4 DESTINASI TEMPAT MAKAN
PILIHAN ALONGMURNI
Nasi Dagang Pak Malau kini menjadi salah satu menu unik makanan
di Langkawi. Menggunakan resepi asli nasi dagang Terengganu, Pak Malau turut
menyediakan pelbagai menu tambahan yang dimakan bersama nasi dagang istimewanya
seperti gulai ikan tongkol, kurma kambing, daging kerutup, ayam kampong dan
macam-macam lagi. Secara keseluruhannya semua masakan yang disediakan kat sini
memang sedap dan disesuaikan dengan citarasa orang tempatan.
HARGA MENU
Mengikut jenis lauk yang diambil. Antara harga makanan:
- Kambing Kurma: RM 22
- Ayam kampung : RM 15
- Ayam Goreng Rempah : RM 12
- Ayam Gulai : RM 11
- Daging Kerutuk : RM 11
- Ikan Gulai : RM 11
Lokasi strategik Nasi Dagang Pak Malau menjadi satu lagi
daya tarikan utama di sini. Terletak di jalan utama menuju ke Makam Mahsuri, setiap
pengunjung yang lalu di jalan ini pasti tidak akan terlepas pandang kedai makan
Pak Malau yang direka berkonsepkan rumah kampung moden. Mood makan AM menjadi
lebih berselera dengan melihat sawah padi serta pemandangan kampung dan bukit
bukau.
Dah macam Orang Orang Di Sawah dah!! |
KONSEP KEDAI
Pak Malau menggunakan hiasan-hiasan dalaman lama seperti tembikar, tempayan, kereta antik serta perabot lama bagi memberikan mood nostalgia. Meja makan juga bukan saja disusun di sekitar kedai makan, malahan Pak Malau juga memberi peluang sekiranya ingin makan berhadapan dengan sawah padi. Menurut Pak Malau, spot ni adalah di antara spot famous dan kadang-kadang orang menjamu selera kat sini menghabiskan sampai 2 jam semata-mata ingin menikmati pemandangan.
Alamat
: Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Nombor
Telefon : +60 12-271 1977
Waktu
Operasi : 8:00 a.m – 2:00 p.m
Facebook
: Nasi
Dagang Pak Malau
AM sangat suka dengan harga dan menu masakan di sini. Memang
sedap dan setiap menu masakan laut memang segar dan kena dengan selera tekak
AM.
Restoran Selera Lubuk Buaya walaupun murah tapi mutu makanannya masih segar dan berkualiti. Makanan dan minuman juga disediakan dengan cepat
walaupun AM datang dalam kumpulan yang agak besar.
Lokasinya tidak jauh dari Pantai Cenang dan di penghujung
jalan Pantai Tengah. Ada pelbagai jenis lauk-pauk di sini.
Alamat : Lot 9659 Kampung Padang Putih Jalan Pantai
Tengah 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
HUBUNGI : Selera
Lubuk Buaya
Bagi AM, Warung Upih Ikan Bakar Seafood memang punyai
keunikan dan keistimewaan tersendiri. Mana kan tidaknya, sementara menunggu
matahari terbenam, AM boleh memesan menu makanan dan bersiar siar di Persisiran
Pantai Tengah. Bila menu makanan dah tiba boleh la menjamu selera sambal menikmati
matahari terbenam dan disaksikan deruan angin pantai yang nyaman.
Sempat OOTD berlatar belakangkan matahari terbenam sementara menunggu hidangan sampai |
Masakan di sini memang
pelbagai dan masakannya lebih bercirikan masakan Thailand kerana tukang
masaknya berasal dari Thailand.
LOKASI : Charlie Motel, Jalan Pantai Tengah, 07000
Langkawi, Kedah, Malaysia
HUBUNGI : Warung Upih
AM mencuba Kerabu Bronok di Nelayan KB Kafe
Menu masakan di sini memang menu kampung yang betul betul
sedap dan wajib dicuba. Antara menu yang AM cuba adalah Gulai Ikan Termenung,
Ulam-ulaman, Ikan Termenung Goreng dan Kerabu Bronok. Kerabu Bronok merupakan
masakan yang pertama kali AM cuba. Memang sedap rupanya bronok ini rupanya.
Rasanya kenyal kenyal dan ‘Crunchy’. AM siap telefon mak bagi memastikan mak AM
pernah makan ke tidak bronok ini. Memang niat nak bawa mak dan keluarga datang sini
untuk cuba keenakan kerabu bronok ini.
Haaa.. lagi satu yang AM suka adalah rasa Gulai Ikan
Kembungnya memang terangkat dan Kaw Kaw abis. Layan AM makan sampai tambah dua
kali nasi dibuatnya.
Pendek kata 4 Destinasi Tempat Makan yang menjadi pilihan AlongMurni wajib dicuba dan disinggah jika ke Pulau Langkawi. AM memilih 4 Destinasi ini memandangkan harganya yang murah, berbaloi, keenakan dan kesedapannya pasti memuaskan hati bagi pengunjung yang singgah ke sini..
10 Comments
Best ni ! Kena masuk list. Memang tengah plan nak pegi cuti bulan depan. Tq share
ReplyDeletewow semuanya belum pernah try, boleh bookmark ni, nanti boleh try kan...
ReplyDeleteOk save entry ni untuk rujukan kalau nak jejak langkawi. Kadang kena pilih betul2 kedai makan sebab risau jadi macam kes viral tu. By the way gambar semua lawa2....
ReplyDeleteSeronok tengok group nie jejalan dan makan-makan. Makanannya memang meriah ye. Pak Malau tu lazat betul juadah situ. Tempat lain tak pernah try lagi.
ReplyDeleteNasi Dagang Pak Malau tu memang famous dari dulu lagi. Even Trip Advisor said is a must dine place. The other three look awesome too. Thank you for sharing. Good post!
ReplyDeletememang sedap ke semua restoran2 ni kan murni! lepas ni kalau pergi langkawi lagi dah tahu nak makan dekat mana :)
ReplyDeleteLawanya view sunset Langkawi. Bilalah kite nak sampai sana. huhu. Btw mesti sedap semua tempat makan tu kan. Nanti boleh try bila singgah Langkawi.
ReplyDeleteAlhamdulilah, so far ke langkawi, semua tempat makan ni dah pun di cuba, cuma lupa plak rasanya yang mana sedap dan kurang sedap, tapi semua memuaskan..
ReplyDeletebyk tempat menarik di langkawi kan.. x sabar nak bercuti dengan family.nanti
ReplyDeleteI wish I could teleport to Langkawi NOW so I can enjoy makan at Warung Upih Ikan Bakar Seafood huhu
ReplyDelete