RICHWORKS KINI KEMBALI : NAK UBAH HIDUP (EDISI KHAS)

 

PELUANG USAHAWAN TERKESAN EKORAN PANDEMIK UNTUK BANGKIT BERUBAH

RICHWORKS KINI KEMBALI

PROGRAM VIRTUAL ONLINE BINA BISNES BERJAYA

EDISI KHAS: NAK UBAH HIDUP

 


Ekoran Pandemik yang melanda negara, pastinya ramai yang terkesan terutama peniaga kecil dan sederhana. Ekoran dari itu RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) menyediakan platform bagi orang ramai terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro untuk bangkit ketika pandemik ini.

 

AlongMurni (AM) dimaklumkan oleh Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd, program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup akan diadakan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini dan ianya dapat membantu mereka untuk menyaksikan perubahan yang lebih baik walaupun ketika pandemik ini.

 


"Kami faham, pasti ada usahawan di luar sana dalam keadaan yang susah, tak tahu apa lagi perlu dilakukan, bisnes jatuh malah ada terpaksa tutup hingga timbul rasa nak putus asa. Sebab itu, RichWorks bersama Pengasas, Datuk Wira Dr Azizan Osman menyediakan program percuma ini yang sudah terbukti berjaya ubah hidup ramai orang disamping sebagai sumbangan kepada masyarakat terutama bangsa usahawan,"

 

Jelasnya, dalam tempoh mencabar ini, ada saja usahawan dapat berubah hingga saksikan pencapaian lebih baik seperti dialami ramai usahawan yang mendapatkan bimbingan bersama RichWorks.

 


RichWorks sebagai syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara telah melatih lebih 1.1 juta orang daripada pelbagai tahap bisnes sejak 2008 lagi. Program Intensif 3 hari  ini adalah khas bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman. Nama Datuk Wira Dr Azizan pastinya tidak asing untuk didengari. Beliau kerapkali muncul di kaca TV dan siaran radio.

 


Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri. Beliau memiliki keupayaan luar biasa yang dapat mempengaruhi perubahan positif seseorang individu untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa.

 

Sejak 2008, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah membantu lebih daripada 1.1 Juta peserta menerusi program yang dianjurkan secara langsung melalui Richworks International, syarikat yang diterajui beliau sebagai Pengasas dan Pengerusi RichWorks International. Beliau telah membantu ribuan usahawan dan jutawan untuk berjaya melalui strategi dan formulanya yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan.

 


Bagaimanapun tambah Radz, kesusahan yang dirasai ketika ini sebenarnya bukanlah penghalang untuk bangsa usahawan kembali berkembang dan berubah jadi lebih baik lagi.

 

"Berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam melatih dan bimbing bangsa usahawan, RichWorks menemukan formula - perkara dan langkah-langkah yang boleh membantu mereka untuk berubah dalam bisnes dan kehidupan, insyaAllah. Malah pada tahun lalu saja, meskipun ketika pandemik seramai 777 usahawan PKS di bawah bimbingan kami berjaya catatkan peningkatan hingga jumlah jualan keseluruhan melebihi RM2 bilion," ujarnya.

 

Justeru itu, Radz menyeru agar usahawan PKS dan mikro dapat memberikan peluang kepada diri mereka walaupun perubahan ini tidak mudah yang mana memerlukan kesungguhan seseorang.

 

"Usahawan juga boleh saja membawa kakitangan malah keluarga mereka bersama-sama belajar dan memulakan langkah pertama untuk saksikan perubahan dalam bisnes dan diri ini," jelasnya.

 

TINGGAL 2 HARI LAGI, VIRTUAL ONLINE BINA BISNES BERJAYA 

 EDISI KHAS NAK UBAH HIDUP

 

Tunggu apa lagi!!!

Jom Layari laman website


www.binabisnesberjaya.com 


dan klik "Daftar Program" bagi pendaftaran dan keterangan lanjut.

 

Post a Comment

1 Comments