
Perak merupakan salah satu
destinasi pilihan pelancongan di Malaysia, mempunyai kepelbagaian flora dan
fauna dan kaya dengan sejarah yang menjadi tarikan pelancongan. Selain itu,
pelbagai acara seni kreatif dan kebudayaan kerap dianjurkan bagi menarik minat
pelancong tempatan dan antarabangsa.
Sebagai usaha untuk menonjolkan
tarikan-tarikan negeri ini, L’Univers dan Pouch Nation berganding bahu
menghasilkan sebuah platform digital menyeluruh bagi memudahkan para pengunjung
mengakses tarikan-tarikan yang menarik dan acara-acara yang sedang berlangsung.
Ini termasuklah konsert, perayaan, festival makanan, festival muzik, pameran
dan konvensyen, pertunjukan bot antarabangsa, pertunjukan kereta dan acara
triathlon.
Baru-baru ini AlongMurni (AM)
berkesempatan untuk ke Majlis Pelancaran ‘PERAK BOX OFFICE’. Pengerusi
Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam & Pelancongan
Negeri Perak (PKP Perak), YB Dato’ Nolee Ashilin bt. Dato’ Mohammed Radzi
menyempurnakan pengumuman kerjasama platform penjualan tiket unik khusus untuk
negeri Perak yang dikenali sebagai ‘Perak Box Office’. Disokong oleh PKP Perak
dan People of Remarkable Talents (PORT), inisiatif ini bertujuan untuk
meningkatkan industri pelancongan negeri Perak dan menjana lebih dari RM70 juta
dalam tempoh lima tahun.

YB Dato’ Nolee Ashilin bt. Dato’ Mohammed Radzi berkata, “Saya berasa gembira untuk menyambut para pelancong tempatan dan antarabangsa ke destinasi pelancongan kami dan melakarkan memori yang berkekalan. Sepanjang tempoh pasca pandemik, saya sedar yang kita boleh lakukan yang lebih baik untuk #travelperaklah dan Cuti-Cuti Malaysia.”

Beliau menambah, “Platform seperti ‘Perak Box Office’ bukan sahaja berguna kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa untuk mengunjungi destinasi-destinasi di Perak dan mendapat maklumat terkini mengenai acara, tetapi juga berfungsi sebagai pemangkin untuk pembangunan negeri Perak dengan menjana pendapatan sebanyak RM 70 juta dalam tempoh lima tahun.”.
Bersempena dengan pengumuman ini,
L’Univers turut mengumumkan mereka akan membawa pertunjukan-pertunjukan seni
kreatif dan kebudayaan dari serata dunia ke negeri Perak, bermula dengan
pelancaran “The UK Bubble Show”, sebuah pertunjukan silap mata yang memenangi
anugerah menampilkan pemegang beberapa Rekod Dunia, Eran Backler yang bakal
mencipta satu lagi Rekod Dunia di Malaysia.

Para pelancong juga akan disaji
dengan pelbagai pertunjukan yang menghiburkan pada suku akhir tahun 2022, yang
akan tersedia di platform ‘Perak Box Office’ kelak. Ini termasuk:
- Simposium Muzik Antarabangsa
- Festival Jazz Pulau Pangkor
- Hari Keluarga Krismas, Gopeng
- Pesta Laut, Lumut
- Bengkel Tarian dan Gimnastik PSTPA
- Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia
Ketua Pegawai Operasi Pouch Nation, En. Gonçalo Vaz de Carvalho berkata, “Malaysia merupakan negara yang menakjubkan dengan pelbagai tarikan. Semasa menerokai negeri Perak, kami di Pouch Nation amat menghargai kecantikannya dan kepelbagaian tarikan yang tersedia, termasuklah juadah-juadah tempatan. Walaubagaimanapun, Perak tidak mendapat perhatian yang sepatutnya, dan saya berbangga kerana dapat menonjolkan keunikan negeri Perak melalui solusi digital kami dan membantu para pemain industri pelancongan memodenkan pemasaran mereka untuk menarik minat lebih ramai orang.”

Ketua Pegawai Eksekutif
L’Univers, En. Shannon Lee berkata, “Untuk negeri yang memiliki bakat-bakat
mengagumkan dan kepelbagaian budaya, ‘Perak Box Office’ bertindak sebagai pentas
untuk negeri Perak dan Malaysia menonjolkan tarikan-tarikan kepada dunia. Di
dalam membangunkan platform ini, kami mampu membawa lebih ramai pengunjung ke
negeri Perak dan bakal mencipta peluang pekerjaan di samping mempromosikan
pelancongan. Saya percaya, ‘Perak Box Office’ bakal melonjakkan Perak ke
peringkat yang lebih tinggi, menarik pelancong tempatan dan antarabangsa penuh
dengan elemen-elemen seni kreatif dan kebudayaan yang mempersonakan.”.

PROGRAM MEDIA FAMTRIP
Sebelum ke Majlis Pelancaran ‘Perak
Box Office’, AM dan barisan media lainnya telah dibawa untuk melawat sendiri antara
3 tempat menarik yang mengetengahkan hasil seni dan khazanah yang terdapat di
sekitar iaitu
- · PERSATUAN SENI TARIAN DAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA (PSTPA)
- · PORT IPOH
- · BUKIT MERAH WOOD PRODUCTS SDN BHD
LAWATAN KE PERSATUAN SENI TARIAN DAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA (PSTPA)

Persatuan Seni Tarian & Pendidikan Antarabangsa juga dikenali sebagai PSTPA, adalah sebuah persatuan yang berdedikasi untuk membangunkan bakat Malaysia melalui seni, budaya dan pendidikan. Ia adalah sebahagian daripada usaha untuk mempromosikan kecemerlangan dalam seni dan budaya dan juga untuk mencari bakat dan membangunkan pasukan penari yang cemerlang di Perak.

LAWATAN KE PORT IPOH

BLACK HOUSE merupakan sebuah
bangunan di dalam premis PORT yang menempatkan beberapa ruangan khas untuk
penganjuran program dan aktiviti seni visual, seni muzik dan seni persembahan. Terdapat
lima ruang iaitu Portdistro (jualan kraf dan merchandise), Common Room (seni
persembahan,pameran, bengkel dll.), Dark Room (fotografi/cetakan), Studio Muzik
dan Residensi Seni.

Selain menjadi hab bagi
seniman-seniman dari pelbagai latarbelakang untuk bertukar-tukar idea berkaitan
seni, budaya dan warisan, ianya juga diasaskan untuk membantu dan menyokong
perkembangan seni dan kreatif di negeri Perak agar dapat dikongsi bersama-sama
para seniman di dalam mahupun di luar negara.
LAWATAN KE BUKIT
MERAH WOOD PRODUCTS SDN BHD
Semuanya bermula 34 tahun lalu,
apabila Mr Tan Kai Lek yang juga merupakan Pengarah Urusan Bukit Merah Wood
Products Sdn Bhd melihat seorang penebang kayu menebang pokok tertentu yang
telah ada di sana sepanjang zaman kanak-kanaknya. Dia mengubah beberapa keping
kayu yang diminta daripada pembalak itu menjadi meja. Dari situ, semangatnya
tercetus. Setelah mengambil jurusan kejuruteraan awam, ia mendorongnya untuk
menggunakan semula sesuatu dan memberinya kehidupan baharu. Dia mendapat
inspirasi daripada pembacaan dan lawatannya ke pameran.

Ditubuhkan pada tahun 1990, Bukit
Merah Wood Products Sdn Bhd memenangi hadiah pertama untuk persembahan gerai
ruang kosong di Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia 2012. Tan dan pasukannya
membuat perabot, arca, ukiran dan potongan komisen daripada kayu terbuang dan
bahan kitar semula lain dengan tangan . Antara kepingan yang memancarkan pesona
dan perwatakan lama ialah kerusi kaki tiga yang unik yang kekal sebagai
kegemaran sepanjang zaman.
6 Comments
Bagusnya inisiatif macam nie. Semua negeri kena ada inisiatif begini bagi merancakkan pelancongan di negeri masing-masing
ReplyDeleteCongrats! this is a good initiative and achievement to the tourism industry in perak
ReplyDeleteNo doubt Perak memang ada potential untuk tingkatkan tourism industry mereka kan! Well done for the initiative imagine ni just one to generate RM 70 Mil in 5 years, kalau semua all out, it is a blooming market and good sign for our recovering economy kan...
ReplyDeleteWow... didn't know this initiative gonna contribute so much to tourism, bravo. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteTahniah Perak dan semua warga Malaysia dalam dan luar yang datang ke Perak. Agak lama juga tak ke Perak explore.. one day nak ke sana gak laa, hunting makan dan tempat menarik..
ReplyDeleteAngka itu boleh dicapai jika Tourism Perak aktif mempromosikan Perak. Boleh ambil contoh dari Tourism Penang, Sabah dan Terengganu.
ReplyDelete