SELANGOR INTERNATIONAL TRAVEL PHOTOGRAPHY FESTIVAL JADI TUMPUAN

SELANGOR INTERNATIONAL TRAVEL PHOTOGRAPHY FESTIVAL

Destinasi tumpuan pelancongan di negeri Selangor merupakan salah satu tarikan utama bagi jurugambar dan pencipta kandungan kreatif. Negeri Selangor, melalui agensi promosi pelancongan TOURISM SELANGOR telah menganjurkan SELANGOR INTERNATIONAL TRAVEL PHOTOGRAPHY FESTIVAL pada 12 hingga 13 November 2022 yang bertempat di UG Atrium, Paradigm Mall, Petaling Jaya. Malahan AlongMurni (AM) tidak terkecuali untuk turut sama terlibat dalam festival ini.

 

SELANGOR INTERNATIONAL TRAVEL PHOTOGRAPHY FESTIVAL

SELANGOR INTERNATIONAL TRAVEL PHOTOGRAPHY FESTIVAL

Sebagai salah satu usaha bagi mempromosikan destinasi pelancongan domestik di negeri Selangor, SELANGOR INTERNATIONAL TRAVEL PHOTOGRAPHY FESTIVAL pada tahun ini telah menampilkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan dan pameran fotografi, perbincangan dan pembentangan, persembahan kebudayaan, seminar dan banyak lagi.

 

SELANGOR INTERNATIONAL TRAVEL PHOTOGRAPHY FESTIVAL

DANCE PERFORMANCE BY JUNGLE SCHOOL GOMBAK


SELANGOR INTERNATIONAL TRAVEL PHOTOGRAPHY FESTIVAL

DANCE PERFORMANCE 'FEATHER OF THRIVE' BY KENNY LEOW


Negeri Selangor telah berjaya menarik lebih 10.2 juta pelancong domestik ke negeri Selangor pada tahun 2021 dan menjadikan negeri Selangor sebagai negeri yang paling ramai dikunjungi di Malaysia. Melalui kerjasama dengan pemain industri pelancongan utama, seperti Jumpstreet Asia, Selangor Fruit Valley, Hotel Eastin, Muzium Coklat, Jungle School Gombak dan Gamuda Land, SELANGOR INTERNATIONAL TRAVEL PHOTOGRAPHY FESTIVAL mampu meningkatkan lagi usaha mempromosikan pelancongan domestik negeri Selangor dengan lebih baik lagi.

 

SELANGOR INTERNATIONAL TRAVEL PHOTOGRAPHY FESTIVAL

TOURISM SELANGOR

Tourism Selangor merupakan Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor yang ditubuhkan bagi meningkatkan bilangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Selangor dengan mempertingkat dan membangunkan keindahan negeri yang terkenal serta belum ditemui.

 

SELANGOR INTERNATIONAL TRAVEL PHOTOGRAPHY FESTIVAL

Negeri ini merangkumi 9 daerah, termasuk Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Hulu Selangor. Kawasan ini dikenali sebagai destinasi pelancongan dan acara yang menarik.

 

Terdapat banyak inisiatif telah diambil bagi mencapai matlamat ini, seperti penganjuran kempen tempatan dan antarabangsa, acara, misi perdagangan pelancongan luar negara, jelajah tempatan dan banyak lagi. Untuk butiran lanjut dan pelbagai informasi terkini, boleh lawati laman media sosial rasmi Tourism Selangor:


Laman web rasmi: https://selangor.travel/ 
Facebook: https://www.facebook.com/TourismSelangor
Instagram: https://www.instagram.com/discoverselangor/
Twitter: https://twitter.com/TourismSelangor 
TikTok: https://www.tiktok.com/@tourismselangor

 

SPLENDID SELANGOR PHOTO HUNT 

SPLENDID SELANGOR PHOTO HUNT


Untuk turut sama terlibat dalam ‘SPLENDID SELANGOR PHOTO HUNT’ AM berpasangan bersama Blogger Zayani Zulkiffli (Pemilik Blog www.nurulzayani.com). Pertemuan di banyak event-event lain, lebih membentuk persefahaman antara kami. Beliau juga lincah dan kreatif dalam memberi idea-idea yang menarik. Kami adalah dalam Team #29. Sebanyak 35 kumpulan telah berdaftar dan turut serta dalam pertandingan ini.

 

SELANGOR INTERNATIONAL TRAVEL PHOTOGRAPHY FESTIVAL

Sebanyak 8 soalan dengan jawapan 8 keping gambar perlu diselesaikan dalam tempoh 2 jam. AM dan Zayani seronok dan santai dalam menjalankan misi yang diberikan. Berikut adalah antara gambar yang telah kami hantar untuk pemarkahan.

 

SOALAN 1: WARNA YANG MENGGEMBIRAKAN

SPLENDID SELANGOR PHOTO HUNT


SOALAN 2: ADAKAH SAYA PELUKIS ATAU TUKANG KRAFTANGAN?

SPLENDID SELANGOR PHOTO HUNT


SOALAN 3: KERIANGAN MELOMPAT

SPLENDID SELANGOR PHOTO HUNT


SOALAN 4: JALAN KE SINI JALAN KE SANA

SPLENDID SELANGOR PHOTO HUNT


SOALAN 5: TANGAN YANG MENGANYAM

SPLENDID SELANGOR PHOTO HUNT


SOALAN 6: ADAKAH INI BENDA YANG SEBENAR ATAU PALSU?

SPLENDID SELANGOR PHOTO HUNT


SOALAN 7: WAJAH-WAJAH KEGEMBIRAAN

SPLENDID SELANGOR PHOTO HUNT


SOALAN 8: SAYA LAPAR SEKARANG. APAKAH YANG PALING LAZAT UNTUK ISI PERUT SAYA?

SPLENDID SELANGOR PHOTO HUNT


KATA ALONGMURNI

AM sangat menyokong program seperti ini yang dianjurkan oleh Tourism Selangor. Di samping bersaing secara sihat untuk memenangi sesuatu pertandingan, ia juga dapat mengeratkan hubungan sesama ahli kumpulan. Banyak idea-idea kreatif dari pencetus ‘Content Creator’ dan ‘Photographer’. AM berharap banyak lagi pertandingan dan persembahan yang unik diadakan untuk ketengahkan keistimewaan yang terdapat di Selangor. 


SPLENDID SELANGOR PHOTO HUNT

AM BERSAMA DENGAN PARA BLOGGER LAIN


Post a Comment

1 Comments