APLIKASI MINDFUL MUSLIM: BANTU TINGKATKAN 

KESIHATAN MENTAL DAN KEROHANIAN DIRI

APLIKASI PENENANG JIWA PERTAMA BERTERASKAN ISLAM DI DUNIA

 


Kesan pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan, kelaparan, tiada tempat tinggal dan terpaksa bergantung kepada sumbangan makanan untuk makan. Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) merekodkan seramai 99, 696 pekerja diberhentikan antara Januari hingga 27 November lalu akibat penularan Covid-19.

 

Sebagai Rakyat Malaysia AlongMurni (AM) tentu sahaja risau terhadap peningkatan kes harian Covid-19, malahan laporan kes bunuh diri yang sering terpampang di media cetak dan media elektronik berada pada tahap yang membimbangkan. Data Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kes bunuh diri pada tahun 2019 adalah sebanyak 609 manakala tahun 2020 sebanyak 631 kes dan bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini pula sebanyak 468 kes dilaporkan.

 

Sumber : Keratan Akhbar Kosmo, 18 November 2020

AM sendiri tidak nafikan kadang kadang AM juga turut merasa kehilangan, rindu pada teman-teman, rindu pada ibu dan saudara di kampung sejak PKP dilaksanakan lantaran kes Covid 19 yang semakin meningkat dalam negara. Benar kata pujangga, ‘Kesunyian Mampu Membunuh Iman Dalam Diri’.

 

Namun AM bersyukur kerana ada teman serumah yang sentiasa menghibur, menyokong dan menguatkan semangat AM yang goyah dek bebanan kerja dan juga kerinduan terhadap Anak dan Keluarga di Kampung. Mana tidaknya, kerap juga kami serumah mengadakan Sesi ‘Pillow Talk’ sebelum tidur bagi muhasabah diri dan meluahkan segala yang terbuku di hati. Cara ini sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada diri masing-masing

 

Alhamdulillah, semenjak dari PKP 1.0 , kami serumah mula mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Kalau dulu, kesibukan kerja sering menjadi alasan untuk melewatkan dan meninggalkan solat, namun dalam tempoh PKP ini, kami serumah sering solat berjemaah dan sama-sama membaca Al-Quran untuk disedekahkan kepada orang yang tersayang.

 

AM memilih ayat yang bersesuai yang disarankan untuk mengawal emosi

AM juga diperkenalkan dengan satu Aplikasi ‘Mindful Muslim’ yang hanya perlu di download di App Store dan di situ semangat AM tambah lebih kuat, lebih tenang dan yakin diri.

 

APLIKASI ‘MINDFUL MUSLIM’

 

Mindful Muslim merupakan aplikasi penenang jiwa pertama di dunia berasaskan Islami. Aplikasi ini  dibangunkan untuk membantu lebih 1.8 billion orang Islam di seluruh dunia, meningkatkan kesihatan mental dan emosi. Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Mindful Muslim, Mohamad Akhtaar Abdul Ghani, objektif utama pembangunan aplikasi ini adalah untuk membantu meningkatkan kesihatan mental umat Islam yang berdepan pelbagai cabaran pada masa kini dengan berkonsepkan Islamik.

 

Sesi Bersama CEO Mindful Muslim : En Mohamad Akhtaar Abdul Ghani

Aplikasi ini dilengkapi bacaan ayat al-Quran, zikir, kisah-kisah para Nabi, ceramah motivasi, bacaan rukyah, doa-doa khas menghilangkan tekanan dan bunyian alam semulajadi. Kadang-kadang AM sendiri hanyut dibuai perasaan dan seolah-olah berada di kampung yang tenang dan mendamaikan. Aplikasi ini juga mempunyai versi suara wanita dan lelaki agar pengguna boleh mendengarnya dengan lebih selesa mengikut jantina masing-masing.  

 


Pendek kata Aplikasi ini dilengkapi dengan ciri-ciri seperti berikut:

  • Ceramah audio dari kisah-kisah penuh harapan dari Al-Quran dan Hadis.
  • Doa / Ruqyah untuk tujuan tertentu - untuk menghilangkan kegelisahan /kemurungan, kesunyian dan perasaan rendah yang lain
  • Pilihan pembaca/pendengar
  • Bunyi alam sekitar
  • Membina senarai main ciri di atas
  • Buku harian tidur untuk membantu menulis jurnal pada waktu malam.

 

Setelah dilancarkan pada tahun 2020, aplikasi ini dibangunkan bersama 16 penyelidik yang turut berperanan sebagai penulis dan membuat voice over dan boleh didapati dalam versi bahasa Inggeris dan bakal diperluaskan dalam bahasa Melayu dan Arab. 

 


Aplikasi Mindful Muslim boleh dilayari secara percuma selain mempunyai kandungan premium yang boleh dilanggan pada harga AS$3.90 (RM16.09) sebulan. 

 

Allah berfirman:

"Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui yang ada

di dalam jiwa kamu,jadi ingatlah Dia "

(Quran 2: 235)

 

 


MUAT TURUN MINDFUL MUSLIM APP 

iOS: https://apps.apple.com/my/app/mindfulmuslim/id1503293513

ANDROID: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mindfulmuslim

 

MINDFUL MUSLIM

Laman Sesawang : https://mindfulmuslim.app/

Facebook : https://www.facebook.com/mindfulmuslimapp

Instagram : https://www.instagram.com/mindfulmuslim.app

#MindfulMuslimMy  #MindfullMuslim  #MindfulMuslimApp  #MotivasiIslam