DESTINASI PELANCONGAN SKYCAB PANORAMA LANGKAWI
KERETA KABEL LANGKAWI
Jika ke Langkawi, pastinya Kereta Kabel Langkawi menjadi
pilihan dan merupakan Destinasi Pelancongan yang wajib dikunjungi. AlongMurni
(AM) juga tidak melepaskan peluang untuk menerokai dan melihat panorama
Langkawi melalui ‘Langkawi Cable Car’.
Kereta Kabel Langkawi atau lebih dikenali sebagai Langkawi
Cable Car ialah salah satu tarikan pelancongan utama di Pulau Langkawi. Mula
beroperasi pada 25 Februari 2005, ia sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan
luar negeri. Apa yang menarik tentang Kereta Kabel Langkawi adalah ia mempunyai
laluan yang paling curam di dunia. Ia juga merupakan pengangkutan utama untuk
ke puncak Gunung Mat Chinchang (Machincang) bagi melihat keindahan alam
semulajadi, pemandangan menarik Langkawi dan pulau-pulau diperairannya.
LOKASI KERETA KABEL LANGKAWI
Kereta Kabel Langkawi terletak di Oriental Village iaitu di
kaki Gunung Mat Chinchang. AM kesini dengan menaiki van. Segalanya telah
disediakan oleh penganjur iaitu QTT Group PLT dengan kerjasama LADA, Rouhi
Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel.. Jarak dari tempat
penginapan iaitu Rouhi Retreats ke Langkawi Cable Car mengambil masa 30 minit.
Kereta Kabel Langkawi membawa AM ke puncak Gunung Mat
Chincang. Disepanjang perjalanan AM berada di Kereta Kabel ini lebih kurang 15
minit ini, AM dapat melihat pemandangan hutan semulajadi yang menghijau dan bila
berada di dalam Kereta Kabel seolah olah
AM berada di balik awam biru.. hehehehe . Apabila semakin tinggi, lautan
dan pulau-pulau kecil diperairan Langkawi mula kelihatan.
Terdapat tiga stesen kereta kabel iaitu:
- Stesen
Bawah - Stesen pertama dimana AM mula menaiki gondola.
- Stesen
Tengah - Stesen kedua untuk Pelantar bergambar.
- Stesen
Atas - Stesen terakhir iaitu lokasi utama untuk melihat pemandangan
panorama seluruh Langkawi.
Kereta kabel atau dipanggil Gondola akan membawa AM ke
puncak gunung mempunyai beberapa jenis gondola dengan harga yang berbeza iaitu:
Gondola biasa - Mempunyai dua tempat duduk bertentangan.
Boleh memuatkan 6 orang penumpang dengan berat maksima 480kg. Tetapi mengikut
norma baru diwajibkan ada penjarakan social dan diterhadkan kepada 4 orang
dalam satu satu Gondola.
Gondola Lantai Kaca - Mempunyai lantai kaca telus. Penumpang
dapat melihat pemandangan sekeliling, atas dan bawah. Boleh memuatkan 6 orang
penumpang.
Gondola VIP - Gondola mewah dengan 3 'bucket seat' untuk
penumpang yang inginkan privasi. Turut menyediakan makanan, minuman dan muzik.
Boleh memuatkan 3 orang penumpang sahaja.
Gondola 360° - Produk terkini dimana dinding kaca gondola digantikan dengan grill besi. Konsep 'open air' sesuai untuk anda yang pernah menaiki kereta kabel sebelum ini merasai kelainan dan pengalaman baru. Gondola ini cuma boleh memuatkan 4 orang penumpang sahaja.
AM menaiki gondola biasa namun menggunakan Pass Ekspress.
Jadi Am menggunakan Lorong Ekspress dan tidak perlu beratur panjang.
Gondola tidak akan berhenti semasa melalui platfom. Pintu
akan dibuka untuk menurunkan penumpang dari Stesen Atas. Ia akan bergerak
perlahan-lahan. Jadi AM perlu berhati-hati semasa ingin masuk ke dalam gondola.
Pegang pintu, langkah masuk dengan pantas dan terus duduk. Pintu akan ditutup
secara automatik apabila meninggalkan platform.
Setelah pintu ditutup, gondola akan bergerak meninggalkan
platform perlahan-lahan. Laluan kereta kabel Langkawi dibahagian bawah agak
landai dan tidak terlalu curam. Jika terasa gayat seperti AM, jangan panik.
Fokuskan pandangan didalam gondola. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus.
Bernafas secara teratur sehingga berasa lebih tenang.
Apabila tiba di Stesen Tengah, pintu gondola akan terbuka. Di
Stesen Tengah terdapat pelantar tinjau. Selesai bergambar AM naik semula ke
Gondola untuk ke Stesen berikutnya.
Apabila tiba di stesen terakhir, laluan ini adalah yang paling curam. Tekanan
udara juga berlainan disini. Jangan risau, apabila tiba ke destinasi terakhir
ini AM dapat melihat pemandangan yang cukup menarik dan mengagumkan.
Kesimpulannya, semasa menaiki gondola, jangan bergerak aktif
semasa berada didalam gondola seperti melompat atau berjalan-jalan.
PEMANDANGAN GUNUNG MAT CHINCHANG
Semasa menaiki Kereta Kabel Langkawi, dari jauh kelihatan
Gunung Mat Chinchang tersergam indah. AM melihat hutan semulajadi yang meliputi
kawasan ini. Dibahagian bawah, kelihatan pokok-pokok yang tinggi menghijau.
Gondola akan melalui puncak pokok-pokok ini.
Apabila separuh perjalanan menghampiri Stesen Tengah, puncak
gunung semakin jelas kelihatan. Disini beberapa pemandangan menarik boleh
disaksikan. Pastikan tidak terlepas menyaksikan:
- Struktur
batu kapur yang unik membentuk Gunung Mat Chinchang.
- Air
terjun Telaga Tujuh yang mengagumkan.
- Jenis
pokok yang berbeza dari bahagian bawah.
Pandangan bertentangan pula ialah laut yang membiru.
Kelihatan pulau-pulau kecil dan kapal-kapal layar berwarna putih di Teluk
Burau. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
SKYBRIDGE (JAMBATAN GANTUNG)
Tarikan lain yang ada dipuncak Gunung Mat Chincang ialah
SkyBridge atau Jambatan Gantung. Ia adalah sebuah jambatan berbentuk melengkung
yang dibina di puncak Gunung Mat Chincang. Jambatan ini digantung pada sebuah
tiang (menara) setinggi 82 meter. Ia merentasi dua puncak dengan ketinggian
lebih-kurang 100 meter dari tanah. Panjang jambatan dari hujung ke hujung ialah
125 meter.
3D ART LANGKAWI
3D Art Langkawi adalah muzium 3D terbesar di Malaysia. Ia
menawarkan berbagai lukisan 3D menarik. AM dapat menyaksikan hasil seni lukis
yang unik dan cukup mengagumkan. Berbagai kategori lukisan boleh dilihat.
Kebanyakannya berkonsepkan fantasi. AM puas hati dapat bergaya didepan kamera
dengan mengabadikan kreativiti dengan cara tersendiri bersama lukisan 3D yang
menarik.
KATA ALONGMURNI
Kereta Kabel adalah aktiviti yang mesti dilakukan jika ke
Langkawi. Ia adalah aktiviti paling menarik dan unik di pulau ini. Debaran
menaiki gondola dan pemandangan dipuncak gunung adalah yang terbaik dan tidak
mungkin dilupakan.
Alamat:
Cable Car Station Oriental Village,
Teluk Burau, 07000 Langkawi,
Kedah
Hubungi:
Tel: 04-959 4225/1225
Fax: 04-959 1121/4121
Email : info@panoramalangkawi.com
6 Comments
Memang tak pernah lepas peluang naik kereta kabel kalau setiap kali ke Langkawi. Feeling bila naik tu memang lain maciam. Hehe
ReplyDeletelama betul tak pi langkawi, seronok pulak baca skycab ni, aduhhh kena plan pi langkawi ni
ReplyDeletewuii gayat.. tapi ini antara tarikan kalau ke langkawi kan..
ReplyDeleteSyoknyaaa!! Lama gila tak pi langkawi. Last masa anak 2 org, sekarang anak dah 5 orang hahaha. Mmg dalam plan untuk cuti2 langkwi sblm pkp hari tu, ni mmg kena plan semula kesana. Cable car ni mmg wajib naik kalau pi langkawi :)
ReplyDeleteyanmie
http://www.yanmieonline.com
Wahh letop yer possing kat atas tu hehehe salah satu tempat wajin singgah bila datang Langkawi ni huhhhuhu.. banyak lagi tempat menarik baharu kat sana kan...
ReplyDeleteMemang best la tengok gambar-gambar korang & Langkawi. And Langkawi is one of my 'bucketlist'..hopefully by next yeaaaaar...hehe
ReplyDelete