Penghibur serba boleh, Kelly
Azman merancakkan lagi persada industri muzik tanah air dengan mempertaruhkan
single terbaharunya yang berjudul Dustakan Cinta. Menariknya mengenai single
kali ini, ia bukan sahaja merupakan percubaan pertama Kelly dalam membawakan
lagu berentak balada malah Dustakan Cinta mempunyai intipatinya tersendiri.
Menurut Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, 45 lagu tersebut
berkisahkan tentang seorang individu yang sering ditipu dan ditinggalkan
keseorangan.
Bukan sahaja ingin dikenali sebagai pengacara dan pelakon, malah dia juga mahu juga ingin menggunakan peluang yang ada untuk dikenali sebagai seorang penyanyi sekaligus mewarnai industri seni tanah air. Lagu ‘Dustakan Cinta’ ini merupakan ciptaannya sendiri bersama komposer terkenal, Mohariz Yaakup. Manakala, lirik juga ditulis oleh Kelly bersama NJ/KR. Dustakan Cinta merupakan terbitan dan edaran sepenuhnya oleh MVM Production Sdn Bhd.
DUSTAKAN CINTA OLEH KELLY AZMAN
Kamu Bagaikan Jiwa
Ku Kasih
Menemani Aku
Selalu
Tapi Engkau
Berpaling Dari Ku
Meninggalkan Ku
Dalam Rindu
Sampainya Hati Mu
Oh Kasih
Membuang Diri Ku
Dari Mu
Hilang Arah Ku
Tanpa Diri Mu
Adakah Ini Suratan
Takdir Ku
Kamu Bagai Pelita
Ku Kasih
Menerangi Tiap
Waktu Ku
Tapi Engkau
Mendustakan Aku
Melenyapkan Kasih
Ku Pada Mu
Sampainya Hati Mu
Oh Kasih
Membuang Diri Ku
Dari Mu
Hilang Arah Ku
Tanpa Diri Mu
Adakah Ini Suratan
Takdir Ku
Suratan Takdir Ku
Mengapa Dustakan
Janji Mu Yang
Pernah
Kau Lafazkan
Hu... Sampainya
Hati Mu Oh Kasih
Membuang Diri Ku
Dari Mu
Hilang Arah Ku
Tanpa Diri Mu
Adakah Ini Suratan
Takdir Ku
Adakah Ini Suratan
Takdir Ku
0 Comments