HOTEL PULSE GRANDE
TAWAR 100 SAJIAN
HIDANGAN MENARIK DAN ISTIMEWA
MASAKAN MELAYU DAN ANTARABANGSA
PROMOSI WEEKEND BBQ & STEAMBOAT BUFFET DINNER
Baru-baru ini AlongMurni (AM) menerima undangan dan berkesempatan untuk mencuba
menu-menu yang menarik dan istimewa di Hotel Pulse Grande, Putrajaya yang dahulunya
dikenali sebagai Putrajaya Shangri-La Hotel. Hotel ini terletak di puncak bukit
yang menghijau menghiasi Putrajaya sebagai Bandar Taman ‘Pintar’ Malaysia di
abad ke-21 yang menempatkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
PALM HILL CAFÉ
AM menjamu selera di PalmHill Café yang terletak di Tingkat
1 Hotel Pulse Grande, Putrajaya. Terdapat pelbagai pilihan sajian berasaskan
masakan melayu dan antarabangsa. Pihak Hotel Pulse Grande telah mengadakan promosi Weekend BBQ & Steamboat Buffet Dinner bermula
pada 3 Disember 2021, dari 6.30 petang sehingga 10 malam pada setiap Jumaat dan
sabtu.
Lebih 100 juadah yang telah disediakan khas oleh pasukan
chef berpengalaman, Pulse Grande Hotel menawarkan pengalaman indah menikmati
hidangan makan malam dalam kedamaian alam sekitar yang menghijau. Ini amat
sesuai dengan konsep hotel ini yang berasaskan Hotel dalam Taman, Taman Dalam
Hotel.
Uniknya untuk Weekend BBQ & Steamboat Buffet Dinner adalah
boleh menjamu selera samada di bahagian luar (outdoor) ataupun bahagian dalam
(Indoor). Jadi terpulang pada kita untuk menikmati sajian di dalam atau di luar
Café namun ianya masih tertakluk pada SOP dan kekosongan tempat duduk.
OUTDOOR
pemandangan luar PalmHill Cafe di waktu siang
Untuk hidangan BBQ & steamboat diletakkan di bahagian
luar. Bersebelahan dengan kawasan lapang dan pokok-pokok. Dikelilingi dengan
warna redup kehijauan memang cantik dan sejuk mata memandang.
Antara menu-menu menarik Steamboat dengan pelbagai pilihan kuah dan aneka bahan adalah:
Nampak menarik kan? sememangnya lazat dan sedap yea.. AM buat campuran bahan steamboat gunakan kuah sup.. Perghh.. terangkat abiss..
KONSEP TERBUKA, SELESA DAN SELAMAT
Dalam satu masa boleh memuatkan sehingga 160 pax (sebelum
PKP lebih 300 pax). Setiap pengunjung perlu menggunakan glove (sarung tangan
disediakan) ketika mengambil makanan. Dan didapati juga untuk hidangan pencuci
mulut memang telah diletakkan di pek individu. Hand sanitizer ada disediakan
bagi memudahkan pengunjung membersihkan tangan mereka (atas faktor kebersihan
dan juga pencegahan).
Untuk satu meja buffet hanya diterhadkan 6-7 pax (asal
adalah 10 pax). Terdapat juga promosi untuk pengunjung yang menginap di hotel.
Di mana pengunjung akan diberikan kupon Weekend BBQ & Steamboat Buffet
Dinner secara PERCUMA.
Hanya RM110 nett/pax boleh menikmati pelbagai jenis makanan
yang enak, lazat dan sedap pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula pukul 6.30
petang sehingga 10.00 malam. Pengunjung yang ingin mendapatkan info promosi
terkini menempah atau sebarang pertanyaan, boleh menghubungi :
9 Comments
WOW.... 100 Sajian tu! Menarik! memang makan sakan lah siapa yang bersinggah ke Pulse Grand. Thank you for sharing this awesome news.
ReplyDeleteI am really impressed with one hundred different dishes. Really looks good the roasted lamb. This one is surely a killer deal for buffet lovers who love to indulge in various types of food.
ReplyDeleteWowo...the food selection so so good for all the guests, a good space for staycation & dining. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteBanyaknya makanan yg disediakan. Semua pun nampak macam sedap je ni. Boleh try la nanti ajak family sekali. Kalau bulan puasa ni mesti meriah menu.
ReplyDeleteBanyak nya menu!
ReplyDeletepelbagai menu ditawarkan mmg rambang mata ya.. Semuanya nampak sedap dan menarik
ReplyDeletereally nice to enjoy all the yum food at PalmHill Café at level 1 Hotel Pulse Grande, Putrajaya.
ReplyDeleteWow so many dishes to eat and all of them look so delicious.
ReplyDeletegood post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com
ReplyDelete