Kafe Palmierra 28 Port OOTD Menarik Dengan Sajian Masakan Tradisi Melayu

 

KAFE PALMIERRA 28

PORT OOTD MENARIK DENGAN SAJIAN MASAKAN TRADISI MELAYU
ENAK, BERBALOI DAN WAJIB SINGGAH

 




Kali ini AlongMurni (AM) ingin kongsikan satu lokasi tempat makan yang menarik dan menu yang wajib dicuba. Kafe Palmierra 28 yang terletak di kawasan Petaling Street. Walaupun baru sahaja sebulan beroperasi di kawasan Petaling Street namun kafe Palmierra 28 sudah berjaya menarik perhatian ramai orang terutamanya pelancong untuk mencuba pelbagai makanan tradisi Melayu disini. Berkonsepkan sajian masakan tradisi melayu, Kafe Palmierra 28 ini juga memiliki keunikan dan keindahan dekorasi dalaman yang tersendiri.

 

KEUNIKAN KAFE PALMIERRA 28


DEKORASI

Pertama kali menjejakkan kaki ke sini, AM terpaut dengan keindahan yang terdapat pada dinding Kafe Palmierra 28 ini. Setiap sudut memang cantik sesuai sangat untuk berOOTD dan bergambar.

 




SAJIAN MASAKAN TRADISI MELAYU

AM akan kongsikan antara menu-menu sajian pilihan yang menarik dan wajib dicuba di Kafe Palmierra 28. Rasanya memang enak di samping mengekalkan keaslian rasa sajian melayu itu sendiri.

 

PEMBUKA SELERA

  • Popia Sira 
        - Paduan rasa manis pedas memang cukup padu. Popia Sira memang merupakan kuih muih yang sentiasa jadi pilihan AM sejak dari kecil.

  • Temosa Raja
        - Pertama kali mencuba Temosa Raja. Temosa ini mempunyai inti asas yang diperbuat daripada ikan yang digoreng kering bersama bawang dan isi kelapa muda. Rasanya lebih berlemak dan tidak pedas. Temosa ini popular di Pantai Timur iaitu di Pahang, Kelantan dan Terengganu.

 

Popia Sira dan Temosa Raja

MENU UTAMA

Menu utama pilihan yang dihidangkan bersama Nasi Putih Basmathi


  • Lemak Cili Api Daging Salai
        - Kombinasi masak lemak yang cukup padu dan terbaik. Sangat kena dengan tekak selera AM. Bila masak dengan nasi bertambah-tambah rasanya.

  • Udang Masak Sambal Petai
        - AM paling suka masakan ini kerana udangnya besar-besar dan kemanisan serta kesegaran udang masih terasa. Tambahan pula, petainya besar-besar dan dihidangkan sebiji-sebiji dengan kuantiti yang agak banyak. Memang Wow!!!

  • Pais Ikan Patin
        - Haaa.. Patin memang masakan kegemaran AM. Biasanya kalau Patin, AM suka Patin Masak Tempoyak. Pertama kali cuba masakan Pais Ikan Patin. Pais Patin ini tidah berkuah seperti Patin Tempoyak. Ianya dibalut dengan dan dibakar atas kuali/pemanggang. Rasanya memang lazat!!

  • Terung Goreng Belacan
        - Terung antara yang AM suka makan. Memang sedap bila di Palmierra 28 menyajikan Terung Goreng Belacan. Kena cuba rasai keenakan masakan ini yea.

  • Opor Daging
        - Opor daging ini sangat popular di Pahang. Terasa kelembutan daging menyatu di dalam masakan rempahnya. Memang padu dan sedap sangat!! Highly recommended!!




MENU ALA CARTE

  • Laksa Pahang
        - Pertama kali cuba Laksa Pahang ini. Memang sedap!! AM suka 💖💖💖

  • Nasi Lemak with Daging Rendang
        - Ini salah satu menu sarapan pagi yang sering mendapat sambutan dan menjadi pilihan di                     Palmierra 28. 

  • Maggie Seafood Palmierra
        - Ini bukan sebarang maggi tau!! Palmierra Maggi Seafood ini sekali rasa hirupan supnya pasti akan membuatkan rasa nak makan lagi dan lagi dan lagi!!.. Memang padu dan sedap!! Highly recommended

Palmierra Maggi Seafood

Nasi Lemak Rendang Daging

Laksa Pahang


PENCUCI MULUT

  • Puding Raja
        - Puding Raja ini memang cukup istimewa dan menjadi santapan istimewa di Istana Pahang. Kena cuba rasai sendiri kelazatan dan keenakannya.

  • Sagu gula melaka
        - Paduan rasa lemak manis memang menyatu di dalam Sagu Gula Melaka ini. memang sesuai dimakan untuk minum petang dan santai-santai sambil berbual dengan rakan.  

Puding Raja

Sagu Gula Melaka

MINUMAN PILIHAN


  • Kasturi Palmierra
        - Kombinasi Lemon dan Asam Boi

  • Pelangi Ungu
        - Kombinasi Ribena, Soda dan Laici

  • Bunga Telang Meranti
        - Kombinasi Keladi, Susu dan Coklat

Dari kiri : Kasturi Palmierra, Bunga Telang Meranti dan Pelangi Ungu

Apa tunggu lagi!! Jom singgah ke Kafe Palmierra 28 untuk mencuba menu-menunya yang enak. Pasti puas hati dan sangat berbaloi!!!


PALMIERRA 28 

Alamat:

154, Jalan Petaling, City Centre,

50000 Kuala Lumpur, Malaysia.

 

Hari & Waktu Operasi:

Ahad - Rabu : 12.00 p.m - 10.00 p.m

Khamis - Sabtu : 12.00 p.m - 11.00 p.m

 

Waktu Operasi:

11.00 Pagi - 11.00 Malam

 

Untuk Tempahan:

0182450807

 

Post a Comment

8 Comments

  1. Tetiba rasa mengidam nak makan puding raja dan sagu gula melaka plak lepas tengok posting AM

    ReplyDelete
  2. All the foods served so so yummy, just xabt wait to drop by & try too
    Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. Wow this cafe is so instagramable, spotted so many places for photos and their food also awesome.

    ReplyDelete
  4. Cantik betul tempat dia..makanan pulak semua sedap. Boleh try ke sini

    ReplyDelete
  5. Telan air liur tengok makanan dia. Dalam kedai pun nampak cantik je

    ReplyDelete
  6. the shop is so pretty esp the pink tables chairs. gonna check out Kafe Palmierra 28 nanti

    ReplyDelete
  7. The food looks great and I love the ambiance of this cafe, will definitely check it out these days.

    ReplyDelete
  8. cantek sangat kafe ni.. sesuai kalau datang untuk berOOTD... pilihan makana pun banyak yang sedap

    ReplyDelete