MAJLIS PELANCARAN HSF PRODUCTION (M) SDN. BHD.
FILEM PERTAMA ‘PUTERI GUNUNG SENGKUANG’
GABUNGAN ARTIS VETERAN DAN PELAKON BARU YANG HEBAT
Pada 30 september 2020 yang lalu, MY ASIA EMPIRE telah mengadakan majlis pelancaran produksi filem
dan drama HFS PRODUCTION (M) SDN. BHD.
di Grand Millenium Hotel Kuala Lumpur. Majlis turut diserikan dengan kehadiran
barisan artis terkenal antaranya Raja Azmi, Badrul Muhayat, Ropie Cecupak, Lan
Zailan dan Radhi OAG.
MY ASIA EMPIRE adalah
sebuah syarikat rakaman yang lebih dikenali dengan nama ASIA EMPIRE RECORDS. ASIA
EMPIRE RECORDS telah melahirkan beberapa artis naungan selaku penebit dan edaran.
Mana tidaknya ASIA EMPIRE RECORDS
mempunyai studio rakaman dan menjadi nadi utama penggerak karya karya artis
naungan mereka secara bebas. ASIA EMPIRE
juga turut terlibat dalam hal pengurusan artis, promosi dan sebagainya.
Setelah beberapa tahun bertapak di dalam industri muzik,
kini tampil dengan gabungan bersama EN
HANIFF KHAN SERTA PUAN RUSILAWATI (KAK
SHILA MAMBO) yang merupakan pelakon serta penulis skrip yang tidak asing
lagi didalam dunia perfileman dan drama di Malaysia. Gabungan hebat ini
membolehkan mereka melangkah setapak lagi ke dunia perfileman dan drama dengan
menubuhkan sebuah produksi filem iaitu HSF
PRODUCTION (M) SDN. BHD.
HSF PRODUCTION (M)
SDN. ZHD. telah melantik SHILA
MAMBOO sebagai pengarah pengurusan filem dan drama untuk beliau terus
menghasilkan karya karya terbaru samaada di dalam bentuk filem mahupun drama
serta telemovie. Dengan ini HSF
PRODUCTION (M) SDN. BHD. akan melahirkan filem dan drama untuk memberi satu
impak baru serta bersaing secara sihat untuk bersama memartabatkan industri
filem dan drama malaysia.
Semasa majlis pelancaran HSF PRODUCTION (M) SDN. BHD, turut diadakan pra-pelancaran filem
pertama mereka iaitu ‘PUTERI GUNUNG
SENGKUANG’ hasil skrip tulisan Sheila Mambo yang berunsurkan komedi
‘Slapstik’ bersesuaian dengan pemilihan tajuk ‘Sengkuang’ itu sendiri. AlongMurni
(AM) dimaklumkan yang filem yang bakal ditayangkan tahun hadapan ini akan
dibarisi purata 80% pelakon veteran dan selebihnya pelakon baru yang masih
dalam proses pemilihan dan penentuan akhir, termasuk pengarah yang akan umumkan
pada majlis pelancaran rasmi FILEM
PUTERI GUNUNG SENGKUANG kelak.
AM sangat berharap gabungan antara pelakon veteran dan
pelakon baru akan lebih memukau dan memberi fenomena baru untuk industri seni
tanah air.
1 Comments
tak sabar nak tgk PUTERI SENGKUANG
ReplyDelete