KOLABORASI WANITA IKON SELANGOR 2022 BERSAMA PUSAT BANTUAN GUAMAN SYARIE (BAGUS)



Mempunyai sebuah keluarga yang mencapai ‘Sakinah Mawaddah Wa Rahmah’ pastinya merupakan impian setiap insan mahupun lelaki atau wanita. Akhir-akhir ini, isu yang berkaitan dengan keganasan yang berlaku dalam rumahtangga; keganasan terhadap pasangan suami isteri, kanak-kanak malahan terhadap warga tua menjadi semakin meruncing.

 

Keganasan rumahtangga dapat didefinisikan sebagai satu percubaan oleh seseorang untuk menguasai pasangannya dalam fasa perkahwinan atau dalam hubungan intim. Malahan keganasan rumahtangga merupakan suatu insiden atau corak yang mengawal, memaksa, mengancam, menghina termasuklah keganasan seksual yang berlaku ke atas pasangan atau ahli keluarga mahupun penjaga.

 

KOLABORASI WANITA IKON SELANGOR 2022 BERSAMA PUSAT BANTUAN GUAMAN SYARIE (BAGUS)
AM bersama dengan Tuan Musa Awang (Presiden PGSM) dan Datin Rita Sosilawati (Wanita Ikon Selangor 2022)

Berikutan meningkatnya isu-isu dan permasalahan yang melibatkan Keganasan Rumahtangga, satu inisiatif dan kolaborasi telah diambil oleh Wanita Ikon Selangor iaitu YBhg. Datin Erni Dekritawati Yuliani Buhari yang lebih mesra dengan panggilan Datin Rita Sosilawati bersama dengan Pusat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS).

 

PUSAT BANTUAN GUAMAN SYARIE (BAGUS)

Sebenarnya BAGUS merupakan anjuran dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dengan sokongan kerajaan. Ianya ditubuhkan dan bermatlamat bagi memastikan umat Islam di Malaysia terutamanya golongan B40 diberi akses kepada keadilan khususnya di Mahkamah Syarie.

 

KOLABORASI WANITA IKON SELANGOR 2022 BERSAMA PUSAT BANTUAN GUAMAN SYARIE (BAGUS)

KONSEP PERLAKSANAAN

BAGUS berteraskan kepada 2 perkihidmatan asas iaitu:

Memberikan khidmat nasihat undang-undang (Legal Advice) secara PERCUMA kepada masyarakat Islam yang ingin mendapatkan nasihat perundangan berhubung proses dan prosedur tuntutan dan menjawab tuntutan mal di Mahkamah Syariah

Menyediakan khidmat bantuan guaman (Advocacy Support) secara PERCUMA iaitu mewakili pihak-pihak untuk membuat tuntutan atau menjawab tuntutan (mal) di Mahkamah Syariah, dengan kos yang minimum yang akan dibiayai oleh pihak kerajaan.

 

PROGRAM KLINIK GUAMAN SYARIE

PGSM sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang menaungi sebahagian besar Peguam Syarie mengambil inisiatif untuk mengadakan Klinik Guaman Syarie yang mana menyediakan Khidmat Nasihat Guaman Syarie secara PERCUMA di seluruh Malaysia khusunya Zon Utara, Zon Selatan, Zon Pantai Timur dan Zon Selatan. Klinik ini dinamakan ‘Klinik Guaman Syarie’.

 

KOLABORASI WANITA IKON SELANGOR 2022 BERSAMA PUSAT BANTUAN GUAMAN SYARIE (BAGUS)

PGSM mempunyai sukarelawan-sukarelawan dari kalangan Peguam Syarie yang bersedia memberikan khidmat nasihat guaman Syarie secara PERCUMA kepada masyarakat Islam yang mempunyai masalah rumahtangga, akan memfailkan kes atau yang telah mempunyai kes di Mahkamah Syariah.

 

KOLABORASI BERSAMA WANITA IKON SELANGOR 2022


Selain membantu menyelesaikan permasalahan dan memperjuangkan nasib kaum wanita, fungsi kolaborasi ini adalah membantu terutamanya Ibu Tunggal mahupun anak-anak menjana ekonomi selepas melalui proses dari BAGUS. Segala bantuan dari segi kewangan dan menjana ekonomi akan beroperasi melalui Pusat ‘Are You Okay’

 

FORUM : LITERASI UNDANG-UNDANG SYARIAH: MENGANIAYA ISTERI MENZALIMI SUAMI?




AM berkesempatan juga untuk menghadiri sesi Forum : Literasi Undang-undang Syariah dengan kupasan topik 'Menganiaya Isteri Menzalimi Suami? yang bertempat di Dewan Rafflesia, Bangunan NIOSH Auditorial, Seksyen 15 Bangi, Selangor. Terdapat 3 Panel yang terlibat semasa sesi forum berlangsung iaitu: 

  1. Dato' Dr. Mohd Zaidi Bin Hj Md Zain (D.I.M.P) (Dari sudut Syariah)
  2. Dato' Hazizah Binti Kassim (D.I.M.P) (Dari sudut Undang-undang)
  3. Datuk Dr. Norhafizah Musa (Dari sudut Hukum Syarak)
Forum dijalankan secara santai namun ianya gamat dan meriah dengan kehadiran Tuan Mohd Ridhwan Husin sebagai Moderator. Pelbagai informasi dan perkongsian pengalaman dari segi sudut Syariah, Undang-undang dan Hukum Syarak sepanjang forum berlangsung.

KOLABORASI WANITA IKON SELANGOR 2022 BERSAMA PUSAT BANTUAN GUAMAN SYARIE (BAGUS)


KATA ALONGMURNI



PERKAHWINAN merupakan satu institusi yang memerlukan perlaksaan tanggungjawab dan kewajipan di atas hak sebagai suami dan isteri. Selain itu, panduan yang diajar oleh agama Islam supaya sentiasa bergaul dan bertoleransi di antara keduanya bagi melahirkan hubungan yang mahabbah. Ini kerana pasangan suami isteri itu saling melengkapi antara satu sama lain.

 

PERCERAIAN bukanlah satu pengakhiran sebaliknya ia merupakan satu permulaan untuk kita memulakan kehidupan yang baru tanpa perlu bertahan dengan kesakitan yang sama.

 

Bersangka baiklah dengan Allah kerana bahagia itu hak milik semua insan. Kita yang memilih jalan maka kitalah yang mewarnakan atau memadamkan keindahan jalan yang akan kita lalui. Berhenti menyalahkan orang lain dan muhasabahlah diri.

Post a Comment

3 Comments

  1. Wahh, bagusnya ada usaha bantuan macam ni sekarang. Tak semua yang berkemampuan kan zaman sekarang.

    ReplyDelete
  2. Pusat Are You Okay? ni dah semakin aktif. Seronok tengok ada kempen kesedaran. Kadang ada yang takda ribut apa pun tetiba dah ada keganasan rumah tangga sebab suami isteri sibuk baca masalaah orang di media sosial. Bab ni pun kena bagi kesedaran. Jangan sibuk membandingkan kisah rumahtangga sendiri denfan orang lain. Kehidupan kita semua berbeza. Bersyukurlah.

    ReplyDelete
  3. This is a good initiative and provides a lots of help for the women in need out there

    ReplyDelete