3 ALTERNATIF PILIHAN TERMINAL
PERKHIDMATAN FERI DARI JOHOR , MALAYSIA
UNTUK KE TERMINAL
BATAM CENTRE, INDONESIA
BATAM MEGA FAMTRIP
Untuk Pengembaraan #AlongMurni kali ini, AM ingin kongsikan
pengalaman perjalanan AM dari Terminal Feri ke Batam. Pengembaraan AM ini dianjurkan
oleh Batam Tourism Board di bawah kelolaan Pak Edi Sutrisno melalui Program
Batam Mega Famtrip. Berikut adalah pilihan alternatif Terminal Feri untuk ke
Batam, Indonesia.

1) TERMINAL FERI TANJUNG PENGELIH

Tanjung Pengelih adalah terminal feri di Malaysia dengan
jarak terpantas dari terminal feri Tanjung Pengelih ke Terminal Batam Centre.
Perjalanan menggunakan perkhidmatan hanya memerlukan kira-kira 30 – 45 minit untuk
sampai ke Batam dengan menaiki feri dari Tanjung Pengelih.
Sepanjang menuju laluan ke Terminal Feri ini kelihatan Pantai
Tanjung Pengelih yang terletak di antara Pelabuhan feri Tanjung Pengelih dan
Sungai Rengit mempunyai pemandangan yang cantik dan mendamaikan.
2) TERMINAL FERI ANTARABANGSA PUTERI HARBOUR

Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour terletak di lokasi
strategik di Iskandar Puteri, Johor dan dimiliki & dikendalikan oleh UEM
Sunrise Berhad. PHIFT ialah bangunan dua tingkat dengan jeti berbentuk T yang
boleh memuatkan empat feri untuk berlabuh pada satu masa. Terminal ini menuju
ke Batam Harbour Bay.
Kemudahan Fasiliti yang terdapat di Terminal Feri
Antarabangsa Puteri Harbour
• Kaunter Maklumat
• Money Changer
• Kafe Puteri
• Kaunter Tiket / Operator Feri
• Kedai runcit
• Kiosk Penyewaan Kereta & Pelancongan
• WiFi percuma
• Tempat Letak Kereta Percuma dengan kawalan keselamatan
24 jam / CCTV
• Kawasan Lobi Kiosk Polis Bantuan
• Kaunter Teksi
• Bas Shuttle
• Surau
• Troli
• Wheelchair
3) TERMINAL FERI ANTARABANGSA JOHOR BAHRU
Terminal Feri Antarabangsa Johor Bahru juga dikenali sebagai
Terminal Feri Stulang Laut atau Terminal Feri Berjaya Waterfront atau Terminal
Feri The Zone.
Terminal feri terletak hanya 4km dari Johor Bahru. Feri ke
Batam Centre dari Terminal Feri Stulang Laut berlepas setiap 45 minit (sehingga
3:30 petang, kemudian mereka bertukar kepada selang sejam). Perjalanan akan
mengambil masa lebih kurang 2 jam 12 minit.
Kemudahan untuk terminal feri termasuk balai ketibaan yang
besar, yang boleh memuatkan kira-kira 220 orang. Sebuah dewan berlepas yang
besar boleh memuatkan sehingga 240 orang dan dewan menunggu yang boleh
memuatkan 150 orang.
PENGALAMAN
MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN FERI DOLPHIN
DARI TERMINAL JETI
TANJUNG PENGELIH KE TERMINAL BATAM CENTRE

AM memilih untuk menggunakan Terminal Feri ini sebagai
alternatif pelepasan feri ke Batam kerana laluan yang lebih dekat dan terminal
feri ini juga kurang sesak supaya perjalanan AM lebih tenang dan selesa.

Tanjung Pengelih Pengerang adalah kawasan di hujung tenggara
Johor, selatan Desaru. Terdapat Pantai Tanjung Pengelih yang terletak di antara
pelabuhan feri Tanjung Pengelih dan Sungai Rengit.

Untuk ke Batam AM dan team menggunakan perkhidmatan Dolphin
Fast Ferry. Sejak dilancarkan pada Mei 2018, Dolphin Fast Ferry yang dimiliki
oleh PT. ASM menawarkan tambang murah untuk penumpangnya. Laluan feri operasi syarikat
feri ini berada di antara Batam di Indonesia dan Johor Bahru di Malaysia. Feri
jenis Armada dan peralatan yang terbaik dan berfungsi sepenuhnya memberikan
perjalanan yang menyenangkan dan selesa untuk semua orang di atas dek. Walaupun
terdapat hanya bilangan feri yang terhad di Dolphin Fast Ferry, tambahan 10
unit feri dijangka tiba dan digunakan untuk operasi tidak lama lagi.

Semua kakitangan di setiap kapal armada Dolphin Ferry Sdn
Bhd ini adalah terlatih dan sesuai untuk tugas mereka. Mereka sentiasa mengutamakan
keperluan penumpang mereka seberapa banyak yang mereka boleh dan menunjukkan
penjagaan yang terbaik dan protokol yang betul dalam menangani sebarang masalah
yang mungkin timbul di dalam kabin atau feri.

1 Comments
harga brapa kak x bgtau pn
ReplyDelete