PENGALAMAN DI KAMPONG
FOOD FIESTA
NAGOYA THAMRIN
CITY
13 JULAI 2022 – 17
JULAI 2022

Makanan Indonesia sememangnya memiliki keistimewaannya dan
keunikan yang tersendiri. Ia bukan sahaja begitu enak dimakan, namun cara penyediaannya
juga agak berbeza. Tambahan pula penggunaan bahan serta rempah ratusnya begitu
lengkap dan sempurna. Kalau melihatkan gambar hidangan sahaja sudah pastinya
membuatkan AlongMurni yang teruja dan terliur untuk mencuba.
Sepanjang berada di Batam, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk
turut singgah ke Food Fiesta 2022 yang bertempat di Nagoya Thamrin City. Lokasi
Kampong Food Fiesta 2022 berhampiran tempat AM menginap iaitu FaveHotel.
Semestinya AM tidak melepaskan peluang untuk mencuba masakan tradisi masyarakat
tempatan seperti Bakso.
Bakso merupakan salah satu makanan terbaik Indonesia. Ia
merupakan bebola daging yang diperbuat daripada daging ayam atau lembu,
malah terdapat juga kombinasi kedua – duanya. Kuah sup dan mee menjadi
pelengkap hidangan bakso.
Kalau di berada di tanahair sendiri iaitu Malaysia, jika
ternampak menu sajian Bakso semestinya ia menjadi pilihan AM. Jadi AM nak
merasai sendiri keaslian air tangan dari penduduk setempat untuk menu kegemaran
AM iaitu Bakso.

AM mencuba menu Bakso Petir. Bagi AM rasanya memang padat
dengan daging dan bebola yang terisi dalam setiap mangkuk agak banyak dari yang
ada di Malaysia. Harganya cuma 20,000 Rupiah iaitu sekitar RM 6 sahaja. Satu
mangkuk tak cukup bagi AM, akhirnya dengan segan silu AM memesan semangkuk
lagi. Rasanya memang sedap dan padu tau!!!
AM juga sempat mencuba menu Hipster yang turut dijual di
sini. Rasanya seperti emping jagung dan coklat. Walaupun berasap-asap keluar
dari mulut, namun pencuci mulut ini bukannya panas atau pedas. Malahan rasanya sejuk
dan manis tau!!

Banyak juga menu-menu sajian menarik dan menyelerakan turut
dijual di sini. Antaranya adalah:
·
Lumpia
·
Kerak Telor
·
Pelbagai jenis Bakso samada Bakso Biasa, Bakso Urat,
Bakso Mercon, Mie Ayam, Mie Ayam Bakso dan Soto
·
Batagor
·
Tahu Getrot
·
Semoy
·
Cireng
·
Minuman buah-buahan


Setiap hidangan Indonesia adalah asli dan ia boleh didapati
di seluruh pelosok Indonesia. Hampir kesemua masakannya menggunakan rempah
ratus asli yang memberi rasa sebenar serta menunjukkan identiti bangsa.
Makanan dari negara ini tidak hanya digemari oleh penduduk
tempatan, malah turut digemari ramai pelancong dari luar.
Di samping itu, pengunjung yang datang turut disajikan
dengan persembahan kebudayaan dan tradisi masyarakat setempat.


0 Comments