PRETTY VALET JADI PILIHAN: KONSEP MUSLIMAH MANJAKAN DIRI DI SPA
‘ENHANCE YOUR BEAUTY WITH PV’
Sebagai wanita, penampilan diri menarik adalah impian yang
ingin dikecapi. Cuma kadangkala suasana lokasi spa yang bercampur antara lelaki
dan perempuan tidak bersesuaian dengan keadaan AlongMurni (AM) yang bertudung
ini. Yelah, siapa yang tak teringin nak
manjakan diri bermula dari rawatan rambut, urutan badan dan mencuci rambut kan??
Baru-baru ini AM diperkenalkan dengan satu outlet yang baru
beroperasi dan menekankan konsep muslimah. Pretty Valet (PV) adalah pusat
perkhidmatan kecantikan sehenti yang dapat membantu wanita meningkatkan
kecantikan dari atas hingga kaki dengan harga yang berpatutan. Dengan slogan
'Enhance Your Beauty With PV', Pretty Valet menyediakan pelbagai perkhidmatan
kecantikan bermula dari hujung rambut sehingga hujung kaki.
Antara perkhidmatan dan promosi yang ditawarkan di Pretty
Valet adalah:
- · Rawatan Muka (Facial)
- · Rawatan Penjagaan Kuku (Manicure & Pedicure)
- · Rawatan Bulu Mata (Eyelash treatment)
- · Rawatan Rambut (Hair Salon)
- · Mandian SPA (SPA)
- · Rawatan Kening (Eyebrow treatment)
- · Urutan Badan (Massage Treatment)
AM sempat berbual mesra bersama dengan Puan Shida Mohammad
yang merupakan pengasas Pretty Valet.
Misi kami di PV adalah untuk membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan kami melalui perkhidmatan spa berkualiti tinggi dan meningkatkan kecantikan wanita dan juga memberi peluang kepada wanita untuk melihat dan menjadi versi terbaik mereka. Di Pretty Valet, kami mempercayai kecantikan bermula dari dalam diri. Kami telah membuat salun yang menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi dalam suasana yang lebih sihat untuk persekitaran, tetamu dan kakitangan kami.
Warna merah jambu dianggap warna menenangkan yang berkaitan dengan cinta, kebaikan, dan kewanitaan. Oleh itu, kami memberi tema outlet kami dengan warna merah jambu dan bunga merah yang dapat menenangkan pelanggan semasa mereka melangkah masuk. Dengan ahli terapi terlatih kami, kami akan memastikan semua pelanggan akan berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Kini, semua wanita dapat meningkatkan kecantikan mereka dengan Pretty Valet.
AM memang sarankan kepada wanita di luar sana untuk menjengah dan merasai sendiri keunikan dan keistimewaan yang terdapat di Pretty Vallet. Memang berbaloi dan punyai ruang 'privasi' sendiri. Berminat untuk mendapatkan sebarang promosi dan diskaun terkini boleh jengah di media sosial Pretty Valet .
Instagram: https://www.instagram.com/pretty.valet/
Facebook: https://www.facebook.com/prettyvaletkajang
Hotline:
018-203 7019
Alamat:
No 26-1
Jalan Damai Mewah,
Taman
Damai Mewah,
43000
Kajang
Selangor
20 Comments
fancy nya spa ni, and yg penting perempuan kan.. wahhhhh rasa mcm nak ja booked ,tapi tgk2 selangor :(
ReplyDeleteBestnya dalam satu spa ada semua perkhidmatan yang semuanya diperlukan oleh kaum hawa. Kalau rumah dekat, mau tiap bulan ke sini untuk me time. Hehehe. Bila nak ada cawangan lain di KL?
ReplyDeletewah! spa muslimah suka la orang yang berhijab kan? ada privasi ! best untuk manjakan diri hewhewwheww
ReplyDeletehappy to know that there are many new Muslim spas now. this one looks good!
ReplyDeleteNo wonder la AM kelihatan lebih ayu dan bertenaga kebelakangan nie. Ini rahsia AM rupanya. Sesi memanjakan diri memang akan memberikan kesan yang positif pada penampilan kan
ReplyDeletebesttt.. dah makin banyak spa muslimah. boleh manjakan diri selalu
ReplyDeletetahniah! senanglah lepas ni muslimah nak berspa dan sebagainya bila ada tempat sebegini. patutlah along murni makin cantik dan bergaya sekarnag ni! :)
ReplyDeleteCantik tempatnya. Warnanya pink memang sesuai dengan kaum hawa. Sesekali boleh juga mencuba rawatan di situ.
ReplyDeleteHarga dia berpatutan. Birthday mak saya dah nak dekat. Nak belanja dia massage la heheh
ReplyDeleteBestnya spa dia.. Semua lengkap ya. Lama juga tak oergi spa2 ni.. Boleh masuk list pretty vallet ni
ReplyDeleteBagusnya ada tempat khas macam ni utk wanita bertudung. Tak perlu la lagi risau pasal aurat. Warba pink tu betul2 nampak feminin.sesuai dengan gegel punye 😊
ReplyDeleteMenarik spa dia. Lama dah tak manjakan diri ni. Bagus ada pakej dari rambut sampai kaki. Senang buat semua kat sini
ReplyDeleteBagus la ada spa muslimah macam ni kan? Tp tu laaa jauh nau kat kajang nun hehe
ReplyDeleteBUkan senang nak dapat butik muslimah gini.. dah tu setempat aje semua servis ada... ni kalau Johor ada, memang me time sini aje laaaa...
ReplyDeleteSenang dan menarik. As muslimah nak buat rawatan kecantikan kita akan rasa lebih selesa
ReplyDeleteCantiknya spa ni.. bestlah the girls ada spa macam ni untuk manjakan diri.. Hopefully in near future ada juga spa macam ni for the boys..
ReplyDeleteWah bestnya .. rindu sgt nak gi spa rehatkan diri.. tambahan pulak jenis spa muslimah. Tq sharing tau
ReplyDeleteBestnyaaa.. lama tak pergi spa macam ni. Lagi2 spa orang kita memang rasa lagi selesa
ReplyDeleteCantiknya pusat spa pretty valet. Suka decoration pink. Senang ada pakej dari rambut hingga ke badan di satu tempat je.
ReplyDeleteBaguslah Spa Pretty Valet ada pelbagai treatment, klu dekat maunya pergi tp jauh
ReplyDelete