Trinidad Suites Puteri Harbour : Penginapan Eksklusif, Sempurna dan Terbaik

 

TRINIDAD SUITES PUTERI HARBOUR

PENGINAPAN EKSKLUSIF, SEMPURNA DAN TERBAIK


 TRINIDAD SUITES PUTERI HARBOUR

Hotel merupakan salah satu tempat penginapan pilihan ketika bercuti. Tidak kiralah sama ada untuk percutian dengan keluarga ataupun datang atas urusan perniagaan, selalunya orang akan ke hotel untuk mendapatkan penginapan yang selesa dan perkhidmatan yang terbaik.

 

Untuk pengembaraan AlongMurni (AM) ke destinasi-destinasi percutian menarik kali ini, AM telah memilih untuk menginap di Trinidad Suites Puteri Harbour.

 

TRINIDAD SUITES PUTERI HARBOUR

Berikut adalah sebab utama pemilihan hotel kali ini.

 

BILIK TRINIDAD SUITES PUTERI HARBOUR

AM menginap di Bilik 331 jenis Deluxe One Bedroom bersama dengan seorang rakan perempuan iaitu Cik Fatin. Pertama kali menjejak kaki ke bilik 331, AM terpegun melihat kemudahan fasiliti yang terdapat dalam kamar AM. Semua serba cukup dan sempurna.

 


DELUXE ONE BEDROOM

Menariknya adalah bilik tidur AM ini sangat besar. Terdapat bilik kamar tidur yang berasingan dengan katil bersaiz King dan ruang tamu seluas 55 m2. Di ruang tamu terdapat sofa, penghawa dingin dan TV malahan ianya terletak berhampiran dengan dapur yang serba eksklusif dan lengkap dengan perkakasan keperluan untuk memasak. Bagi AM bilik ini bagus untuk pelancong atau pengunjung yang datang atas urusan perniagaan ataupun percutian.

 

Bilik Deluxe One Bedroom

Fasiliti yang terdapat dalam bilik yang AM menginap adalah:

·         Penghawa dingin di Kamar Tidur dan Ruang Tamu

·         Kelengkapan Mandian

·         Safety box

·         Dapur

·         Kot Baju Tidur

·         Shower

·         Desk with lamp

·         Natural light

·         Peti Sejuk

·         Seterika dan Papan Seterika

·         Pengering Rambut

·         Kelengkapan kecemasan seperti Pemadam Api

·         Telefon

·         TV

·         Wifi

·         Penimbang berat

 


KEMUDAHAN FASILITI LAIN


FITNESS CENTRE



Bagi AM, Fitness Centre di sini sangat lengkap kerana mempunyai mesin kardio dan ‘free weights’, serta tempat duduk yang selesa untuk mengekalkan rutin senaman sepanjang penginapan. Kalau yang kaki ‘Gym’ tak perlu risau takut ‘skip’ rutin Latihan mereka jika memilih menginap di Trinidad Suites Puteri Harbour.

 

INFINITY POOL

Pool Trinidad


Pool terletak di atas bangunan iaitu di Tingkat 3 dan menampilkan pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan. Boleh nampak kapal yang berlabuh di sepanjang Marina Puteri Harbour dari Pool ini. Nak OOTD memang nampak unik dan menarik.

 

FASILITI UNTUK BBQ


Di samping itu, kemudahan yang telah tersedia juga adalah tempat untuk BBQ yang boleh dimuatkan antara 20 – 30 pax untuk satu-satu masa. Jadi tak perlu risau, Cuma perlu bawa bahan bakar dan bahan-bahan untuk dipanggang sahaja. Meja dan kerusi juga telah tersedia.

 

LAUNDERETTE


Bagi AM ini sesuatu yang sangat unik kerana jarang-jarang tersedia ‘Laundry Machine’. Selalunya kita perlu keluar dari hotel tempat yang kita menginap untuk membasuh pakaian kotor. Namun, di Trinidad Suites Puteri harbour cuma perlu ke tingkat 3 dalam hotel yang sama. Ada 'Connecting Bridge' antara Pool, Kafeteria, Fitness Centre dan Launderette.  

 

Connecting Bridge

KAFETERIA



Di sini juga telah tersedia kafeteria. Biasanya bila menginap pakej Sarapan Pagi akan dimasukkan sekali. Jadi, sementara menjamu selera boleh membasuh pakaian kotor di Launderette kerana ianya terletak berdekatan antara satu sama lain. Menu sarapan di sini menarik sebab dimasak panas-panas. Bila sajian nak hampir habis maka staff akan menambah lagi menu hidangan.


RUANG EKSTRA



Di Level 3 ini juga ada ruang yang luas dan selesa untuk dilakukan aktiviti jika datang secara berkumpulan samada untuk Perbincangan Terbuka, Tempat Perkumpulan atau aktiviti bebas. 

 

LOKASI TRINIDAD SUITES PUTERI HARBOUR

Trinidad Suites Puteri Harbour terletak di lokasi Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Iskandar Puteri, Johor. Ianya sangat strategik kerana berada di antara sempadan Malaysia-Singapura.

 

Pemandangan atas bumbung hotel 4 bintang ini memperlihatkan persekitaran yang indah termasuk Marina Puteri Harbour, dan dari kejauhan, Singapura dan Selat Johor. Malahan Trinidad Suites Puteri Harbour dikelilingi oleh kafe dan restoran, serta pemanduan singkat dari tapak popular seperti taman tema LEGOLAND dan Mall of Medini. AM juga berkesempatan untuk berjalan-jalan di kawasan sekitar iaitu berjalan menyelusuri Marina Walk dan kafe berhampiran. Di sepanjang Marina Walk memang meriah dengan kehadiran penduduk setempat riadah bersama keluarga di Pancuran air dan melakukan pelbagai aktiviti santai seperti bermain Bubble Water Balloon, Skateboard, berbasikal, berjogging dan banyak aktiviti lain lagi. 

 


Malahan bagi yang menginap di Trinidad Suites Puteri Harbour, perkhidmatan Van juga telah tersedia untuk ke lokasi-lokasi yang menarik. Bagi yang pertama kali singgah di sini, boleh juga rujuk pada kakitangan di kaunter. Kakitangan di sini akan melayan pengunjung yang datang dengan ramah mesra dan menyarankan lokasi-lokasi sekitar yang menarik untuk dikunjungi. Perkhidmatan Van juga boleh menghantar ke Terminal Puteri Harbour untuk ke lokasi seperti Indonesia dan Singapura. 

TRINIDAD SUITES PUTERI HARBOUR

Untuk info lanjut boleh hubungi : 

Elyana : 010-889 4089

Sarimah : 012-705 7115

Laman Website : TRINIDAD SUITES PUTERI HARBOUR

FB : https://www.facebook.com/TrinidadSuitesPuteriHarbour

IG : https://www.instagram.com/trinidad_suites_puteri_harbour/?hl=en

Telephone: +6072830488

Whatsapp: https://wa.me/6072830488

E-mail: reservations@trinidadputeriharbour.com

Address: Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Iskandar Puteri, Johor





Post a Comment

0 Comments