampu milik. Kalau time ada sale murah, syok juga membeli di situ.
ReplyDeleteSuka masuk al ikhsan. Sekali masuk berjam2 duduk situ. Semua benda menarik 😊
ReplyDeleteI bought some of my fitness gear from them also, their price are very reasonable too.
ReplyDeleteWahhh dengan ada kempen ni sure ramai yang dapat beli peralatan sukan dengan harga lebih menarik... Jom sama2 support!
ReplyDeleteBest pklak dengo temanya tu, Jualan penuh gaya' gitu heheheh..nak kena singgah ni..tahniah buat mereka yang terlibat..
ReplyDeleteBahaya kalau masuk Al-Ikhsan ni, takut banyak sangkut. Hehe
ReplyDelete