SUNFEET
INTERNATIONAL REHAB CENTRE
: PAKAR PENJAGAAN KAKI
PAKAR ORTHOTICS
DAN PROSTETIK DI MALAYSIA
Pastinya semua pernah mengalami gejala sakit pada tumit,
gerbang, bebola kaki, bahagian atas kaki, tulang kering, buku lali, lutut,
pinggul, punggung bawah, postur kaki yang lemah, anomali gaya berjalan dan
keletihan kaki. Seharusnya kaki menjadi salah satu anggota badan yang harus
dititikberatkan dan seharusnya diperiksa oleh yang pakar dan berkemahiran.
Kebanyakan orang tidak menyedari perkara ini, tetapi
biomekanik yang lemah di kaki boleh menyebabkan lebih daripada sekadar sakit
kaki malahan lutut, pinggul dan sakit belakang turut menerima dampaknya.
Sebelum ini AlongMurni (AM) pernah membuat pemeriksaan kaki di SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE. Kali ini AM turut datang bersama dengan anak lelaki AM iaitu Rayyan. Rayyan kerap mengadu sering sakit kaki di bahagian kiri, mudah lenguh dan sakit apabila memakai kasut sekolah. Menariknya di Sunfeet International Rehab Centre ini, selain daripada pemeriksaan kaki secara PERCUMA adalah segala kemudahan teknologi dan kepakaran tersedia di sini. Antaranya adalah:
- Foot Biomechanical Assessment & Gait Analysis
- 3D Foot Scanning Analysis
- 3D Plaster Cast & Measurement
- One Pair Personalized 3D Custom Orthotics
- FREE One Pair Healthy Orthotic Shoes
- FREE Foot Corrective Exercise
- FREE Foot Alignment Adjustment
- FREE Follow Up Review
- FREE Priority Appointment
Rupa-rupanya SUNFEET
INTERNATIONAL REHAB CENTRE telah berpindah lokasi. Lokasi baru SUNFEET
INTERNATIONAL REHAB CENTRE terletak di, Ground Floor Wisma Daju 5 No 21
Jalan Barat, 46200 Petaling Jaya Selangor. Nak senang Waze sahaja STARBUCKS
PJ8. Lokasinya betul-betul bersebelahan dengan Starbuck PJ8.
Sebenarnya, pemeriksaan lanjutan Ortotik (Orthotics) kaki
amat disyorkan oleh pakar apabila otot, tendon, ligamen, sendi atau tulang
tidak berada dalam kedudukan berfungsi yang optimum yang akhirnya menjadi punca
kesakitan, ketidakselesaan dan keletihan.
SUNFEET INTERNATIONAL REHAB
CENTRE MENJADI PILIHAN AM
Semestinya SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE menjadi
pilihan AM kerana teknologi dan kemahiran yang terbukti serta pakar yang
diiktiraf iaitu Dato Dr Edmund Lee, PhD (AS) yang merupakan PAKAR ORTHOTICS
YANG TERKENAL DI ASIA. Beliau merupakan generasi ketiga keluarga pakar Orthotics dan
Prostetik di Malaysia. Dr Edmund menamatkan empat tahun latihan ortotik
dan prostetik di University of Salford, United Kingdom, dan bekerja di pelbagai
jabatan ortotik di Stoke-on-Trent dan London, United Kingdom selama dua tahun.
Beliau kembali ke Malaysia dan memulakan SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE.
Beliau yang mudah mesra dengan kanak-kanak amat berkemahiran
dalam rawatan diagnostik, keupayaan untuk menetapkan dan mereka bentuk ortotik
dan prostetik untuk pesakit telah mendapat pengiktirafan daripada rakan-rakan
perubatan yang lain.
Pada 2011, beliau tersenarai dalam The Prestige's Top 40
Under 40. Pada 2014, seterusnya mengiktiraf kerja dan sumbangan beliau kepada
industri, masyarakat dan negara. Beliau menerima Darjah Indera Mahkota Pahang
(DIMP), anugerah berprestij yang membawa gelaran rasmi gelaran Dato'.
Selain menjadi tetamu tetap di pelbagai rancangan radio
dan TV, Dr Edmund juga telah menulis ruangan untuk The Health Today Magazine
dan Parenting Magazine. Nama beliau juga sering dipaparkan dalam banyak akhbar
popular The New Straits Times, The Star dan The Edge.
ORTHOTICS CUSTOM 3D PUNYA KELEBIHAN TERSENDIRI
Dr Edmund Lee 100% begitu komited terhadap tahap
penjagaan dan kesihatan kaki. Beliau telah memperkenalkan ORTHOTICS
CUSTOM 3D yang menjadi medium peranti daripada gambaran tiga dimensi
bagi kaki seseorang dan juga diperbuat daripada bahan material yang sesuai
dengan keadaan individu itu. Ia dibuat khusus untuk menangani keadaan struktur
atau fungsi kaki yang membawa kepada permasalahan kaki yang rosak dan corak
gaya berjalan yang tidak normal dengan memberikan sokongan, kestabilan dan
keseimbangan. Ia adalah peranti boleh tanggal yang boleh dipindahkan antara
kasut.
Lebih lama seseorang menggunakan dan memakai ORTHOTICS
CUSTOM 3D, lebih banyak faedah yang akan dapat daripadanya. Antaranya
adalah:
- Memberi sokongan pada kaki bagi menampung berat dan memberi keyakinan kepada pemakainya.
- Memperbaiki kecederaan sukan kronik dan akut.
- Meningkatkan pengagihan berat badan dan postur.
- Optimumkan kesesuaian dan keselesaan kasut serta menyerap hentakan.
- Ubah kedudukan fungsi kaki yang tidak normal untuk membetulkan banyak penyakit kaki biasa atau mengelakkannya daripada menjadi lebih teruk.
- Bantu kaki si kecil (anak) membesar dalam kedudukan yang lebih neutral atau sejajar secara anatomi.
- Menghilangkan sakit pinggang akibat ketidaksamaan panjang kaki.
Malahan di SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE juga terdapat Insole yang dibuat khas berfungsi untuk menjajarkan semula kaki untuk akhirnya melegakan kesakitan sewaktu melangkah berjalan. Jenis kasut Ortotik yang bersesuaian berfungsi untuk menyokong struktur dan mekanikal kaki dengan mengurangkan fungsi kaki yang tidak normal, menampung kecacatan kaki dan meningkatkan keberkesanan insole ortotik.
PROMOSI BACK TO SCHOOL
Sekarang tengah ada promosi ‘Back to School’ di Sunfeet
International Rehab Centre iaitu setiap pembelian kasut dan barangan ada
potongan 20% sehingga 30%. Memang menarik kan? Jom sama-sama buat pemeriksaan
kaki untuk anak-anak dan dapatkan barangan di sini dengan potongan harga yang
berbaloi dan menarik.
Facebook: https://www.facebook.com/sunfeetinternational
Instagram: https://www.instagram.com/sunfeetinternational/
7 Comments
Rawlins pun kena pergi gak nie untuk check keadaan dan kesihatan kaki. Mana tau ada masalah yang sendiri tak sedar kan. Boleh kita cegah dari awal.
ReplyDeleteWah, this place offers high-tech for shoes. Interestingly these shoes, where it can affect the health of the person. Indeed prevention is the best method. Thanks for sharing such a good article.
ReplyDeleteThis is a good service. And I need to check my foot. Dah lama x check kaki. Thank you for sharing this review with me.
ReplyDeleteKak pun pernah dtg SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE ni, mmg jdg2 kaki kita ada masalah, vuma kita jer yg tak tau, bila dah dtg ke sini baru tau apa madalah kaki kita dan cara utk pulihkan kaki yg bermadalah
ReplyDeleteCongrats to SUNFEET on your new outlet opening, i like their services too.
ReplyDeletebest sangat sbb dapat buat.pemeriksaan kaki secara percuma. design kasut cantik dan selesa
ReplyDeleteThis Sunfeet offers is really interesting ya! Siap FREE screening and can get FREE correction products some more.. good initiative to promote healthy foot care products to the community. Kena pergi ni...
ReplyDelete