DESTINASI PERCUTIAN EKSKLUSIF
PRIVATE CRUISE BY HERCULES MOTOR YACHT
Percutian AlongMurni (AM) di Langkawi tambah menarik dan bergaya bila berpeluang untuk menaiki Private Cruise. FAM Trip ke Langkawi adalah anjuran QTT Group PLT dengan kerjasama LADA, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel. AM dimaklumkan sepanjang aktiviti di Private Cruise ini perlu mengikut tema Serba Putih. Jadi gigihla mencari baju putih lengan panjang untuk dipakai semasa di atas Private Cruise nanti.
ROYAL LANGKAWI YACHT CLUB MARINA.
Untuk makluman, ini merupakan pertama kali AM menaiki
Private Cruise dan semestinya perasaan mengujakan jelas tergambar di wajah AM.
AM dan team tiba di Royal Yacht Club yang diuruskan oleh Your Cruise
Sensation. Terdapat beberapa pilihan pakej yang kita boleh pilih
seperti Private Charter Cruise by Motor Catamaran & Private Charter
Cruise by Manta Blu. AM menaiki Private Cruise by Hercules Motor Yacht.
Private Cruise ini dilengkapi dengan bilik air, bilik tidur,
ruangan dapur dan pelbagai lagi. Dengan setinggi 2 tingkat setengah, memang
boleh memuatkan sejumlah 30 orang.
AM menaiki cruise selama 4 jam menyelusuri dan mengelilingi beberapa
pulau seperti Pulau Timun, Pulau Tuba dan juga Pulau
Dayang Bunting. AM juga berkesempatan mengambil gambar Ketika Private
Cruise melalui Dataran Lang.
Antara aktiviti aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang berada di atas Private Cruise adalah: Melihat pemandangan dan melayari pulau pulau cantik di sekitar Pulau Langkawi
- Saltwater Jacuzzi
- Lunch buffet / dinner buffet dengan pemandangan laut dan matahari terbenam
- Bergambar sepuasnya di atas kapal yang cantik dan mewah
- Berenang bebas di laut (Wajib memakai Jaket Keselamatan walaupun tahu berenang)
SALTWATER JACUZZI
AM tidak melepaskan peluang untuk turut sama melakukan
aktiviti saltwater Jacuzzi. Walaupun AM sangat takut dengan laut yang dah sah
sah dalam kerana AM tidak tahu berenang namun perasaan yang mengujakan untuk
mencuba aktiviti tidak dapat menghalang AM. Untuk melakukan aktiviti air ini adalah
WAJIB memakai Jaket Keselamatan ya!
Seawater Jacuzzi berkonsepkan ala-ala Jacuzzi. Jaring
dipasang di belakang bot dan AM perlu turun untuk mandi dalam kawasan
jaring tu. Disebabkan bot pun tengah bergerak, jadi akan ada arus masa AM mandi
tu. Jadi la macam jarring bot tarik anak anak ikan terbaik!!
Jujur AM katakan, memang seronok boleh berjacuzzi ditengah
lautan. Walaupun tidak pandai berenang, tapi sangat selamat untuk berada di
jaring ini. Dah tak kisah walaupun kulit jadi legam AM rela.
Dah penat buat aktiviti air semestinya rasa lapar kan?? Makanan
yang disediakan pun memang sangat lazat! Tengoklah menu menu di bawah..
Bertambah-tambah nasi yea.
5 Comments
Wah tak sabar gaj nak pergi bercuti bulan 12 ni sebab anak cuti sekolah.... Yahooooo cepatnya masa berlalu 😹😹😹 menarik tu dapat naik cruise nak pijak pantai jugaaaa...
ReplyDeleteBestnya saltwater jacuzzi tu. Tak pernah lagi cuba, tapi nampak macam extreme pulak, itu yang exciting hihi
ReplyDeletecanteknyaaa pemandangan .. suka tgk.. kena plan nak turun Langkawi dengan family
ReplyDeleteSeronok dpt bercuti di Langkawi, lps pkp ni barulah blh rentas negeri. Kak blm pernah lg naik private cruise, best dpt naik Your Cruise Sensation dan byk aktiviti yg disediakan
ReplyDeleteRawlins tak kira - next time Rawlins nak ikut tau. Yang nie memang nampak very exclusive dan mewah tau.
ReplyDelete