DESTINASI TARIKAN PELANCONG
PULAU BUATAN : PARADISE 101 LANGKAWI
PLAY , RELAX & REFRESH
AlongMurni dimaklumkan yang Pulau Langkawi memiliki 99 buah
pulau semulajadi. Jadi ada dua buah pulau buatan yang dibangunkan menjadikan
angkanya kini 101. PARADISE 101 inilah pulau ke 101 itu !! Asalnya
dua buah pulau kecil yang terletak berhadapan Pantai Kok ini dibina sebagai
perlindungan dari ombak Tsunami. Namun pulau yang ke 101 atau dikenali sebagai
Paradise 101 Langkawi kini dijadikan tarikan terbaru di Langkawi.
Dari Jeti 101 berhampiran Pelabuhan Telaga membawa AM
menaiki bot dan dalam masa yang singkat menyeberang ke Paradise 101. Ini
sebenarnya 5 minit perjalanan merentasi air. Paradise 101 ialah pulau tempat
peranginan harian yang mesra alam yang membolehkan AM untuk meluangkan masa sepanjang
hari dengan bersantai, berenang dan menikmati sukan air. Pulau itu sendiri berlatarbelakang
yang indah iaitu kehijauan yang subur dari pulau utama dan sekeliling laut
Andaman yang indah.
Pulau Buatan yang seluas 2 ekar dan dikelilingi oleh pantai
berpasir putih, pokok casuarina dan pinoh yang tinggi, kemudahan resort siang
hari, dan laut Andaman yang indah pastinya memukau pandangan untuk menikmati
dan mengabdikan setiap kenangan di sini.
Bagi yang tak nak main atau nak relax and refresh kat ini
ada banyak tempat menarik untuk berehat dan bersantai dan juga mandi laut. Untuk
yang suka berOOTD pasti tidak melepaskan peluang kerana banyak props dan
senibina yang menarik yang dicapture.
Kemudahan awam seperti surau dan juga bilik mandi dan tandas
sangat luas dan selesa. Jadi kena sedia bawa pakai lebih untuk main aktiviti
dah juga untuk bergambar. Namun nasib tidak menyebelahi kerana waktu kedatangan
AM di Paradise hujan. Jadi tak semua aktiviti air dibenarkan kerana faktor ombak
dan angin kuat. AM Cuma sempat main permainan Aqua Park namun ada yang
bermain Bola Tampar Pantai. Jadi agak riuh dan AM jadi pengadil perlawanan.
Hehehehe..

RESTORAN PARADISE 101
Kebetulan semasa di sini turut sama meraikan sambutan hari
lahir Manja yang merupakan ‘Org Kuat’ QTT Group PLT Sdn Bhd. Memang jadi detik
kenangan yang terindah buat dua pasangan suami isteri kan..
Menu menu di sini memang menarik dan amat menyelerakan. Tengoklah Nasi Goreng Udang.. Selalunya Nasi menutupi udang tapi di Paradise 101 ini, Udang menutupi nasi yea.. Awas ya!!
8 Comments
wahh bestnyaa..
ReplyDeleteOh wow!!!!!!!! Cantik nyer 101 Paradise nie. Looks like Langkawi has so many beautiful hotspots now. I miss traveling to Langkawi. Wish to travel there soon. Insya-Allah.
ReplyDeleteCantik la view 101 Paradise. Terutama udang yang menutupi nasi goreng tu. Mengoda sungguh gambar tu. Hahaha...
ReplyDeleteRupanya pulau buatan ke 101! Menarikla! View cantik makan seafood pun sedap2. Tak sabar nak pi Langkawi!
ReplyDeleteMenariknya lokasi Paradise nie. Banyak betul tempat yang very insta-worthy dan nyaman. Next time kena singgah nie.
ReplyDeletecantik tempat ni suka tgk.. and makanan dia terutama udang tu nampak sedap sangat
ReplyDeleteBest la Paradise 101 ni! Teringin nak pergi juga maybe next Langkawi trip kena drop by sini la! Banyak tempat cantik utk bergambar kan! Activity pun best2!
ReplyDeleteTak pernah jemu pergi ke Langkawi.
ReplyDelete