DESTINASI PENGINAPAN
PILIHAN : ROUHI RETREATS
Sepanjang Travelogue AlongMurni (AM) di Langkawi sepanjang 5
hari 4 malam, destinasi pilihan kali ini agak unik dan penuh keistimewaan
tersendiri iaitu Rouhi Retreats. Rouhi Retreats merupakan sebuah
lokasi penginapan yang terletak di kawasan Ayer Hangat, Langkawi. Pertama kali
menjejak kaki di sini, AM terpegun melihat keunikan penginapan Villa dengan
dikelilingi kawasan hutan yang menghijau dan reka bentuk villa yang punyai
keunikan tersendiri.
PELANCARAN & PERASMIAN ROUHI RETREATS
Setibanya AM dan rakan-rakan blogger lain di Rouhi Retreats,
kedatangan kami disambut oleh penganjur iaitu QTT Group PLT diwakili oleh Mr
Adam. AM dan team dimaklumkan bahawa satu majlis pelancaran dan perasmian akan
diadakan pada sebelah petang.
| AM bersama team blogger |
Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Fidaus Ar Radhi dan dirasmikan oleh Tuan Hj Saiful Anwar Bin Azmi (Pegawai Daerah Langkawi). Antara tetamu kehormat yang turut hadir adalah:
- Ketua Balai Polis Ayer Hangat.
- Capt Shah Fitri - Jabatan Pentahanan Malaysia
- Madam AR Syarifah Alawiyah Alhabshi - Founder of Rouhi Retreats
- Tn Hj Mushir (Chairman QTT Group)
- Puan Akmar Samudin (CEO of Intermedia Production)
- En Azry (Executive Producer IM)
- Puan Linda Salleh (LVTS Golden Travel & Tour)
- YM Ku Aliff (wakil Kota Mahsuri)
- En Sabri (wakil Koperasi Nelayan Kubang Badak)
- PakSu Khairin (Langkraf)
| Tuan Hj Saiful Anwar Bin Azmi (Pegawai Daerah Langkawi) sedang berucap |
Dalam ucapan Tn Hj Saiful Anwar Bin Azmi yang merupakan Pegawai Daerah Langkawi memaklumkan bahawa Rouhi Retreats di Langkawi membuka pintu kepada era baharu dalam pelancongan. Hal ini kerana Pandemik telah membawa industri perhotelan kepada kemerosotan serius dalam perniagaan selama hampir 2 tahun. Travel Bubble yang dimulakan oleh kerajaan telah mencipta fenomena baru dalam industri. Ketibaan pelancong di Langkawi sejak pembukaan 16 September 2021 sangat menggalakkan dengan kira-kira 100k kedatangan pengunjung sehingga kini.
Trend baharu kesan daripada SOP dan permasalahan
Pandemik, pengunjung lebih memilih melancong dalam kumpulan yang lebih kecil,
dengan penginapan yang lebih lama, lebih suka vila peribadi , mencari destinasi
baharu yang kurang sesak untuk dilawati. Jadi Rouhi Retreats adalah pilihan
yang tepat dan sesuai dengan kehendak pengunjung.
LOKASI ROUHI RETREATS
Malahan Rouhi Retreats berhampiran dengan beberapa lokasi
menarik seperti 2 lokasi geopark UNESCO iaitu Kilim & Kubang Badak, pantai
Tanjung Rhu dinilai sebagai salah satu lokasi tepi laut teratas di Asia,
manakala 2 air terjun yang mengagumkan: Temurun & Durian Perangin, bersedia
untuk memukau mana-mana pengunjung yang ingin keunikan dan kelainan.
PENGINAPAN ROUHI RETREATS
Ciri-ciri Rouhi Retreats amat unik kerana reka bentuk
dalaman minimalis sangat serupa dengan reka bentuk dalaman moden
dan melibatkan penggunaan barang keperluan kosong untuk mencipta ruang
yang ringkas dan tidak bersepah. Ia dicirikan oleh kesederhanaan, garisan
bersih dan palet monokromatik dengan warna digunakan sebagai aksen.
Pendek kata kelengkapan yang terdapat di sini memudahkan
untuk kumpulan kecil atau keluarga menginap. Hal ini lantaran kerana telah tersedia
ruangan makan, Sofa untuk Istirehat dan Ruangan Memasak. Di setiap villa Rouhi
Retreats telah tersedia peti sejuk dan ketuhar mini.
KAWASAN SEKITAR VILLA ROUHI RETREATS
Di sekitar villa terdapat kolam renang yang boleh dijadikan
sebagai tempat riadah, BBQ dan berkelah.
Selain itu, Rouhi Retreats juga terdapat dewan yang berhadapan dengan taman yang boleh dijadikan acara sebarang majlis seperti Majlis Perkahwinan, Majlis Keraian dan Majlis majlis formal penting yang lain. Dewan ini berhadapan dengan taman yang dihiasi dengan gantungan bunga bunga, tempat duduk dan tempat bersantai umumnya.
Bila malam lagi tambah indah bila
dihiasi dengan kerlipan lampu lampu yang indah yang pastinya sesuai untuk OOTD.
Kalau lapar dan sebagainya, boleh sahaja berjalan keluar di
seberang jalan berhadapan dengan Rouhi Retreats ini, terdapat
gerai-gerai jualan makanan kampung yang murah, seperti Nasi Lemak Seringgit,
ayam panggang dan beberapa jenis kuih muih lain.
LOKASI : Lot 679,
Jalan Ulu Melaka, Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah
Untuk Pertanyaan
Lebih Lanjut Hubungi :-

0 Comments