DESTINASI PILIHAN WAJIB DITEROKAI : BIOGEOTRAIL KUBANG BADAK

DESTINASI PILIHAN WAJIB DITEROKAI : BIOGEOTRAIL KUBANG BADAK



Antara destinasi pilihan yang wajib diterokai jika berada di Pulau Langkawi adalah BIOGEOTRAIL KUBANG BADAK. Setibanya AlongMurni (AM) di sini, AM disambut dan diberi penerangan oleh En Sabri yang merupakan wakil Koperasi Nelayan Kubang Badak. AM dimaklumkan yang penyelusuran kali ini menggunakan bot mengambil masa antara 3 jam ke 4 jam lamanya.


AM berada di Jeti Nelayan Kubang Badak bersama dengan  Marou dan
 'Orang Kuat' QTT Group Plt Sdn Bhd

En Sabri wakil dari Koperasi Nelayan Kubang Badak memberi penerangan lokasi yang menarik sepanjang Kubang Badak

Terlihat jelas di sini terdapat enam papan tanda yang menceritakan secara ringkas dua belas GeoTapak menarik sepanjang perjalanan boat nanti. Di antaranya adalah Jeti Kubang Badak, Sungai Kubang Badak, Sungai Siam, Bukit Menora, Tapak Kebuk Arang, Gua Pinang, Kampung Kubang Badak, Mata Air Panas, Fosil Kambria Pulau Jemuruk, Tanjung Buta, Titik Pandang Landskap dan Beting Pasir.



Aktiviti di biogeotrail itu bermula di Jeti Nelayan Kubang Badak dan AlongMurni (AM) dapat menelusuri Sungai Kubang Badak dan Sungai Siam dengan menaiki bot. Bagi AM Biogeotrail Kubang Badak dianggap permata yang tersembunyi dan salah satu Destinasi Pelancongan yang menarik dan punyai keunikan tersendiri.


AM menyelusuri Sungai Kubang Badak menaiki bot

AM berada di Persimpangan antara Sungai Kubang Badak dan Sungai Siam

AM dapat melihat hutan paya bakau seterusnya melakukan lawatan ke geotapak di sekitar lokasi itu. Memang indah, penuh kehijauan dan mengasyikkan. Tiga lokasi yang tumpuan utama sepanjang menyelusuri Sungai Kubang Badak adalah Bukit Menora, peninggalan tapak kebuk arang lama dan Gua Pinang.

 

BUKIT MENORA

Bukit Menora (Kredit Picture : Blogger Xulhilmi


Ketika menyelusuri sungai Kubang Badak AM dapat melihat Bukit Menora, iaitu sejenis 'mogot' istilah geologi untuk bukit tunggul bercerun curam yang terbentuk oleh sama ada batu kapur, batu marmar atau batu dolomit.


Cantiknya pemandangan langit dan air sungai (BerOOTD la AM )

Selain Bukit Menora , AM juga dibawa menyelusuri ke Kampung Siam. Jelas terlihat peninggalan tapak kebuk arang lama yang dipercayai berusia lebih 100 tahun.

 

TAPAK KEBUK ARANG


TAPAK KEBUK ARANG (TINGGALAN KUNO)


Ia adalah dapur untuk proses pembakaran kayu pokok bakau untuk dijadikan arang. Itu adalah antara ekonomi orang dahulu kala di kawasan kampung ini. Tapi sekarang ia terlah beralih kepada lebih moden dan juga kawasan yang dibenarkan untuk buat arang juga telah dihadkan demi menjaga keseimbangan ekosistem kat kawasan ini.

Tapak kebuk arang lama ini memberi gambaran bahawa industri kayu arang adalah sumber pendapatan untuk komuniti Siam di sekitar kawasan Kampung Budak Badak ini suatu ketika dahulu.

 

GUA PINANG

Untuk ke Gua Pinang AM perlu melalui hutan berbukit kira-kira 10 minit dari sebuah jeti kecil untuk ke Gua Pinang. Gua ini adalah tinggalan gua laut kuno yang terbentuk oleh proses ombak ketika paras laut berada sekitar 15 meter (berbanding sekarang) kira-kira 6,000 tahun dahulu.


Penuh dengan khazanah asli hutan paya bakau


Laluan sepanjang ke Gua Pinang

AM berada di Jeti kecil sebelum berjalan ke arah Gua Pinang


AM masih boleh melihat kawasan longgokan cangkerang kuno seperti kulit siput dan tiram di sekitar kawasan gua ini

Longgokan cangkerang kulit siput dan tiram kesan dari tinggalan Kuno


PULAU JEMURUK

Bagi AM Pulau Jemuruk ini merupakan ‘virgin island’. Airnya memang jernih dengan suasana pemandangan yang cantik.. Sesuai juga untuk OOTD. Tapi untuk mandi manda di sini, diwajibkan memakai jaket keselamatan kerana kedalaman dasarnya tidak menentu.


AM berada di Pulau Jemuruk



BETING PASIR

Beting pasir adalah bentuk muka bumi yang memanjang ke dalam air, biasanya terdiri daripada pasir, mendakan atau anak batu. Ia mampu menghalang pelayaran dan aliran arus air. Ciri-ciri beting yang mampu terbentuk dalam pelbagai saiz, dari beberapa meter dalam anak sungai kepada mendakan laut sepanjang beberapa ratus kilometer sepanjang persisiran pantai, sering kali dipanggil pulau sawar (barrier island).


AM BERPELUANG BERADA DI BETING PASIR



Pendek kata beting pasir adalah kawasan ditengah-tengah sungai ini yang akan mucul bila air sungai surut sahaja. Ia adalah lokasi dimana banyak pihak NGO dan juga persatuan yang buat program amal untuk tanam anak benih pokok bakau kerana Pokok Bakau ini sangat membantu dalam menjaga ekosistem satu-satu kawasan persisir laut dan sungai daripada ancaman bencana alam atau sebagainya.


AKTIVITI MEMBERI HELANG MAKAN

Aktiviti ini kira bernasib baik yea. Dapat AM lihat sendiri bagaimana pengunjung di bot lain memberi makanan kepada helang. Memang terpukau dapat melihat cara dan kepantasan burung helang menyambar makan yang disampak ke permukaan sungai.


Pengunjung berpeluang memberi helang makan.


Banyak pilihan pakej dengan tawaran harga yang menarik dan berbaloi. Jangan lupa bila bercuti di Langkawi untuk singgah ke Biogeotrail Kubang Badak. Pasti satu pengalaman terindah yang tidak dapat dilupakan. SELAMAT BERCUTI!!!!







Post a Comment

17 Comments

  1. Cantiknya. Suka tempat-tempat nature macam ni. Sejuk mata memandang. Nak amik gambar pun happy je sebab lawa.

    ReplyDelete
  2. Kubang Badak looks like a good place to visit for nature-related activities. Reading your post makes me want to visit Kubang Badak as well. Nature-related activity is something I need now. Thank you for sharing. Good post!

    ReplyDelete
  3. dah lama teringin nak explore masuk hutan macam ni. anak2 dah besar sikit okla nak bawa...boleh tahan harga die..ok la tu

    ReplyDelete
  4. Seronok layan view semulajadi macam ni. Tapi buat masa sekarang, situasi tak mengizinkan. Tunggu anak-anak besar sikit. Sis bawa mereka sekali masuk hutan.

    ReplyDelete
  5. view dia menariklah..sesekali meneroka alam semulajadi kan..kalau pegi langkawi wajib singgah sini

    ReplyDelete
  6. What a lovely trail will try it out with my family and friends when I get a chance in the near future. Can’t wait to try myself.

    ReplyDelete
  7. !st time tau tempat ni. Cantiknya view alam semulajadi. Nampak tenang bersih udara segar. Dah lama tak explore macam ni. Thank you sharing AM seronok baca story lagi pulak gambar dgn bebudak tu semua. haihhhhhh seronoknya boleh bayang gamat gelak tawa

    ReplyDelete
  8. Menariknya boleh tengok burung helang. Kat KL ni rasa memang tk pernah nampak la. Sonokla macam2 tempat AM pegi ye kt Langkawi.

    ReplyDelete
  9. This is no doubt one great place for one to relax, unwind and get close to nature at the same time. Wish I could be here too one day.

    ReplyDelete
  10. agree with you dear. Biogeotrail Kubang Badak is a hidden gem and we should visit it when free

    ReplyDelete
  11. Menarik jugak aktiviti kat Kubang Badak ni. Iza dh 2 3 kalu pergi Langkawi sebelum ni tapi tak pernah sampai sini. Boleh la nanti masuk list tempat nak pergi kalau ke Langkawi lagi.

    ReplyDelete
  12. Sukanya tempat macam ni. Tengok hijau, sungai. Tenang minda, jauh dari kesibukan. Dah masuk dalam list tempat ni.

    ReplyDelete
  13. best yer teroka nature naik boat. fresh jer mata tengok alam semula jadi. tahun depan la plan nak bawa anak2 explore langkawi pulak..

    ReplyDelete
  14. 1st time tau pasal biogeotrail KB ni. Menarik sangat. Banyak benda boleh explore dan rasa dekat dengan nature. Berbaloi bayar utk 3 jam perjalanan tu.

    ReplyDelete
  15. back to Nature..mmg best..suka tgk gmbr am cantek2 sangat

    ReplyDelete
  16. Menarik juga kan explore the nature kat KB... tak pernah sampai lagi, maybe lalu2 jer before this if travel kat area sini... okay, kena masukkan dalam list dulu..

    ReplyDelete
  17. Wow nice! i have not been to kubang badak yet, will add it in my wish list

    ReplyDelete